View: 2040|Reply: 13
|
Dahsyat Betul, Indonesia Guna Pesawat Pejuang Kejut Rakyat Supaya Bersahur!
[Copy link]
|
|
Jika tiba bulan Ramadan, bukan Malaysia sahaja yang menyambutnya malah umat islam seluruh dunia. Permulaan setiap hari digalakkan untuk bersahur sebagai pembekal tenaga sehingga menjelangnya waktu berbuka.
Pelbagai cara kreatif tidak kira di mana sahaja anda berada mengenai cara untuk bangun sahur secara berkesan. Ada yang ketuk kompang keliling kampung dan pelbagai lagi.
Namun, lain pula di Indonesia, apabila Pihak Angkatan Tentera Indonesia (TNI-AU) menggunakan pesawat pejuang yakni jet untuk menggerakkan penduduk supaya bangun bersahur. Dahsyat betul!
Menurut pihak berkuasa (TNI-AU) itu, perkara tersebut merupakan kelaziman apabila menjelangnya ramadhan. Kawasan yang diliputi adalah Surabaya, Solo, Sragen,Klaten, Jogja,Papringan, Wirobrajan dan banyak lagi.
Jurucakap TNI-Au, Kolonel Sus M Yuris yang ditemuramah Sinar Harian berkata, aktiviti itu bukanlah semata-mata dilakukan untuk mengejutkan penduduk untuk bersahur tetapi merupakan salah satu rutin harian buat juruterbang yang bertugas.
Menurutnya lagi, latihan yang dijalankan pada hari biasa iaitu selepas 10 pagi tidak digalakkan dilakukan pada bulan puasa kerana kadar tekanan darah yang menurun selepas waktu tersebut telah turun kerana berpuasa.
Kiranya dua dalam satu lah ni.. Mungkin Tentera Udara Malaysia mahu cuba buat? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sambil sortie sambil kejut sahur |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg menyebabkan boleh bangun? Noise pollution ke |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kelana36 at 11-5-2019 11:15 AM
Dah lama kita buat, sejak tahun 80 an lagi.
TUDM kita pun bila buat continuation training sepanjang bulan puasa akan terbang pada sebelah pagi sebelum subuh. Tujuannya untuk mengelakkan dari terbang di waktu siang semasa berpuasa, rather than mengejut kan orang bangun sahur.. |
|
|
|
|
|
|
|
Indonesia boleh buat tapi aku tk yakin Malaysia boleh buat mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
akak dh lama buat, indon done claim |
|
|
|
|
|
|
|
lawaklah juga kalau tujuannya semata-mata kejut sahur. tujuan sebenar ialah latihan.. |
|
|
|
|
|
|
|
TravellingBear replied at 11-5-2019 03:09 PM
Apa yg menyebabkan boleh bangun? Noise pollution ke
Yelah macam Mak uols jerit bangun Sahur...noise pollution la tu. |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 11-5-2019 04:21 PM
akak dh lama buat, indon done claim
Syirik la tu uolsss.... |
|
|
|
|
|
|
|
sahurnya gempak, pas sahur jangan tidur balik pulek..... terawihnya gempak tapi macam halilintar |
|
|
|
|
|
|
|
ninja9 replied at 11-5-2019 04:24 PM
lawaklah juga kalau tujuannya semata-mata kejut sahur. tujuan sebenar ialah latihan..
Indon dgn kencing keliling berrpisah tiada |
|
|
|
|
|
|
|
Itu lah , TUDM dah lama buat training sebelum subuh semasa dalam bulan puasa, so that bila siang tak ganggu la puasa dan flight safety.
sejak tahun 80 an lagi . Penduduk yang berdekatan dengan pangkalan udara , especially Butterworth dan Kuantan dia orang tau la.
|
|
|
|
|
|
|
|
Menyumpah la pepagi degar hingaq enjin katebang....dengar jam hp berdering pon kekdang raso nak bako ajee |
|
|
|
|
|
|
| |
|