CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Exoskeleton

Pengalaman budak2 nakal (Update 15/8/21)

  [Copy link]
Post time 16-8-2021 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik tergantung lak, mana sambungan nya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2021 03:06 PM | Show all posts
Alamak, mood seram baru datang tetiba terputus talian (read: citer bersambung)
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2021 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Terimakasih john, sangat dialu2kan. Jarang dah jumpa cerita2 gini kat MPS
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2021 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mn boleh tak perasan ada update. Best cerita tt. Saspen ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2021 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
2 hari membaca ... al fatihah pada yg dah 'pergi'.. cuma nak tanya sbb tertanya2 .. wife fendi tak pernah alami cam kwn2 John ka... ke wife dia pun sama jer cam fendi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2021 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Marylis replied at 21-8-2021 01:41 PM
2 hari membaca ... al fatihah pada yg dah 'pergi'.. cuma nak tanya sbb tertanya2 .. wife fendi tak p ...

Wife dia tak pernah pula nampak apa2, lagipun lepas je Pak Mud "settle"kan Zaquan dia tu, Fendi pun dah tak ada dah bersandiwara dengan makhluk bukan2 ni. Biasanya dia tak nampak la...kalau dulu pelaris kedai pun dia boleh selamba tegur. Rasanya yang last dia nampak yang Jali tu kot? Si Fendi ni pulak fobia ya amat dengan anjing.


p/s: cerita dah separuh jalan taip...nanti2 aku sambung lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2021 04:06 PM | Show all posts
baru khatam..tq john..penceritaan yg bersahaja, lawak dan seram
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2021 06:58 PM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 22-9-2021 03:54 PM

Eh? Tergantung ke? Bukan macam dah OK ke kalau habis macam tu? Hahaha. Tapi sebenarnya ceritanya memang setakat tu je.

Lepas kejadian tu Pak Mat dan anaknya, Mira sangat senyap. Tak ada dah kacau2 aku sampai ke hari ni.

Aku dengar cerita dari orang kampung, dua beranak tu demam teruk. Mira tu sampai meracau2 sebut “Jaws” berulang2 kali.

Orang2 kampung pun pelik...situ jauh dengan laut kalau nak terjumpa ikan jaws pun.

Kesimpulannya, kehidupan aku kembali tenang, aman dan damai walaupun selalu diganggu video call dari Ramli, Fendi dan juga Paksu.


Ada Apa Dengan VC

Satu malam yang tenang lagi nyaman, sedang aku asyik melayan perasaan sambil menghela asap rokok ibarat naga keramat turun dari kayangan.

Beberapa hari tu aku tinggal sorang je kat rumah sebab isteriku pulang ke kampung bersama anak2. Tetapi ketenangan itu tidak berkekalan apabila tiba2 saja fonku berdering, nama kontak yang naik ketika itu ialah Fendi.

Aku: Assalamualaikum...hah, kemendenye video call orang malam2 camni?
Fendi: Wa’alaikummusalam...kejap2 aku masukkan Ramli dalam ni.

Tidak lama kemudian, Ramli pun masuk ke dalam video call tersebut.

Ramli: Hadoi...kau ni Fendi. Aku cakap kejap...kejap...sekarang jugak kau nak masukkan aku dalam vc ni.
Aku: Apasal aku macam nampak tangki flush tu kat belakang kau?
Ramli: Aku kat jamban la! Si Fendi ni aku suruh tunggu kejap dia nak jugak video call aku time2 macam ni.
Aku: Ater...kamu pun pergi bawa henfon ke dalam toilet tu udah ngape?
Ramli: Orang rumah aku duk hulur dari bawah pintu sebab asyik berdering je dari tadi.
Aku: Haish...lantak kome la. Ater mana pulak si Fendi ni? VC orang lepas tu busy entah buat apa pula dia.
Fendi: Kejap! Kejap!
Aku: Apa kejadahnya kau buat muka Jason King tu, Ramli ooii?
Ramli: Shadapp you!!

Tidak lama kemudian, masuk pula seorang lagi ke dalam video call tersebut. Muka yang amat aku kenali, iaitu Paksu.

Aku: Eh? Apa Paksu buat kat sini?
Paksu: Hah...apa dah jadi ni? Paksu pun pelik tiba2 ada vc nombor tak kenal.
Aku: Ater yang dijawap juga tu ngape?
Paksu: Mana la tau kot2 Aminah ke yang vc, seronok la juga melayan.
Aku: Hishh...orang tua ni. Nombor Aminah mesti la nombor Malaysia pangkal +60.
Fendi: Hah...dah cukup korum dah. Eh? Apesal Ramli nampak siling je?
Ramli: Aku tengok cebok la, setan!

Setelah beberapa ketika yang agak krik2 sambil diselangi bunyi flush dari Ramli...

Fendi: Hah...apa program kita malam ni?
Aku: Eh? Kau yang vc kitorang semua ni...boleh tanya pulak?
Paksu: Adohh...ape keheinye Paksu yang takde kene mengena ni pun terlibat jugak? Ajer kome ni...

Suasana huru hara tadi bertukar menjadi krik2 kembali.

“Kita cerita hantu la...”, cadang Paksu secara tiba2 memecah kesunyian.

“Eh? Ape kejadahnye pulak?”, aku mempersoalkan cadangan Paksu tersebut.

“Macam cadangan baik jugak tu...aku tengok background John tu dah macam camping. Apa kata kita semua lepak luar rumah jugak? Baru la feeling...”, Ramli pula yang memberikan cadangannya.

Serta merta aku melihat video mereka bertiga bergoyang2 kerana kelam kabut hendak menukar tempat.

Tidak lama kemudian, Paksu memulakan bicaranya, “hah...siapa nak mulakan dulu?”.

“Jangan tengok awok...awok takde cerita”, jawapku ringkas.

“Apa kata aku je yang mulakan dulu”, ujar Fendi sambil tersengih2 ibarat kerang busuk.


Cerita Fendi

Ramli: Eh...kejap. Kat Perth sana ada cerita hantu apa je?
Fendi: Kau jangan pandang sebelah mata je tau. Macam2 cerita aku ada.

Fendi memulakan ceritanya...pada tahun 1787, British mula menghantar banduan2nya ke sebuah pulau yang masih tak bernama ketika itu.

Gedegomm!! Fendi membuat efek bunyi guruh.

Salah seorang dari banduan tersebut bernama Osman...

“Dah kenapa pulak kau letak nama melayu?”, aku mencelah.

“Eh? Tu kan bukan nama sebenar? Ikut suka hati aku la nak letak apa”, jawap Fendi kepadaku.

