sejenis laki yg tak bertanggungjawab. dahla tak admit his wrongdoing, pastu dia buatkan bini dia yg nampak buruk, tak kisah langsung nak jaga hati bni yg tgh mengandungkn anak dia..
kesian kt his wife. i hope she finds a better life without him lepas nie.
Post time 23-5-2019 03:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Eh skrg mmg trend gado laki bini kene tunjuk bukti kt socmed kah?
Diam2 gado, diam2 cerai dah la.
Nak luah kan, pi cari kaunselor kt jab agama, lagi ada input camner nk settle kan masalah.
Lg satu yang minah ni kutip jantan yg rekod tah pape tu apahal. Ingat bila da dpt kwen ko leh ubah perangai laki?
Atau laki bila da dpt ko, tetiba rasa mcm nak ubah perangai sbb menghargai dpt hidup dgn ko? What u see is what u get lah.
PELAKON filem Paskal, Ammar Alfian akhirnya mengaku dia berlaku curang seperti didakwa isterinya, Nelissa Nezam di Instagram, Isnin lalu.
Ammar, 32, atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri berkata, dia sudah meminta maaf berkali-kali terhadap isterinya berhubung perkara itu.
“Saya tahu apa saya lakukan adalah salah. Saya sudah pun meminta maaf berkali-kali sebelum ini pada isteri saya. Tapi, ini hukuman yang saya dapat daripada dia. Saya reda dan terima kerana ini semua daripada Allah.
“Dalam bulan Ramadan ini, saya meminta maaf kepada semua. Saya berdosa dan percaya Allah akan memaafkan hambanya yang datang kepada-Nya,” katanya.
Dalam status yang dimuat naik di Instagram hari ini, Ammar berkata, fokusnya kini pada anak lelaki yang bakal dilahirkan selain ingin menyelamatkan perkahwinan yang dibina pada Mac 2016.
“Ini adalah kenyataan saya terakhir mengenai isu ini. Tolong hormati perkahwinan saya dan beri saya ruang untuk selamatkan perkahwinan saya.
“Saya harap perjalanan hidup lebih tenang dan dekat pada Allah selepas ini. Sesuatu yang berlaku ada hikmahnya,” katanya.
Dalam masa sama, Ammar enggan melayan sikap isterinya yang dianggap satu permainan kerana mendedahkan perkara itu kepada umum.
“Isteri saya yang memilih cara penyelesaian seperti ini. Harap dia berpuas hati selepas motif tercapai. Fokus saya adalah pada anak lelaki yang bakal lahir dan tiada perkara lain yang lebih penting. Saya sudah buat pilihan untuk berdiam diri dan selesaikan masalah ini antara saya dan isteri, tetapi dia mahu memalukan saya kepada khalayak ramai.
“Saya takkan ‘main’ permainan dia. Seperti mana saya beritahu sebelum ini, anda semua tidak boleh faham dan tak mahu dengar sebelah pihak saya. Jadi, buat apa saya jelaskan apa-apa. Cukup bagi saya, isteri, ibu bapa dan keluarga mentua yang tahu,” katanya.
Sementara itu, Nelissa ketika dihubungi berkata, dia tidak kisah dengan apa pun tindakan Ammar selepas ini.
Nelissa yang juga bekas penyampai berita di sebuah stesen televisyen berbayar berkata, buat masa sekarang dia tidak mahu diganggu kerana ingin memberi fokus kepada kehamilannya yang kini mencecah enam bulan.
Terdahulu, Nelissa mendedahkan perbualan WhatsApp dengan Ammar di Instagram Stories yang membuktikan pelakon itu berlaku curang terhadapnya.
Tindakan itu dibuat Nelissa selepas Ammar memuat naik status yang mendakwa isterinya itu menipu dan sudah meminta maaf atas ketelanjuran berkongsi di laman sosial.
“Jangan sesekali memutar belit permohonan maaf saya sehingga saya kelihatan seperti penipu. Saya memohon maaf kerana tidak bersikap rasional dan berbuat demikian kerana mengutamakan anak dalam kandungan, selain kasihankan dia,” katanya.
Dalam hantaran perbualan yang dikongsi, Ammar dikatakan memohon maaf kerana tidak berterus terang sejak awal lagi.
Selain mengaku kesalahannya, Ammar juga dikatakan memberikan alasan merahsiakan hubungan sulitnya kerana enggan memanjangkan kemelut rumah tangga mereka.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2019 @ 2:35 PM
Post time 23-5-2019 04:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dia ni satu opis ngan wife aku..muka biasa aje ape yg hotnya..korang tgk instagram memang la..dulu selalu nampak laki dia ambil time balik keje, now tgk dtg pun jalan kaki