Hanya kerana membiarkan perabot berjemur di bawah matahari, pembantu rumah diikat pada pokok oleh majikannya.
Menurut laporan media tempatan, Lovely Acosta, 26, sudah beberapa bulan berkhidmat dengan sebuah keluarga kaya di Riyadh, Arab Saudi.
Kredit foto: Mirror/ViralPress
Difahamkan, tindakan majikannya menghukum Lovely sedemikian rupa kerana berang wanita itu membiarkan salah satu perabot mahal di luar rumah dan terdedah pada cahaya matahari yang boleh menyebabkan warnanya pudar.
Memetik Mirror, gambar Lovely diikat pada pokok dirakam rakan sekerjanya yang juga dari Filipina bertujuan untuk mendedahkan kekejaman majikan mereka.
Kredit foto: Mirror/ViralPress
Kredit foto: Mirror/ViralPress
Menerusi gambar itu, mangsa dilihat diikat kaki dan tangannya pada sebatang pokok di dalam laman kediaman keluarga berkenaan pada 9 Mei lalu.
Majikannya didakwa cuba menunjukkan kesan akibat terdedah di bawah matahari dengan 'menjemur' pembantu rumah itu di luar rumah.
Jabatan Hal Ehwal Luar Negara (DFA) Filipina yang dimaklumkan mengenai nasib mangsa berjaya menyelamatkannya dan membawa ibu dua anak itu pulang ke La Union, Filipina pada hari sama.
Kredit foto: Mirror/ViralPress
Jurucakap jabatan itu berkata, DFA melaporkan Lovely Acosta Baruelo tiba di Manila dari Arab Saudi jam 8.55 malam pada 9 Mei.
Difahamkan, seorang wanita yang mengaku sebagai rakan kerja Lovely merayu meminta bantuan dan berkata, mereka akan disakiti majikan apabila melakukan kesalahan kecil selain dipotong gaji. - CARI |