*Fendi menyambung ceritanya...

Pulau itu begitu asing bagi Osman...tidak terdapat apa2 ketamadunan di pulau tersebut. Lawas tanglas...walaupun Osman bukannya orang Perak.

“Kejadah kau ni, Fendi? Straight je la masuk cerita”, sekali lagi aku mencelah.

*Fendi menyambung ceritanya...

Tidak jauh dari situ, seorang lelaki tua yang merupakan orang asal di pulau tersebut, sedang memerhatikan gerak geri Osman dan beberapa banduan yang lain.

Lelaki tua itu dikenali dengan nama Tok Rendang di kalangan puaknya.

“Kau ni Fendi...Tok Rendang ke Rendang Tok?”, sekali lagi aku mencelah.

“Kejap...kamu ni cerita hantu ke cerita buku sejarah?”, Paksu pula masuk mencelah.

Disebabkan terdapat banyak bangkangan makanya Fendi tidak dapat menyambung cerita seramnya. Belum masuk lagi part dia letak nama anak Tok Rendang tu nama Eton.

Sekian saja aku habiskan masa korang baca cerita Fendi tu. Haha

Oklah...kali ni aku bagi cerita betul2 ye...


Misteri Wak Dun

Seminggu setelah kerajaan membenarkan rentas negeri dan daerah (masa ni kes tinggal 1 angka), Ramli pulang ke kampungnya untuk melihat ibu, kakak dan adiknya.

Sebagaimana aku makan nasi lemak Pak Itam sekiranya pulang ke kampung, Ramli pula kebiasaannya akan ke gerai Hashim Tomyam untuk memakan Lamb Chop.

Sedang dia melantak Lamb Chopnya yang ke empat, dia ternampak Wak Dun sedang berjalan skipping melintasi hadapan gerai tersebut.

“Woi gila!”, tegur salah seorang pemuda bernama Wan sambil mengangkatkan sebelah tangannya.

“Hoii...kau panggil aku gila? Kau tu la yang gila tapi tak sedar diri tu gila!”, tempik Wak Dun.

“Apahal pulak aku yang gila? Kau tu yang gila!”, Wan berbalas tempik dengan Wak Dun dari duduk sehinggalah berdiri sambil mencekak pinggangnya.

“Kau tu gila! Mencari2 dalam mimpi”, jerit Wak Dun sebelum melangkah pergi dari hadapan gerai itu.

Tidak lama kemudian, Wan kembali duduk sambil membebel2 kemarahan, “dia yang gila, cakap kita pulak yang gila”.

“Rileks la, Wan...yang kau tegur dia tu kenapa?”, pujuk Hisham, tauke gerai tersebut.

“Kau tau apa? Nama kedai sendiri pun salah letak. Nama Hisham letak nama Hashim”, bentak Wan sambil meninggalkan tempat duduknya.

“Eh? Aku pulak yang kena?”, kata Hisham sendirian sambil menggaru2kan kepalanya yang tak gatal.

“Kedai tomyam apa entah jual nasi arab”, sambung Wan lagi sebelum meninggalkan gerai tersebut.

Jauh di bucu kedai tersebut, Ramli memerhatikan saja gelagat orang2 kampung di gerai itu. Sebagaimana Tok Rendang memerhatikan Osman.



Bersambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-8-2021 07:12 PM | Show all posts
Aku: Ater...bile nak masuk cerite hantunye ni? Kalau aku update gitu je nanti ade pulak yang marah nanti. Kene la aku lengah2 siap part lagi satu baru update.
Fendi: Kalau lambat sangat meh aku je cerita dulu.


Cerita Fendi 2

Cerita ni, kejadiannya di rumah jiran Fendi yang bernama Peter.  Pada suatu malam tu, seperti kebiasaan Peter akan ke bilik anak2 perempuannya untuk menyelimutkan mereka sambil mengucapkan “good night”.

Tetapi pada malam itu, muka anak perempuannya yang bernama Sarah kelihatan sangat pucat.

Sarah yang sedang duduk di atas katil sambil memeluk teddy bearnya itu berkata, “daddy, ada seseorang di dalam almari saya...”

Buat pengetahuan korang, kalau kat tempat mat saleh ni, wardrobe diorang tu kira macam bilik stor kecik. Kalau imigran cina biasanya diorang akan sewakan wardrobe diorang tu untuk kawan2 dia yang datang bekerja kat Australia.

Dengan penuh saspen, Peter memulas tombol pintu tersebut dan menolak daun pintu itu perlahan2.

“Gedebooom!!”, bunyi sound efek dari Fendi.

Alangkah terkejutnya Peter bila melihat anak perempuannya sedang duduk memeluk teddy bearnya. Memakai baju pijamas yang sama seperti yang dilihatnya di atas katil tadi.

Dengan nada terketar2 dia memberitahu ayahnya, “ada budak perempuan di atas katil saya”.

Fendi membuat muzik latar saspen...pandai2 la korang imagine.

“Kejap...kejap...bukan ke Peter tu memang ada anak kembar perempuan?”, aku mencelah cerita Fendi.

Sekaligus membuatkan Fendi krik2 serta tidak dapat melangsungkan cerita karutnya itu.

Tidak lama itu, Ramli menyambung ceritanya...


Misteri Wak Dun Bahagian 2

Pada malam itu, seperti kebiasaannya Ramli keluar berjalan kaki seorang diri, katanya panggilan Lamb Chop terlalu kuat pada malam itu. Biarpun dia telah melantak bagai nak rak siang tadi.

“Hah? Lamb Chop lagi? Apesal kau tak naik kereta je pergi gerai tu?”, aku mencelah.

“Hishh...kau ni...nama pun cerita seram. Dibuatnya ada hantu tumpang seat belakang tu karang. Macam mana aku nak halaunya? Shuhh...shuhh?”, jawap Ramli.

*Ramli menyambung ceritanya...

Usai saja Ramli membuat pesanan Lamb Chopnya, tiba2 dia disapa Wak Dun.

Wak Dun: Assalamualaikum ya ahli kubur.
Ramli: Wa’alaikummusalam...
Wak Dun: Haha...mengaku ahli kubur.

Ramli hanya mampu menggeleng2kan kepalanya sewaktu Wak Dun berdekah2 sambil menuding jari ke arahnya.

Ramli: Kenapa ni, Wak Dun? Dah lewat ni tak balik rumah ke? Tidur ke?
Wak Dun: Eh...kau ada nampak ke rumah aku?
Ramli: Eh, kenapa Wak Dun? Takkan rumah boleh cicir pulak?
Wak Dun: Gila ke rumah boleh cicir? Hahaha.

