"Rasa macam ini kali terakhir beraya sebagai seorang perempuan."
Hati manusia sentiasa berbolak-balik sifatnya. Tidak terkecuali bagi usahawan terkenal Safiey Ilias yang sering bertukar status jantinanya.
Sempena Syawal yang bakal membuka tirai, Safiey meluahkan hasratnya ingin kembali kepada fitrah asal kejadiannya.
Menerusi salah satu kemas kininya di Instagram, Safiey meluahkan hasratnya itu didorong perasaan ingin menggembirakan kedua-dua ibu bapanya.
"Tiada apa nak dikejar di dunia ini, semua benda dah ada.
"Satu je lagi nak ditunaikan dan dicapai iaitu menggembirakan hati mak ayah," tulisnya.
Siapa nak sembahyangkan jenazah ayah kalau dia meninggal
Dalam masa sama, Safiey sempat memohon maaf sekiranya ada membuat salah silapnya.
Hasratnya itu mendapat perhatian ikon fesyen dan jutawan kosmetik Wak Doyok serta Datuk Seri Aliff Syukri yang 'mengaminkan' doanya itu.
Kredit foto: IG Safiey Illias
Semoga kali ini Safiey benar-benar insaf, bukan gimik melariskan nama semata-mata. - CARI |