View: 20422|Reply: 68
|
"Sedihnya Tengok Sampai Tak Tahan Air Mata" - Ramai Rakan Artis Terkej
[Copy link]
|
|
Bagi mereka yang membesar dengan hiburan daripada artis 90an seperti Amy Mastura, Ziana Zain dan sebagainya pasti memuji keindahan tatarias selebriti di zaman itu yang cantik tanpa perlu 'filter' seperti sekarang.
Antara yang bertanggungjawab menyolek wajah mereka ialah jurusolek atau mekap artis (MUA), Hathim Thai yang sentiasa mengikut citarasa di zaman itu.
Bagaimanapun khabar yang diterima sangat menyedihkan apabila Hathim disahkan tidak berupaya membuat kerja kerana sakitnya itu.
Oleh itu, kumpulan jurusolek yang diketuai Deqsha, Sheila Mohamad serta kru program WHI dan Nona terbitan TV3 melawat Hathim di rumahnya di Setapak.
Hathim atau nama sebenarnya, Hatim Thai Ahmad Nordin ketika ini uzur dan berdepan beberapa komplikasi seperti anemia atau kurang darah, buah pinggang tidak berfungsi dan penglihatan kabur.
Inisiatif Persatuan Malaysia Makeup Artis (MMA) melawat Hathim dalam program Ziarah Sahur menarik perhatian ramai terhadap nasib yang menimpa jurusolek itu.
Dalam program itu, lebih 49 jurusolek bertemu Hathim dan melihat sendiri keadaan dirinya bersama anak angkat berusia 10 tahun.
Deqsha berkata, persatuan prihatin dan terharu melihat nasib Hathim yang sudah tidak mampu bekerja.
“Melihat keadaannya, kami cukup terharu hingga tidak dapat menahan air mata mengenang nasibnya.
“Hathim sudah tidak bekerja kerana mengidap anemia dan masalah lain. “Sekarang dia menyara hidup bersama anak angkat berusia 10 tahun dengan bantuan ihsan Lembaga Zakat,” katanya.
Deqsha berkata, Hathim sudah tiga tahun tidak menyambut Aidilfitri berikutan kesempitan hidup dan masalah kesihatan.
“Baju raya dia dan anak tidak pernah berganti baharu. Rumahnya juga sudah tidak terurus.
“Kami hadiahkan sepasang baju raya kepada mereka berdua atas tajaan syarikat tekstil, Jakel. Selain itu, kami menyerahkan derma yang dikumpul daripada ahli persatuan kepada Hathim,” katanya.
Sementara itu, Sheila berkata, beberapa program lain dirancang untuk membantu meringankan beban Hathim seperti berbuka bersama dan merancang mencuci dan mengemas rumah Hathi, beberapa hari sebelum Aidilfitri.
Ramai rakan artis dan yang terlibat dalam industri hiburan yang pernah bekerja dengan Hathim turut meluah simpati serta berkongsi 'post' yang sama di laman media sosial masing-masing. Antaranya ialah Nurul, Zahida Rafik, Sarimah Ibrahim, Amelina, Rizalman dan lain-lain.
Begitulah, nasib kita belum tahu lagi. Semoga lebih ramai membantu Hathim yang tidak berkemampuan ini. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu dgr nama Hathim Thai tapi x tau rupa zaman muda2 dia macamana.
|
|
|
|
|
|
|
|
ooo ini lah yg Rizalman post kt IG story... semoga cepat sembuh.....
anyway, tertanya2 jugek, MUA ni kalo mekap retis2 utk show n shooting brp eh bayaran diorg? |
|
|
|
|
|
|
|
amy mastura suka guna khidmat dia.
paling letop sezaman dgn hathim ni seri saila dixit. tapi seri meninggal dulu..dlm 10 tahun lepas kot |
|
|
|
|
|
|
|
Artis2 yg komen tu hulur hulur la sket. Xkn doa kat socmed je
|
|
|
|
|
|
|
|
agak famaous hathim thai ni dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
insyaallah, ada sumbangan diorang tu.. takkan semua nak dihupload di medsos nyeeehhhh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagusnya inisiatif ni..tak lupa pada org lama.... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tgk hathim thai zaman 15 tahun lalu blakon uol cari filem bintang hati or gila2 pengantin remaja. Dia ada buat cameo dlm dua buah filem tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tau pasal hathim ni pasal rizalman share kat ig story.. sedih pula dengar whatsapp hathim ngan rizalman
Rizalman antara celebrity yg meols paling suka tgk ig story or live vid... terhibur meols |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya.. semoga dia tak dipinggirkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
yup ms kahwin pun amy mastura pkai die ni..
dedl kalo bli mjlh mangga,urtv media hiburan de jgk gambo2 die kuar mcm sll jgk ikut amy mastura ke mn2
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni ada berlakon cerita gila gila pengantin remaja kan
nama dia dalam tu afdlin chokie
lainnya rupa dia |
|
|
|
|
|
|
|
Soft reminder pada makeup artis dan jg kita2 ni..klu korang xmenyimpan,mcm ni la nasib..one more jgla mkn...almost penyakit bhy ni semua dr pemakanan. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya.. tgk seluar yg dia pakai pun koyak.
|
|
|
|
|
|
|
|
hari ni kita senang...esok lusa belum tentu....
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga allah permudahkan dan lapangkan hidupnya..dikurniakan rezeki..diberi kesihatan..begitu juga mereka2 yg kesusahan diluar sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian tgk.semoga dipermudahkan urusan. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun sama.. tau dia Mua tapi tak pernah tgk orangnya
|
|
|
|
|
|
|
|
nama dia familiar. first time tengok
semoga dipermudahkan urusan dia
harap ramai la yg membantu |
|
|
|
|
|
|
| |
|