Sekali lagi Ramli hanya mampu menggeleng2kan kepalanya sambil menunggu Wak Dun menghabiskan gelaknya. Apa yang kelakarnya dia pun tak faham.

Wak Dun: Macam ni...aku lapar la...dah la kejap lagi ada mesyuarat.
Ramli: (dalam hati: mesyuarat apa pulak orang tua ni). Tak apa la, Wak order la...nanti saya bayarkan.
Wak Dun: Betul ni? Tak menyesal karang ni? Aku order kaw2 nanti? Order fresh oren karang baru kau nyesal...Hahaha.
Ramli: Order la, Wak... (angkat tangan panggil awek waitress (AW).
AW: Ye...abang Rem nak apa? (sambil gigit bibir dia)

“Hish...dah start dah cerita mamat perasan ingat awek syok kat dia. Cukup la Tom Cruise tu buat cerita perasan hebat. Kau tak payah la nak perasan jugak”, sekali lagi aku mencelah.

*Ramli tak menghiraukan aku, buat muka selamba je sambung cerita dia...

Ramli: Wak nak makan apa, Wak?
Wak Dun: Betul ni? Tak menyesal ni, karang?
Ramli: Betul...order je la, Wak oii...
Wak Dun: Roti canai satu...dengan air suam.
Ramli: Lah...tu je? Gaya sembang macam nak order kepala gajah.
Wak Dun: Cukup la tu... (sambil tersengih2).

Tidak lama kemudian, roti canai Wak Dun pun tiba. Manakala Lamb Chop Ramli pula masih belum siap lagi.

“Wak makan dulu ye?”, Wak Dun meminta izin.

“Makan lah, Wak...”, jawap Ramli sambil menghembuskan asap rokoknya.

“Halal ye?”, sambung Wak Dun lagi.

Ramli hanya menganggukkan kepalanya sambil matanya melihat siaran wrestling yang dipasang oleh Tauke gerai tersebut.

Tapi ada sesuatu yang dapat ditangkap dari ekor mata Ramli. Wak Dun membuat gerak tangan seperti sedang membasuh tangan sebelum dia membaca doa dan seterusnya mencarik2 roti canai yang garing di luar tapi lembut di dalam itu.

Usai saja makan, Wak Dun meminta diri. Katanya tak nak terlewat mesyuarat malam tu.

Setelah Wak Dun beredar, Lamb Chop yang dipesan Ramli pun tiba. Sewaktu Ramli mula menjamah Lamb Chop tersebut, Wan tiba di gerai tersebut.

“Busuk2 pun gerai ni jugak yang kau singgah”, ujar Hisham sambil mengelap meja di hadapan Wan itu.

“Eh...orang tua ni. Takkan terasa lagi kot siang tadi punya hal?”, tanya Wan sambil tersengih sinis.

“Makan tak bayar lepas tu kutuk pulak kedai aku...kalau Lamb Chop yang Pakcik tu makan masih hidup lagi, dia pun boleh terasa tau”, jawap Hisham sambil menuding jari ke arah Ramli.

“Why? Apa kena mengena Lamb Chop ni dengan hal korang? Kenapa kau panggil aku Pakcik? Aku sama sekolah rendah dengan kau dulu la, Hisham”, protes Ramli di dalam hati.

“Hah...kau nak makan apa?”, tanya Hisham kembali.

“Kemain kasar mintak order orang tua ni...aku ni customer tau! Kot ye pun bagi la awek tu yang ambil order...baru la sejuk mata memandang”, jawap Wan tersengih2 sambil menunjukkan ke arah awek waitress.

“Kau jangan kurang ajar...tu anak dara aku. Makan pun tak bayar, banyak bunyi pula. Kau kalau nak orang hormat kau, kau tu dulu kena hormat orang!”, Hisham memberi amaran dengan nada yang tegas.

Wan bingkas bangun sambil menendang kerusi yang diduduknya tadi.

“Ee...orang tua ni...ibarat meminta je aku letupkan muka dia”, ujar Wan.

“Kau ingat aku ni tunggul kayu ke? Biar je apa kau nak buat?”, balas Hisham.

Wan beredar dari kedai tersebut sambil membuat isyarat, “kau ingat” dengan tangannya.

Wan memulas throttle motornya beberapa kali di hadapan kedai itu sebelum beredar.

Keadaan kembali tenang di kedai tersebut, walaupun kedengaran Hisham masih membebel2 pasal Wan tadi.



Bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
ater bersambung lg ya... lepas maghrib sambung tau... tan nunggu ni... hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha kantoi fendi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2021 03:52 PM | Show all posts
Assalamualaikum...maaf semua, lambat pula update kali ni. Ingatkan nak update dua episod sekali, lambat pulak siapnya episod satu lagi tu. Nampaknya aku update ni je la dulu.


Aku: Dah 3 episod...tak mandang lagi hantunya.
Fendi: Oh...aku ada...
Semua: Shaddapp u!!


Misteri Wak Dun Bahagian 3

Disebabkan Ramli agak lewat makan Lamb Chop, makanya dia balik pun agak lewat jugak. Ketika dia berjalan pulang ke rumah, macam2 bermain di fikirannya.

“Menyesal aku tak dengar cakap John tadi naik kereta ke kedai makan...jalan dah la gelap”, dialog dalam hati yang aku saja tambah walaupun tak berkaitan.

Dalam dia berjalan kaki seorang diri itu, dia tersuluhkan Wak Dun yang sedang tidur di pondok hentian bas.

“Woi...woi...apa suluh aku ni? Orang tengah mesyuarat ni”, marah Wak Dun sambil matanya masih terpejam.

Ramli segera menarik lampu suluhnya, dalam masa yang sama dia menghembuskan nafas lega. Sekurang2nya dia tersuluhkan orang...daripada tersuluhkan makhluk yang bukan2.

Seterusnya Ramli menyambung langkahnya kembali. Kira2 separuh perjalanan dari hentian bas tadi ke rumahnya, kali ini dia terdengar pula bunyi menegurnya, “pssttt…psstt…”.

Apa yang bermain di dalam fikiran Ramli ketika ini, adakah kali ini gilirannya pula untuk berjumpa dengan makhluk yang cuba memujuk John dahulu?

Disebabkan dia teringin nak tengok rupa setan, makanya perlahan2 Ramli memusingkan badannya untuk melihat rupa makhluk yang menegurnya itu.

