CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4597|Reply: 9

Havocnya, Video Raya Ayda Jebat 'Ada Hati, Raya Menjadi-Jadi'

[Copy link]
Post time 24-5-2019 05:01 PM | Show all posts |Read mode
Hari Raya yang menandakan berakhirnya bulan Ramadan adalah perayaan yang terbesar di Malaysia. Selain daripada perayaan yang besar-besaran, hidangan juadah yang enak dan pulang ke kampung, Hari Raya juga memupuk kita untuk saling berterima kasih dan bermaaf-maafan antara satu sama lain. Selain itu, kita juga perlu mengamalkan empati dan menghulurkan bantuan kepada masyarakat.


Watsons Malaysia telah mengambil peluang ini untuk menggalakkan orang ramai agar menjadi lebih prihatin melalui kempen ‘Ada Hati Raya Menjadi-jadi’ sempena raya kali ini. Kempen Watsons ‘Ada Hati Raya Menjadi-jadi’ telah bekerjasama dengan 30 rumah kebajikan di seluruh Malaysia dengan mendermakan pelbagai barangan jenama Watsons bernilai RM100,000 untuk membawakan keceriaan dan kegembiraan menjelang Hari Raya. Ia bertujuan untuk mengingatkan rakyat Malaysia agar turut mengingati golongan-golongan yang memerlukan.






“Bulan Ramadan adalah masa untuk kita saling memberi dan perbuatan itu sebenarnya dapat menyerlahkan ciri-ciri yang terbaik dalam diri seseorang. Kami mengambil peluang memberi sumbangan ini bukan sahaja kepada pelanggan setia Watsons, tetapi juga kepada masyarakat.


Di Watsons, kami menggalakkan pelanggan kami agar “Tampil Hebat, Berasa Hebat” dan berasa hebat bukanlah merujuk kepada harta benda yang kita miliki, tetapi pengalaman yang amat bermakna untuk anda dan orang yang anda sayangi. Bagi Aidil Fitri kali ini, misi kami adalah untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Oleh itu, melalui kempen ‘Ada Hati Raya Menjadi-jadi’, kami berharap dapat menyebarkan keceriaan Hari Raya kepada para pelanggan kami dengan pelbagai promosi istimewa sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan mereka membeli-belah di Watsons,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Wastons Malaysia dalam ucapan alu-aluannya kepada para tetamu.





Semasa pelancaran kempen ‘Ada Hati Raya Menjadi-jadi’ Watsons, pihak media dan tetamu dihiburkan dengan persembahan tradisional tarian zapin. Pelancaran ini turut dihadiri oleh Ayda Jebat yang menghiburkan para hadirin dengan sebuah lagu istimewa, lagu raya Watsons. Watsons Malaysia juga telah menayangkan video raya ‘Ada Hati Raya Menjadi-jadi’ yang menyampaikan mesej bahawa sekiranya kita mempunyai hati dan usaha, kita pasti akan melakukannya hingga menjadi nyata. Ianya berkisahkan tentang Ayda yang pulang ke kampung halamannya untuk bersama-sama beraya dengan keluarga tercinta.


“Kami amat teruja untuk melancarkan video raya istimewa berjudul ‘Ada Hati Raya Menjadi jadi’ yang menampilkan Duta Watsons Ayda Jebat. Balik kampung sememangnya sinonim dengan sebarang perayaan di Malaysia, dan video ini menampilkan kelainan yang ajaib tentang perjalanan Ayda pulang ke kampung pada Hari Raya ini. Mesej yang penting dari Watsons untuk Hari Raya ini ialah tiada apa yang lebih penting atau indah dari saat-saat anda meraikannya bersama keluarga anda. Dan sudah pastinya Watsons menawarkan semua yang anda perlukan untuk anda menyambut Hari Raya,” kata Danny Hoh, Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia yang menerangkan tentang kempen kali ini.






Pelanggan Watsons akan menikmati pelbagai tawaran ‘istimewa’ Hari Raya seperti berikut:
● Promosi jualan Hari Raya sehingga 50% dari sekarang hingga 12 Jun di cawangancawangan Watsons di seluruh negara dan dalam talian – www.watsons.com.my


● 60 pemenang bertuah daripada ahli-ahli Watsons yang membuat pembelian berjumlah RM50 ke atas untuk mana-mana produk jenama Watsons berpeluang untuk menghadiri “Meet & Greet Session” bersama Ayda Jebat.


● Peraduan "Ada Kad Watsons, Ganjaran Menjadi-jadi":
Ahli Watsons yang membuat pembelian minimum sebanyak RM100 dalam satu resit termasuk salah satu jenama yang mengambil bahagian berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah bernilai lebih RM1 juta dengan mengimbas resit dan menghantar ke https://www.watsons.com.my/promo-rayacontest. Tertakluk kepada pembelian di manamana cawangan Watsons di seluruh negara dan dalam talian dari sekarang hingga 12 Jun 2019.






Maklumat lanjut boleh dapati di www.watsons.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2019 12:34 AM | Show all posts
Rumah ayda kat kg tu rumah yg sama dlm 7 hari mencintaimu kan. Cantik rumah tu siap laman luas
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Best la iklan dia.. semangat nk blik kg, naik bus pun rasa mcm dlm flight
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 03:44 AM | Show all posts
horny tgk driver dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Watson pn nak iklan raya sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun lps ke yg iklan watson kena kecam racist dayang senandung tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2019 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
so brp rmai pkrja watson yg jaga kdai tu dpt cuti raya prtma ngn kdua??
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2019 01:04 AM | Show all posts
Masih relevankah sheolls?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2019 11:11 AM | Show all posts
whoa yuss
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2019 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
catchy lagu ni{:love{:love
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.252054 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list