Kreativiti orang ini kadang-kadang tiada batasannya dan di luar jangkaan kita!
Sama seperti seorang penyanyi underground Takahara Suiko dari band The Venopian Solitude yang menghasilkan lagu raya yang catchy dengan hasil bantuan ayam dan nuget KFC. Apa?
Kalau anda nak tahu Takahara juga merupakan isteri kepada Youtuber Malaysia terkenal iaitu Anwar Hadi. Wanita ini sangatlah kreatif sehingga mampu menghasilkan lagu menggunakan menu KFC dan alat muzik yang dinamakan Makey-makey.
Kredit foto: Malay Mail
Twitter
Jangan risau sebab Takahara sendiri dah jelaskan yang kesemua makanan itu tidak dibazirkan dan semua alat-alat yang digunakan bagi merakam lagu ini telah dibersihkan terlebih dahulu.
Menurut Takahara, lagu raya yang bertajuk 'Selamba Raya' ini mempunyai maksud yang mendalam dan ditujukan kepada mangsa yang sering menerima soalan panas daripada makcik-makcik sewaktu hari raya.
Netizen rata-rata memang terpukau dan bangga dengan bakat yang ditunjukkan oleh sekumpulan anak muda ini.
Kredit foto: Twitter
Nah tontonlah iklan raya daripada KFC dan The Venopian Solitude!
setuju.. lagu dia tak sedap langsung..tertengok masa anak tgh lyn youtube.. masa tu fikir, ishh sape la buat lagu raya sumbang taksedap langsung camnie.. igtkan iklan kfc.. rupanya dorg buat vidclip sendiri..