Akan tetapi apa yang dapat disuluhnya ketika itu ialah sekujur tubuh berbungkus kain kapan. Serta merta Ramli jatuh terduduk.

“Brengsek! Terjumpa pula makhluk setan ni”, bisik hati Ramli.

Lantas Ramli cuba mengangkat punggungnya lalu cuba melarikan diri, tetapi niatnya terbatal di situ. Menurut pengalamannya yang telah beberapa kali berhadapan dengan makhluk2 seumpama ini sedari zaman study lagi, ada sesuatu yang lain kali ini. Pocong tu macam tak ada “gerunnya”…hanya mengejutkan dia sahaja.

Maka Ramli pun menyuluhkan kembali ke arah muka pocong tersebut, mata pocong tersebut terkebil2 kerana silau.

“Woi…apa main suluh2 muka ni woii? Tak aci la macam ni”, tegur pocong tersebut.

“Lah…kau rupa2nya, Manap”, ujar Ramli.

Manap merupakan salah seorang kacang hantu di dalam kampung Ramli. Setiap hari ada je benda2 karut yang hendak dibuatnya. Apabila PKP dilonggarkan, makanya dia boleh lah diibaratkan bagai setan terlepas ikatan.

Manap: Aku nak kacau anak si Hisham tauke kedai makan tu la.
Ramli: Lah...kau ni. Apa lah dosa dia sampai kau nak kacau dia?
Manap: Dia berani tolak pinangan aku! Aku bengang kau tau tak?!
Ramli: Habis tu...kau buat macam ni, dapat apa je? Salah kau jugak...pergi curi baju dalam mak dia tu kenapa?
Manap: Aku tersilap amik la!!
Ramli: Haishh...lantak kau la Manap. Aku tak nak...

Belum sempat Ramli menghabiskan kata2nya, dia terperasankan ada satu lembaga berbadan tinggi sedang berdiri di atas dahan pokok di belakang Manap.

Sepasang mata kemerah2an itu ibarat memerhatikan saja perbualan tidak berfaedah mereka berdua dari tadi.

“Eh? Tak habis ayat kau tu, Ramli...kau tengok apa?, tanya Manap sambil menoleh ke belakang.

Mata mereka berdua terpaku melihat makhluk tersebut. Badan makhluk tersebut berbulu2 berwarna hitam. Susuk tubuhnya pula tinggi melebihi manusia biasa.

Ramli memikirkan tak mungkin ada kacang hantu lain di dalam kampung tu main hantu2 selain daripada Manap. Makanya, serta merta Ramli menarik nafas sedalam2nya sebelum berlari pecut ke arah rumahnya.

Dalam kekalutan Ramli berlari pecut ibarat memburu pingat emas sukan olimpik itu, dia sempat menoleh ke sebelah kirinya...ada pocong yang sedang melompat2 laju melarikan diri bersama2 dengannya.

“Woi...tolong bukakkan tali ni woii!! Aku tak nak kena tinggal dengan makhluk tu”, ujar Manap, air matanya berjujuran mengalir di pipi.

Belum pun Ramli sempat memikirkan bagaimana nak pilih tempat R&R untuk membuka tali ikatan kain kapan kawannya itu…tiba2 sahaja makhluk berbulu itu muncul di hadapan mereka berdua, lantas mereka terpaksa melakukan brek kecemasan.

Korang bayangkan je lah pocong brek emergency, sah2 jatuh tertiarap sebab tak boleh nak stabilkan diri.

Dengan pantas Ramli memalingkan badannya ke kanan untuk menyusuri simpang di kanannya itu, yang mana boleh juga sampai ke rumahnya walaupun agak jauh sedikit.

“Ramli! Ramli! Kau jangan tinggal aku sini sorang2 dengan hantu tu...” rayu Manap meminta tolong.

Langkah Ramli terhenti, seterusnya dia mengeluh panjang sebelum memikul pocong tersebut di atas bahu kanannya. Lalu menyambung lariannya dari makhluk yang mengganggu mereka itu.

“Kenapa kau pikul aku? Kan boleh bukakan tali kain kapan ni lepas tu aku lari la sendiri”, tanya Manap di saat2 getir itu.

“Huhh...hahh...kau...jangan macam2...aku...penat ni. Tali...fuhh...pun simpul...mati”, jawap Ramli tercungap2.

“Kenapa kau ikut jalan ni?”, tanya Manap.

Lalu Ramli pula menjawap dengan nafasnya yang tercungap2, “aduhh…kau…ni…aku dah la…penat. Kan…sini pun…boleh…”.

Belum sempat Ramli menghabiskan perkataannya, Manap terlebih dahulu berkata, “jalan ke rumah kau ikut sini dah kena tutup sebulan sebelum PKP dulu. Sebab kes berebut tanah…kalau kau nak lalu sini juga nanti kena ikut…”.

“Ikut…apa? Cakap…tak habis”, tanya Ramli.

“Kena ikut kubur”, jawap Manap ringkas.

Jawapan Manap itu membuatkan Ramli serta merta memberhentikan lariannya. Dia serba salah…beberapa pilihan hidup yang perlu dipertimbangkannya ketika itu. Sekiranya dia berpatah balik ke belakang, ada harapan dia berjumpa dengan makhluk tadi tu. Seandainya dia meneruskan perjalanan merentasi tanah kubur, pun ada harapan dia berjumpa dengan makhluk tadi plus2 kawan2 seangkatan dengannya. Satu lagi pilihan, dia kebumikan saja Manap di tanah perkuburan itu, memandangkan dia dah siap dikapankan.

“Macam mana, Ramli? Duduk lama2 kat sini pun macam makhluk tadi boleh muncul tiba2”, Manap menggesa Ramli mempercepatkan proses buffering di dalam kepala hotaknya.

Ramli memulakan langkahnya dengan penuh keyakinan sambil berkata, “kita redah je lah…”.

Beberapa minit kemudian, mereka berdua tiba di kawasan perkuburan. Kawasan perkuburan di kampung Ramli tidak berpagar dan terdapat juga jalan kecil di tengah2nya.

Ramli menurunkan Manap dari bahu kirinya, lalu dia cuba mengutil2 simpul mati ikatan kain kapan Manap itu supaya Manap boleh lari sendiri tanpa menyusahkan dirinya sekiranya apa2 muncul nanti.

“Cepat lah, Ramli…aku rasa macam tak sedap hati ni…”, ujar Manap sambil matanya melilau melihat sekeliling mereka yang agak gelap itu.

“Sabar lah…siapa lah yang ikat kain kapan kau ni?”, balas Ramli sambil cuba menenangkan tangannya yang menggigil itu.

