Memandangkan kita kini di penghujung Ramadan dan tidak lama lagi kita bakal menyambut Hari Raya, Fox dengan rendah hati ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada kesemua warga Cari amnya dan warga Bod Borak juga warga BTAT khususnya.
Fox ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terlebih gurauan hingga menyinggung perasaan, terkutuk tanpa sedar, dan segala ter lagi yang tidak disengajakan mahupun disedari.
Kepada supermod @AceHand dan @Seribulan, mod2 @lil_honey dan @halimi78, terima kasih di atas tacang2 yang diberikan.
Kepada yang akan pulang ke kampung, berhati2 lah semasa memandu, jangan pandu laju, jika mengantuk, berhenti dahulu - ingatlah orang tersayang. Fox doakan agar semuanya selamat tiba di kampung halaman masing2 dan bergembira dengan kaum keluarga tercinta di hari mulia, menikmati pelbagai juadah raya yang sedap belaka. Jangan lupa untuk bersederhana ketika makan dan kurangkan makan yang manis2. Enjoy tetap enjoy, tapi kesihatan pun perlu dijaga (ini pesanan untuk diri Fox juga )
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 1-6-2019 06:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Foxey replied at 1-6-2019 12:05 PM
Selamat Hari Raya Ketpoooo
fox sana dah berbuka ke? selamat berbuka fox
kasut beli sepasang, tapi dah pakai pun. Kasut yg sedia tu dah ternganga tapak, masa jalan tu. merajuk lettew org nak cari kasut baru. fox dah beli kasut? baju dan tudung dua2 dah dapat tudung. mahal la tudung sekarang ni compared dengan kualiti ... ambik je lah dah tak larat nak jalan. persiapan raya yg berat sebenarnya masak2 ni. hari sebelum raya yg sibuk nanti nak masak. fox dah biasa masak apa hari raya
Author|Post time 2-6-2019 02:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Catpaw replied at 1-6-2019 06:53 PM
fox sana dah berbuka ke? selamat berbuka fox
ketpo
Kat sini waktu berbuka jam 6.46pm. Petang ni berbuka kat rumah nenek, potluck gitu.
Fox takde beli baju, tudung, kasut raya tahun ni ketpo. Dengan keadaan kesihatan fox yang belum pulih sepenuhnya, memang takleh nak jalan2 di tempat ramai orang (doctor's order), jadi tak menyoppim ler kita.
Author|Post time 2-6-2019 02:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Catpaw replied at 1-6-2019 06:53 PM
fox sana dah berbuka ke? selamat berbuka fox
Betul ketpo. Persiapan kuih-muih dan masakan tu yang berat. Fox biasanya tolong mak buat rendang (guna resipi dia, kalau guna resipi nenek memang tak tidur malam la jawabnya), kari ayam, nasi minyak atau tomato atau briyani, sayur samada jelatah atau sayur campur. Kalau nenek pula, fox biasa kena tolong masak soto atau lodeh, sambal goreng, rendang dan kari ayam atau ayam masak merah. Kalau rumah nenek, lagi banyak juadah kena tolong masak.
di kesempatan ini juga...hani nak ucapkan selamat hari raya..
lusa dah raya weeehh..
mohon maaf atas segala salah silap hani kat forum ni..terkasar, tergurau, terusik yang sampai menyinggungkan hati..
tapi percayala...takde niat pun..
sejak korang datang, meriah board borak..
stay safe, stay happy, stay gojes and beautiful..
you guys are beautiful inside and out..
Post time 5-6-2019 11:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Assalamualaikum dan Selamat Berhari Raya kepada semua warga Borak.
Saya menyusun 20 jari termasuk jari kaki memohon maaf jika pernah mengguris hati warga borak dan kepada kekasih hati saya khususnya. Lupakan sengketa lalu, buka lembaran baru. Kita semai semula perhubungan kita, eratkan silaturahmi.
Sama sama kita imarahkan lagi board borak ini.
Salam raya,
Mat
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register