CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4420|Reply: 30

[Tempatan] Buah Thai laku keras, acik mempamir bangga

[Copy link]
Post time 15-5-2019 10:47 AM | Show all posts |Read mode



Keenakan buah kelapa laut atau dikenali sebagai buah Thai di kalangan masyarakat tempatan yang gemar memakannya bersama air gula melaka menyebabkan buah itu menjadi pilihan ramai terutama di bulan puasa.

Isinya yang lembut seakan isi kelapa muda tambah lazat apabila dimasak bersama daun pandan

selain dicampur bersama buah kabung bagi menghasilkan minuman.

Seorang peniaga di Pasar Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan, Hanapi Ismail, 56, berkata, dia mampu menjual kira-kira 50 bungkus buah kelapa laut yang diambil dari pemborong di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong, setiap hari.

“Buah ini memang agak sukar ditemui di sini dan hanya di beberapa tempat sahaja pokoknya tumbuh. Maka untuk jualan di bulan Ramadan ini, pemborong terpaksa membelinya di negara jiran.

“Setiap bungkus buah Thai dijual pada harga RM7 dan ia memang laris di bulan puasa kerana mungkin pembeli ingin mempelbagaikan juadah minuman mereka untuk berbuka puasa,” katanya ketika ditemui di sini.

Hanapi berkata setiap hari, dia akan ke RTC untuk mendapatkan bekalan buah itu kerana ia tidak boleh disimpan melebihi tempoh dua hari.

“Buah ini jika tidak disimpan dalam peti sejuk akan menjadi kuning kemerahan dan dianggap rosak serta sudah tidak boleh dimakan,” katanya.

Seorang pembeli, Wan Ahmad Wan Ibrahim, 75, berkata biasanya air buah ini akan dicampurkan dengan beberapa bahan lain termasuk buah kabung dan biji selasih.

“Saya juga suka rasa isinya yang lemak dan lembut.

“Walaupun pelbagai jenis minuman yang ada dijual sekarang, ramai yang masih lagi memilih air buah Thai kerana rasanya lebih asli selain keenakan isinya yang sama seperti kelapa muda,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mei 2019 @ 10:23 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2019 11:03 AM | Show all posts
mmg minat sangat dengan buah ni...tp susah nak cr kat kl
yg ada buah tu dah siap potong kecik2 msk dlm air kelapa laut
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah try...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 11:29 AM | Show all posts
Setiap kali bulan posa pasti ada yang ketengahkan menu istimewa macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
I beli yang dalam tin je. Dia tulis sea coconut. Nyaman minum waktu buka posa. Eh macam nak carik la hari ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 11:38 AM | Show all posts
sedap buah ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-5-2019 11:43 AM | Show all posts
buah thai ke buah tal?  kalau di tak baii diorang panggil buah tal....keliru hakak
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 12:03 PM | Show all posts
ooo.. buah kelapa laut ke..
selalu nampak kat pasar tapi tatau menda..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2019 05:42 PM | Show all posts
ooo ni isinya je ke?? selalu tengok yang dah masuk dalam tong air tu hahaha...

seram betul tengok kuku acik ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 09:21 PM | Show all posts
muka acik,lawa gebus cantik,

tapi kuku acik, lahai...jaul makanan tu

kebersihan acik, kebersihan
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2019 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 15-5-2019 11:43 AM
buah thai ke buah tal?  kalau di tak baii diorang panggil buah tal....keliru hakak

buah tal.. wartawan no bodoh...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Pink_Purple replied at 15-5-2019 09:21 PM
muka acik,lawa gebus cantik,

tapi kuku acik, lahai...jaul makanan tu

Acik wat whitening muke terlupe gosok tang tangan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 09:52 AM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 16-5-2019 09:21 AM
Acik wat whitening muke terlupe gosok tang tangan ke?

muka orang tengok orang puji,
cantik,gebu,mulus,polos..

kuku orang jarang puji..tapi teruk benar kuku dia kotor
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 09:53 AM | Show all posts
tu buah tal laa....hasil dari pokok tal....hampeh toi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Pink_Purple replied at 16-5-2019 09:52 AM
muka orang tengok orang puji,
cantik,gebu,mulus,polos..


Sise inai agaknye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2019 11:15 AM | Show all posts
sekngucing replied at 15-5-2019 09:22 PM
buah tal.. wartawan no bodoh...

Kowser sgt....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2019 11:18 AM | Show all posts

agaknya la, berbaik sangka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2019 11:18 AM | Show all posts
gaara_X replied at 16-5-2019 09:53 AM
tu buah tal laa....hasil dari pokok tal....hampeh toi...

kann....akak pun biasa dgr org sebut buah tal....kalau buah thai  byk kat kelab2 di phuket

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 16-5-2019 11:18 AM
kann....akak pun biasa dgr org sebut buah tal....kalau buah thai  byk kat kelab2 di phuket

Ini aku terpakse gelak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 12:08 PM | Show all posts
i panggil buah tai
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Fazura dan Vivy Yusuf saling unfollow IG
hell0jennieFazura dan Vivy Yusuf saling unfollow IG
Views : 32485 Replies : 216
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 70362 Replies : 600
Anak perempuan Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
YgBenarAnak perempuan Datuk Seri Najib Razak, N
Views : 29503 Replies : 51
jangan duduk sini lama lama, kalau hendak duduk pergi kedai mamak dekat belakang...Wanita bengang kakitangan Mcd pesan jangan duduk lama lama di Mcd
YgBenarjangan duduk sini lama lama, kalau henda
Views : 36298 Replies : 107
Salur pernafasan Tun M dijangkiti kuman
pengecattaikSalur pernafasan Tun M dijangkiti kuman
Views : 8439 Replies : 2
Pelbagai 'ubat-ubatan' ditemui dalam bilik Liam Payne
maklukpenggodaPelbagai 'ubat-ubatan' ditemui d
Views : 14738 Replies : 2
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 107666 Replies : 6294
Terlebih 'feeling', kau level Fattah Amin ke dik?
maklukpenggodaTerlebih 'feeling', kau level Fa
Views : 11538 Replies : 5
Kroni siapakah?
maklukpenggodaKroni siapakah?
Views : 19237 Replies : 32
Sabah negeri paling selamat ,kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan manakala ketiga  Terengganu.Anda nak pindah?
YgBenarSabah negeri paling selamat ,kedudukan k
Views : 12331 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.056803 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list