“Hishhh…tangan ni nak menggigil2 sangat ni kenapa?”, ujarnya lagi.

“Bang…alang2 tu tolong buka ikatan kain kapan saya pulak ye lepas ni”, muncul suara ketiga di belakang Ramli.

Perlahan2 Ramli dan Manap melihat ke arah suara tersebut, sekujur tubuh berbungkus kain kapan tegak berdiri di tepi pohon besar tanah perkuburan tersebut. Matanya hitam, manakala terdapat lubang besar pada pipinya.

Tanpa bercakap banyak, Ramli terus sahaja memikul Manap dan menyambung larian mereka merentasi tanah perkuburan itu. Beberapa suara dapat didengari mereka ketika itu, ada yang menangis, ada yang meminta tolong, ada yang ketawa dan ada juga yang meminta supaya Ramli pikul mereka juga.
Suara2 tersebut boleh membuatkan sesiapa saja meremang bulu roma bila mendengarkannya termasuklah aku yang sedang menaip ni. Membuatkan aku tertanya kembali, “kenapalah aku taip cerita ni kat luar rumah malam2”.



Bersambung…
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh buat skrip movie ni john. Trimokasih bebanyak, boleh bayangkan bertimpa2 masalah deme2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 10:37 PM | Show all posts
Fendi masih nampak lagi ke?
Sumpah lawak fendi ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 13-9-2021 03:52 PM
Assalamualaikum...maaf semua, lambat pula update kali ni. Ingatkan nak update dua episod sekali, lam ...

ni dah masuk rancangan maharajalawak dah... hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 15-1-2021 08:27 PM
Haishh...tak sangka aku...ingatkan boleh cuti lama2 dari update cerita kat sini. Sekali dah kena sam ...

Org alam sana tu hawariyun?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2021 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sr je sebelum ni. Marathon baca. Best. Keep it up tt. Ku tunggu sambungannya~~~
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Blom ada update
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2021 05:35 PM | Show all posts
Misteri Wak Dun Bahagian 4

Apa yang sedang bermain di dalam fikiran Ramli ketika itu, seandainya dia boleh pengsan…lebih baik dia pengsan daripada menanggung pengalaman seram seperti itu. Tetapi dirinya terasa terlalu penat untuk pengsan.

Usai saja meredah kawasan tanah perkuburan, Ramli meletakkan kembali Manap berdiri di atas jalan raya. Tetapi tubuh manap gagal ditegakkan, kakinya layu ibarat tak bertulang. Ramli memeriksa muka Manap kalau2 dia tersilap pikul mayat kat tanah perkuburan tadi.

Memang betul makhluk yang dipikulnya itu ialah Manap, cumanya dia telah pengsan dan terdapat kesan buih2 pada mulutnya.

“Hamlau punya kawan, aku penat2…dia boleh pengsan pulak”, bisik hati Ramli.

Maka ternyatalah Manap ni bukan hantu ye kawan2 sekalian, seperti yang korang cuba teka dalam hati. Takkan la hantu boleh pengsan sebab kena kacau dengan member dia sendiri kan? Hahaha.

Ramli melihat sekelilingnya, terasa macam tak patut dia tinggalkan pocong yang bernama Manap di tepi jalan itu. Makanya dipikulnya lagi, seterusnya menyambung perjalanannya pulang ke rumah.

Suasana malam itu amat sunyi, tidak ada bunyi katak, cengkerik mahupun bunyi motor budak2 rempit melayan bumper2 di jalan kampung tersebut. Bahkan angin pun tidak dapat dirasakan untuk meniup badan Ramli yang basah bermandi peluh itu.

Tidak lama kemudian, Ramli tiba di hadapan rumahnya dan dia disambut oleh adiknya yang berkata, “ibu…Alang bawak balik pocong”.

Setelah Ramli meletakkan Manap di tepi pintu dapur seperti meletakkan setandan pisang, Kakak Ramli pula datang membedil secara bertubi2 tanpa memberikan kesempatan untuk Ramli berkata apa2, “Hah…yang kau balik bawak pocong ni kenapa, Lang? Kau jumpa kat mana? Kau jangan macam2…balik sini buat kerja2 syirik pulak. Syirik ni tak ada ampun tau”.

Ramli hanya mendiamkan dirinya lalu berjalan ke arah meja makan dan terus sahaja meneguk air di dalam jag.

“Astaghfirullah hal azim…Alang…Alang…dah lah soalan tak berjawap, buruk perangai main teguk je jag tu. Nanti orang lain nak minum macam mana?”, sekali lagi Kakak Ramli membebel.

Tiba2 adik Ramli memanggilnya, “Alang…Alang…tu King Kong ke?”.

“King Kong?”, tanya Ramli dan kakaknya serentak sambil menoleh ke arah luar pintu.

“Ya Allah…genderuwo…”, kata2 yang keluar dari mulut Kakak Ramli sebelum dia rebah pengsan di lantai dapur.

Ramli dengan pantas menarik lengan adiknya itu masuk ke dalam rumah serta menutup daun pintu dapur tersebut dan menguncinya.

“Haaaahhhhhhhh...”, Ramli mengeluh panjang sambil terduduk di lantai.

Kepalanya bertambah2 runsing apabila mengenangkan yang dia perlu memikul dua orang yang sedang pengsan itu ke bahagian tingkat atas rumah.

Keesokan paginya...walaupun aku tak berapa nak percaya masa dia bangun tu masih pagi, tapi kita terima je lah ye. Ramli terdengar suara orang sedang berborak dan bergelak ketawa di dapur.

Ramli cuba menyokong badannya bangun dari katil, tetapi tangannya menggeletar kerana melakukan kerja2 memikul pocong sambil berlari marathon malam semalam.

Badannya terasa seperti seram sejuk macam nak demam. Tapi dia merasakan macam bahaya kalau demam time2 macam ni. Silap2 nanti disaspek salah satu gejala covid nanti, walhal dia cuma tersampuk hantu saja.

“Hah...baru bangun kau, Ramli?”, tegur Manap. Mulutnya penuh mengunyah nasi goreng yang dimasak oleh Kakak Ramli.

“Kau ingat apa yang jadi malam semalam? Aku rasa macam hangover pun ada...kau ada letak apa2 kat makanan atau minuman aku ke?”, sambungnya lagi.

Ramli hanya berdiam seribu bahasa...kecik besar je dia tengok budak Manap tu. Tapi memandangkan badannya masih sengal2 di sana sini, makanya dia memilih untuk terus berdiam diri dan duduk di kerusi meja makan.

