View: 4588|Reply: 14
|
Rahsia Perapan Kambing. Nak Buat Lamb Chop Boleh, Nak Jadikan Sate Pun Sedap!
[Copy link]
|
|
Kambing golek? Kambing bakar? Tak kira apa masakannya, hidangan daging kambing ini memang laku keras ketika bulan Ramadan. Tak tahulah mengapa, namun nampaknya semuanya mencari hidangan berasaskan kambing bila bulan puasa sama ada di bazar Ramadan mahupun bufet di hotel-hotel. Mungkin dapat meningkatkan tenaga selepas seharian berpuasa, kot?
Seperti dipetik dari grup Facebook 'Masak Apa Hari Ini' seorang netizen iaitu Raja Amanina berkongsi resipi menyediakan rempah perapan untuk hidangan kambing. Katanya, rempah perapan ini boleh digunakan bukan sahaja untuk hidangan kambing, malah daging lembu dan juga ayam pun sesuai.
Menurutnya lagi, perapan ini boleh digunakan untuk menu bakar seperti sate mahu pun panggang. Enaknya! Yang pasti, perapan itu nanti jadi lebih sedap kerana rempahnya ditumis terlebih dahulu. Inilah rahsianya. Jom, cuba rempah perapan kambing ini:
Bahan-bahan:
-bawang merah 5-7ulas
-bawang putih 5 ulas
-halia 2 inci
-serai 4 batang
-jintan manis 1sudu kecil
-sedikit lada hitam
-cili giling 3 sudu besar
-rempah kari 4@5 sudu besar
-asam keping 1 keping
-daun pandan sehelai disimpul
-gula Melaka
-garam
-minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
1. Kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia, jintan lada hitam hingga halus.
2. Tumis bahan kisar sekejap, kemudian masukkan serbuk kari, cili giling, daun pandan, asam keping dan perasakan dengan gula serta garam.
3. Masak hingga pecah minyak dan menjadi agak pekat.
4. Tutup api. Biarkan tumisan tadi menjadi sejuk, barulah boleh perap daging kambing.
5. Perap selama 1 hingga 2 jam, semakin lama perap, makin sedap.
6. Daging yang sudah diperap bolehlah dimasak dengan cara bakar atau panggang. Memang enak macam kambing golek di bazar Ramadan. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nnti ada kelapangan harus cuba |
|
|
|
|
|
|
|
mengodanyaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya, menarik untuk dicuba |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks share resepi..boleh cuba nanti..tapi kene tukar daging lembu la..xmakan kambing |
|
|
|
|
|
|
|
Baru je buat lamb chop buka puasa td..mmg last minit baru plan nak buat smpt perap 30 minit je. Nasib baik anak2 makan smbil menjilat jari. |
|
|
|
|
|
|
|
Rindunya lamb chop!!! {:childlike |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya lamb chop..boleh try resepi ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh buat sate pasnie... |
|
|
|
|
|
|
|
nampak menarik. boleh cuba resepi ni. tq |
|
|
|
|
|
|
|
mark resepi ni. nanti nak cuba
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh buat nanti ni utk makn raya{:hooray |
|
|
|
|
|
|
| |
|