Wanita berusia 29 tahun tergamak mengelar leher bayinya yang baru berusia lima hari kerana 'tidak mahukannya'.
Hiralbahen Bhavsar ditahan di Little Ferry, New Jersey pada Khamis selepas pihak berkuasa mendakwa dia mengelar leher dan lengan anak perempuannya menggunakan pisau.
Kredit foto: METRO/PIX 11
NorthJersey.com melaporkan, suspek menghubungi polis dan mendakwa berasa sakit di dada serta suaminya, Jaymin cuba membunuhnya di apartment mereka di Liberty Street.
Sebaik tiba di lokasi, polis segera menahan Jaymin dan menggarinya namun, ahli keluarga lain yang berada di dalam rumah itu menjerit; "Bukan, bukan. bukan dia".
Menurut laporan polis, ketika situasi huru-hara itu, Hiralbahen keluar dari sebuah bilik dan mengakui dia membunuh bayinya sebelum polis menemui mayat mangsa di dalam bilik berkenaan dengan kesan kelar di lengan dan lehernya.
Ketika disoal siasat, suspek mengakui dia membunuh bayinya kerana tidak mahu bayi itu.
Kredit foto: METRO/Google Maps
Manakala, Jaymin memberitahu penyiasat ketika kejadian, keluarganya sedang makan malam apabila mangsa mula menangis sebelum suspek membawanya ke dalam bilik tidur mereka.
Hiralbahen kemudian dilihat keluar dari bilik tersebut tanpa bayinya dan mengambil sesuatu di dapur sebelum kembali ke bilik berkenaan dan mengunci pintunya.
Sementara itu, jiran mereka, Aradhana Thakur berkata, dia tidak pasti sama ada wanita itu mengalami kemurungan selepas bersalin kerana dia kelihatan normal.
Kredit foto: METRO/Facebook
Hiralbahen didakwa melakukan pembunuhan dan memiliki senjata yang menyalahi di sisi undang-undang. - CARI |