“Eh...ni baju aku kan?”, tanya Ramli.

“Shhh...takkan aku nak pakai kain kapan semalam balik ke rumah? Kantoi la aku”, bisik Manap.

“Eh? Kau telanjang ke dalam kain kapan tu? Kalau aku tau...aku terus kebumikan je kau semalam”, balas Ramli.

“Jangan la macam tu...sampai rumah karang aku bagi la balik”, pujuk Manap.

“Banyak cantik muka kau? Cuci dulu ye...”, ujar Ramli.

Perbualan mereka terhenti di situ apabila Kakak Ramli meletakkan pinggan berisi beberapa ketul nugget untuk dibuat lauk.

“Hah...apa bisik2 ni? Kot ye pun, pergi la basuh muka dulu Alang oooi...takkan kau terus je nak mengadap makanan?”, tegur kakaknya sambil sebelah tangan dicekakkan di pinggang.

Usai saja membasuh muka dan menggosok gigi (Ramli ni memang biasa mandi ala2 koboi…dari masa student lagi), dia pun kembali ke meja makan. Tetapi Manap telah pun beransur pulang.

“Kawan kau dah balik dah…apa ke gaya kawan kamu tu pakai baju ngan seluar besar menggelebeh bukan main”, ujar Kakak Ramli sambil meletakkan wedges goreng pula di atas meja. Ramli ni nak sarapan ke mentekedarah bagi saka makan?

Petang itu Ramli pulang ke Kuala Lumpur, dia sempat menapau Lamb Chop untuk dimakannya di atas jalan nanti. Korang tak perlu bayangkan macam mana dia makan Lamb Chop sambil driving. Aku pernah satu kereta dengan dia, rasa macam ada T-Rex kat sebelah tengah melahap.

Minggu depannya Ramli pulang lagi ke kampung. Kepulangannya kali ini menimbulkan ketidaksenangan di kalangan orang2 kampung.

Ini disedari oleh Ramli sendiri sewaktu dia sedang berjalan kaki menuju ke gerai Hashim Tomyam. Setiap yang berselisih dengannya membuat riak muka tidak senang melihatnya. Ada juga yang menutup mata anak mereka dari melihat Ramli.

“Eh? Apahal pula ni? Aku ada buat salah ke? Nak cakap aku telanjang, sahih aku pakai baju sekarang ni...mask pun pakai”, bisik hati Ramli sambil kedua2 tangannya memeriksa pakaian.

Tidak lama kemudian, Ramli tiba di gerai Hashim Tomyam. Sekali lagi dia melihat reaksi yang sama dari pelanggan2 di gerai tersebut.

“Pakcik, saya duduk sini ye”, ujar Ramli sambil menarik kerusi meja makan.

Pakcik tersebut tidak berkata apa2, melainkan terus saja bangun dan berjalan ke kaunter bayaran.

“Nak makan pun tak selera”, itulah yang dapat didengari dari mulut Pakcik itu sambil menghulurkan duit kepada Hisham.

Hal ini lebih menghairankan Ramli...Apakah yang telah terjadi? Adakah susuk badannya yang terlalu comel itu menimbulkan kemarahan orang2 kampung?

Tidak lama kemudian, Awek Waitress itu pun datang mengambil order. Aku letak nama dia Ija lah ye.

“Hah...nak apa?”, ujarnya dengan nada yang kasar.

“Amboi...kasarnya...”, jawap Ramli terkedu.

“Sini bukan tempat nak manja2...tak nak order boleh jalan”, kata Ija sambil tangannya sibuk mengangkat pinggan dan cawan Pakcik tadi.

Ramli seakan dua hati sama ada hendak meneruskan saja order makan di gerai tersebut atau pulang saja ke rumah serta memasukkan gerai tersebut ke dalam senarai “blacklist”nya.

Hisham muncul di belakang Ija, lalu menepuk bahunya.

“Biar ayah je yang cakap dengan Pakcik ni”, ujar Hisham.

“Pakcik?”, bisik hati Ramli.

“Ramli...aku nak cakap dengan kau pun serba salah. Kita ni dulu sama satu sekolah rendah, jadi kalau aku tak cakap pun tak patut”, kata Hisham dalam riak mukanya yang serba tak kena.

“Apa salah aku, Hisham?”, tanya Ramli ringkas.

Tiba2 saja Ija menyampuk dengan nada suara yang tinggi, “kau tanya apa salah kau? Patut lah selama ni aku try2 ayat tak jalan...rupa2nya bernafsu kat benda lain!”.

Dialog yang agak meragukan aku, tapi dah berapa kali aku persoalkan, Ramli cakap ianya sahih...makanya aku masukkan je la.

“Sabar...sabar...biar ayah cakap kat dia”, pujuk Hisham.

“Nafsu? Apa ni, Hisham? Aku tak faham”, Ramli tertanya2.

“Macam ni Ramli...minggu lepas, orang2 kampung nampak kau dukung pocong ke sana ke mari. Siap bawak keluar dari tanah kubur pula tu...blah3”, terang Hisham dengan panjang lebar.

Ramli seakan2 blank sewaktu mendengar penjelasan Hisham yang juga diselitkan dengan kata2 nasihat itu. Apa yang mengembalikannya ke realiti ketika itu ialah apabila dia mendengar perkataan “pencinta pocong” dari mulut Hisham.

Ramli bingkas bangun dan beredar dari gerai tersebut. Dia berang mendapat gelaran “pencinta pocong”. Kalau diikutkan hati, mau terbalik gerai Hashim Tomyam itu dibuatnya.

Kini baharulah dia faham apa yang sudah terjadi di kampungnya. Sewaktu dia berjalan pulang, setiap orang kampung yang berselisih dengannya akan menjauhkan diri darinya sambil membuat muka jijik.

Sehinggakan budak2 rempit pun akan berpatah balik sambil mengatakan diorang boleh suwey nak race malam nanti kalau berselisih dengannya.

Jiwa Ramli menjadi kacau, tiba2 saja dia difitnah dan disisihkan penduduk kampung. Dalam perasaannya yang masih tidak tenteram itu, dia disergah.

“Huaarggghhh! Hah...terperanjat kau”, kata Wak Dun kepadanya.

“Astaghfirullah hal azim...ni gurau2 pun boleh koma ni”, balas Ramli sambil mengurut2 dadanya.

“Brader...belanja aku roti canai lagi boleh tak? Lapar la pulak”, pinta Wak Dun sambil mengusap2 perutnya.

Ramli termenung seketika, lalu dia mengeluarkan duit sepuluh ringgit dari dompetnya dan menghulurkannya kepada Wak Dun.

“Wak pergilah sendiri...aku dah kena banned”, ujar Ramli dalam nada kecewa.

Setelah Wak Dun menerima duitnya, Ramli meneruskan langkahnya yang tidak bermaya itu ke arah rumahnya.

Wak Dun seperti menilik duit yang diberikan oleh Ramli kepadanya. Lalu dia menoleh ke arah belakang Ramli dan tersenyum.


Bersambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2021 06:10 PM | Show all posts
Misteri Wak Dun Bahagian 5

Malam itu Ramli hanya termenung di jendela anjung rumah sambil menghembuskan asap rokoknya.

“Hah...menung je kau, Alang?”, tegur ibu Ramli.

Ramli hanya membalasnya dengan senyuman, jauh di sudut hatinya timbul perasaan sayu melihatkan ibunya berjalan terketar2 bertongkat menghampirinya.

“Mak bukan tak suka budak Fatin tu...tapi dia tu orang bandar. Tak sesuai dengan kita yang duduk di kampung ni”, ujar ibunya lagi.

“Ah sudah...Fatin tu kisah masa zaman belajar dulu”, bisik hati Ramli sambil menepuk dahinya.

Sambil ibunya melangkah pergi dari anjung rumah, dia sempat berkata, “jangan tengok lama2 kat luar tu...ada tetamu tak diundang”.

“Tetamu tak diundang?”, Ramli kehairanan.

Tanpa membuang masa, Ramli segera menutup jendela di hadapannya.

“Fuuhhh...selamat”, bisiknya sendirian.

Sebaik saja Ramli menoleh ke belakang, lembaga berbulu hitam itu sudah pun terpacak di salah satu bucu rumah yang tidak jauh darinya.

Tubuh Ramli kaku, tidak boleh bergerak. Kakinya diibarat dipasak pada lantai kayu rumahnya.

Perlahan2 makhluk itu membuka mulutnya, berbicara dengan suaranya yang garau, “kau...dan aku...adalah satu...”.

Ibarat dipukau, mulutnya tiba2 mengikuti ayat yang disebut oleh makhluk itu tanpa kerelaannya.

“Kau...kau...”, Ramli seboleh2nya cuba menghalang dirinya dari mengikuti apa yang disebut oleh makhluk itu.

“Astaghfirullah hal azim! Makhluk celaka! Pergi kau dari sini! Jangan kau ganggu keluarga aku!!”, jerit Kakak Ramli.

Teriakan Kakak Ramli itu membuatkan Ramli tersedar dan dapat bergerak semula.

Makhluk itu berjalan merentasi anjung rumah tersebut sambil berkata dengan suara garaunya, “aku pasti akan dapat apa yang aku hendak...”.

Sebaik menghabiskan kata2nya makhluk itu ghaib dari pandangan mata.

Ramli terduduk di lantai, kaki dan tangannya masih menggigil, manakala bulu roma badannya masih meremang.

“Alang...”, belum sempat Kakak Ramli menghabiskan bicaranya, tiba2 mereka terdengar adik Ramli menjerit.

Ramli mengumpulkan kudratnya untuk bangun dan bergegas menuju ke bilik adiknya.

Apabila mereka tiba di bilik Samad, kelihatan adik mereka itu sedang terperuk di bucu bilik.

“Samad, kau ok tak?”, tanya Kakak Ramli sambil mengusap2 kepala adiknya.

“King Kong...King Kong!”, itu saja yang terbit dari mulut adik mereka.

“Tak boleh jadi ni, Alang...kau kena pergi ke rumah Imam Khairul...”, belum sempat Kakaknya menghabiskan kata2, Ramli mengangguk2kan kepala dan seterusnya berlari ke luar rumah.

Setelah penat berlari, Ramli berhenti seketika untuk mengambil nafas. Dia cuba untuk menyambung langkahnya ke rumah Imam Khairul tapi kakinya tidak mampu untuk menyambung langkah.

Dia melihat ke kanan ke kiri, lalu bertanya sendirian, “mana rumah Imam Khairul?”.

Dalam masa yang sama, gerai Hashim Tomyam yang asalnya tenang, aman damai tiba2 saja berubah menjadi hiruk pikuk apabila pocong membuat persinggahan di dapur gerai tersebut. Habis tunggang terbalik kerusi meja gerai tersebut kerana pelanggan2nya cuba menyelamatkan diri dari dikokak pocong tersebut. Aku agak je la…aku pun tak tahu apa pocong tu buat kalau dia dapat mangsa. Apa kata mengkeme sekalian try suakan tengkuk kat mulut pocong real. Apa ke jadi gamaknya.

“Eh? Kenapa ni? Ada marathon ke malam2 buta ni?”, tanya Ramli sendirian. Apa kejadahnya marathon pakcik makcik berkain pelekat atau berkain batik berlarinya Ramli ooooiii.

Ramli cuba menahan beberapa orang kampung yang sedang berlari secara berjemaah itu untuk menanyakan arah ke rumah Imam Khairul namun tidak berjaya. Sehinggalah Hisham datang mendekatinya.

“Pakcik Ramli…Pakcik Ramli…kau kena tolong aku, kedai aku kena serang pocong”, ujar Hisham dengan nafasnya yang tercungap2 sambil menarik2 lengan Ramli.

“Eh? Kenapa pulak kau panggil aku Pakcik…eh, apahal pulak aku yang kena selesaikan masalah pocong kat kedai kau?”, tanya Ramli kehairanan.

“Hadooiii…jangan banyak tanyalah. Kau kan pocong lover? Ataupun the pocong whisperer…kau tolonglah aku. Berapa Lamb Chop yang kau nak sebagai pengerasnya aku boleh bagi”, pujuk Hisham.

Serta merta fikiran Ramli melayang, “tawaran menarik ni…eh, aku bukan pencinta pocong atau pocong lover mahupun pocong whisperer. Berapa banyak gelaran yang ada perkataan pocong yang diorang nak bagi kat aku ni?”.

Tersentak Ramli tersedar, dia telah pun berada di hadapan gerai Hashim Tomyam dan belakang badannya ditolak2 oleh Hisham.

“Tu…tu…kat dapur tu…anak aku, Ija pengsan kat dapur. Kau selamatkan la kedai…eh, anak dara aku tu”, ujar Hisham sambil menunjukkan ke arah dapur kedainya.

“Lah…kau tinggalkan je anak dara kau dengan pocong tu? Kalau jadi apa2 karang…tak pasal2 je”, balas Ramli sambil menepis tangan Hisham yang masih cuba menolak belakangnya.

“Dia boleh buat apa je berbungkus macam tu…tu lah aku sempat pergi minta tolong dulu”, jawap Hisham sambil menolak Ramli dengan kedua2 tangannya dengan sekuat2 hati.

Tidak semena2 Ramli telah masuk ke dalam kawasan gerai tersebut setelah ditolak Hisham. Dia menoleh kembali ke arah Hisham. Tetapi Hisham hanya membuat isyarat tangan please proceed accordingly.

Dalam keadaan serba salah, Ramli melangkah perlahan2 menuju ke arah pintu dapur. Sebelum dia memulas tombol pintu dapur tersebut, dia menoleh sekali lagi ke arah Hisham berserta muka kesian kot2 boleh excuse dari menjadi ghostbuster tak bertauliah. Namun Hisham hanya membuat isyarat “green light” dengan ibu jarinya.

Dengan hati yang keciwa, dia menolak daun pintu tersebut perlahan2 dan seterusnya melangkah masuk ke dapur. Tersentak Ramli terkejut melihat pocong tersebut cuba menjilat pipi Ija yang terlantar pengsan di lantai. Ramli segera menyambar penyapu lidi di balik pintu dapur itu dan melibasnya ke muka pocong tersebut.

“Woi! Apa ni, Ramli? Sakit tau tak?”, ujar pocong tersebut yang juga merupakan insan yang amat2 dikenalinya, iaitu Manap.

Ramli tidak berkata apa2, hanya meneruskan libasan demi libasan dengan menggunakan penyapu lidi di tangannya. Di dalam fikirannya kerana makhluk keparat inilah dia digelar berbagai2 nama yang mempunyai perkataan pocong di dalamnya.

Disebabkan Ramli melibasnya tanpa belas kasihan, makanya Manap membuat keputusan untuk melompat2 melarikan diri. Tetapi Ramli masih mengejarnya sambil melibaskan penyapu lidi dengan sepenuh kudratnya.

Hal itu disaksikan oleh Hisham dan beberapa penduduk kampung yang agak tercengang melihat keberanian insan bernama Ramli itu. Akhirnya Manap berjaya meloloskan diri dari Ramli yang staminanya hanya power jika berhadapan dengan penampakan yang real sahaja.

Dalam kepenatan dan badannya yang lenguh di sana sini, Ramli kembali ke gerai Hashim Tomyam. Pada hematnya, situ sahajalah akan terkumpulnya orang2 kampung untuk dia bertanyakan arah ke rumah Imam Khairul.

Setelah dia meneguk air dua, tiga jag di kedai Hashim Tomyam, Ramli menyambung perjalanannya ke arah rumah Imam Khairul seperti yang dikongsikan oleh Hisham.

Namun harapan Ramli bertukar menjadi hampa apabila isteri Imam Khairul memberitahunya yang Imam Khairul demam menggigil2 setelah dihantar pulang oleh penduduk kampung dari gerai Hashim Tomyam.

Isteri Imam Khairul juga berkata, “tak tahu lah apa bangsa pocong kat gerai si Hisham tu, dengarnya laki aku sampai terdemam2 baca macam2 tapi tak jalan juga”.

Dah jadi macam tu, takkan Ramli nak seret juga Imam Khairul ke rumahnya pula kan? Makanya dia pulanglah ke rumah dengan hampa. Di dalam kepalanya ligat memikirkan apa yang patut dibuat pada makhluk berbulu hitam itu. Takkan lah nak dilibasnya dengan penyapu lidi pula? Jurus penyapu lidi petala langit ke tujuhnya itu hanya berkesan pada pocong jadian bernama Manap saja.

Setibanya Ramli di hadapan pintu rumahnya, dia disergah oleh kakaknya, “hah…kau pergi panggil Imam Khairul ke pergi tauliahkan Khairul tu jadi imam? Samad dah tidur dah menunggu kau tau tak?”.

Terkedu Ramli mendengar kata2 tersebut dari mulut laser kakaknya, setelah sekian lama dia tidak dilaser sedemikian rupa. Kali terakhir dia dilaser seperti itu ialah apabila dia tersilap membawa pulang kawan wechat yang mempunyai video2 yang agak femes sewaktu belum kahwin dahulu.

Ramli hanya memekakkan saja telinganya dan berdiam seribu bahasa sambil melangkah masuk ke dalam biliknya. Jiwanya bergelora ibarat seperti kembali ke waktu remaja dahulu…remaja veteran mungkin lah kot?

Keesokan harinya setelah sarapan (mungkin dah tengahari), Ramli hanya termenung di pangkin hadapan rumahnya. Fikirannya melayang entah ke mana. Kadang kala dia berfikir mungkin lebih baik dia menemani isterinya berpantang di kampung.

Akan tetapi hatinya pula terasa seperti dia memang sepatutnya berada di rumah ibunya pada minggu itu.

Tiba2 Ramli disapa, sekaligus memecah lamunannya, “kalau ayam termenung macam kau ni…memang patut kena sembelih dah la kiranya. Hahaha”.

Lantas Ramli menoleh ke arah suara yang menyapanya itu dan berkata, “oh…Wak Dun ke…dah lah tak bagi salam”.

“Eh? Baik sikit…berapa kali dah aku bagi salam tadi, kau je tak dengar”, balas Wak Dun.

“Wak bagi salam macam mana?”, tanya Ramli.

“Dalam hati”, jawap Wak Dun ringkas sambil tersengih2 seperti kerang busuk.

Ramli hanya menggeleng2kan kepalanya. Dia merasakan yang dia akan bertambah2 serabut sekiranya dia melayan Wak Dun itu.

“Eh…rileks la brader…takkan tu pun dah tacing”, pujuk Wak Dun sambil menahan bahu Ramli yang cuba untuk bangun meninggalkannya.

“Cuba cerita kat Wak…apa masalahnya?”, tanya Wak Dun.

Setelah beberapa ketika…

“Eh? Kenapa pula aku boleh cerita semua benda yang dah jadi kat aku kat Wak Dun?”, Ramli tertanya2 sendirian sambil melihat Wak Dun melambai pergi meninggalkannya.

Sedar tidak sedar dekat sejam jugalah dia berborak dengan Wak Dun sehinggakan orang2 kampung yang lalu lalang di hadapan rumahnya akan menggeleng2kan kepala sambil berkata di dalam hati, “pencinta pocong dah berborak dengan orang gila pulak”.


Bersambung…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.107066 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list