CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3925|Reply: 38

[Jenayah] [Update 11 Mei 2019: Suspek DIREMAN PIC #13] Warden TAHFIZ di Kangar BANYAK kali

[Copy link]
Post time 9-5-2019 10:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 11-5-2019 01:22 PM

Warden asrama didakwa liwat, cabul pelajar


DUA pelajar tahfiz lelaki didakwa diliwat, manakala tiga lagi mendakwa dicabul warden asrama tempat mereka menginap di sebuah pusat tahfiz di Kangar, sepanjang April lalu.

Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohd berkata, seorang guru di pusat tahfiz berkenaan yang berusia 25 tahun tampil membuat laporan pada jam 11.25 pagi hari ini di Balai Polis Simpang Empat selepas seorang daripada mangsa mengadu kepadanya.

Menurutnya, kesemua mangsa yang berusia antara sembilan hingga 15 tahun itu juga dipaksa melakukan seks oral kepada warden lelaki berkenaan berulang kali selain memaksa untuk menonton video lucah bersama di bilik lelaki itu.

"Berdasarkan keterangan guru pusat tahfiz berkenaan, seorang mangsa berusia 15 tahun ada berjumpa dengannya di pejabat pentadbiran sekolah pada 24 April lalu dan mengadu mengenai perbuatan suspek yang meliwat dan memaksa mangsa melakukan amang seksual di bilik warden sejak awal April.

"Mangsa diugut pukul oleh suspek agar tidak memaklumkan kepada sesiapa mengenai perkara berkenaan, dan berikutan tidak tahan sering diperlakukan demikian menyebabkan mangsa bertindak melaporkan perkara terkutuk itu.

"Bagaimanapun, hasil pemeriksaan dalaman pihak sekolah mendapati empat lagi kanak-kanak lelaki berusia sembilan hingga 12 tahun turut menjadi mangsa kegiatan tidak bermoral warden itu dalam beberapa kejadian yang berasingan," katanya ketika dihubungi.



Noor Mushar berkata, hasil keterangan daripada empat lagi mangsa mendapati seorang daripadanya menjadi mangsa liwat secara berulang-kali sejak awal April lalu dan suspek juga sering meminta kesemua mangsa memeluk dan mencium mulut selain melakukan seks oral.

"Suspek meliwat mangsa yang berusia 15 dan sembilan tahun, manakala selebihnya dipaksa melakukan seks oral.

"Polis sudah mengambil keterangan semua mangsa dan Pol 59 iaitu arahan untuk dapatkan pemeriksaan kesihatan mangsa di hospital sudah dikeluarkan terhadap kedua mangsa.

"Pihak polis kini sedang berusaha menahan suspek dipercayai berusia lingkungan 30-an secepat mungkin bagi membantu siasatan," katanya.

Mushar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mei 2019 @ 10:17 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2019 02:48 PM | Show all posts

Warden liwat, cabul pelajar lari ke Perak


Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, suspek berusia 28 tahun yang masih belum berkahwin itu dipercayai melarikan diri sejurus laporan polis dibuat oleh seorang daripada guru pusat tahfiz itu, semalam.

Katanya, pihaknya sudah memaklumkan kes itu kepada polis Perak berhubung maklumat suspek yang berasal daripada Bandar Baharu, Kedah itu.

"Kita menerima maklumat bahawa suspek kini berada di Ipoh, Perak dan pihak kami sudah meminta bantuan polis di sana bagi memberkas suspek dalam masa yang terdekat.

"Jadi sekarang ini kita masih menunggu maklum balas polis Perak berhubung perkembangan terkini kes berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Harian Metro malam tadi melaporkan, polis sedang memburu warden pusat tahfiz yang disyaki meliwat dan mencabul lima pelajar lelaki pusat itu sejak April lalu.

Laporan mengenai kejadian itu dibuat guru pusat tahfiz berkenaan di Balai Polis Simpang Empat pada 11.25 pagi.

Berdasarkan laporan awal, suspek dipercayai meliwat dua pelajar berusia sembilan dan 15 tahun selain mencabul tiga pelajar lain berusia antara sembilan ke 12 tahun.

Berita berkaitan

• Warden asrama didakwa liwat, cabul pelajar

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mei 2019 @ 10:26 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2019 03:20 PM | Show all posts
Kanak-Kanak Sembilan Tahun Diliwat Lebih 12 Kali
May 10, 2019

ARAU – Diliwat lebih 12 kali. Bayangkan bagaimana penderitaan yang terpaksa ditempuh oleh seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun akibat perbuatan tidak bertanggungjawab seorang warden sebuah pusat tahfiz di sini.
Sebelum itu, seorang remaja berusia 15 tahun yang mengalami nasib sama turut membuat laporan polis terhadap lelaki berkenaan.

Kejadian tidak bermoral oleh lelaki berusia 28 tahun yang dipanggil ustaz oleh para pelajar tersebut didakwa berlaku sepanjang bulan lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. berkata, kejadian kali pertama membabitkan kanak-kanak berusia sembilan tahun itu berlaku kira-kira pukul 10 malam bertempat di dalam bilik warden berkenaan.

Pada malam kejadian, kata Noor Mushar, mangsa yang sedang berjalan kaki bersama-sama rakan lain menuju ke asrama sebelum dipanggil oleh suspek yang pada masa itu sedang berdiri di hadapan pintu bilik warden.


Katanya, tiba-tiba suspek terus mengunci pintu bilik dan mengajak mangsa duduk di atas katil dan seterusnya menayangkan video lucah.


“Suspek dikatakan mencium mulut, memegang kemaluan mangsa dan seterusnya meliwatnya.


“Mangsa kemudian diarahkan masuk semula ke dalam bilik sambil mengugut mangsa agar tidak menceritakan hal itu kepada sesiapa.


“Kejadian itu dikatakan terus berulang sehingga kanak-kanak ini diliwat lebih 12 kali. Sebelum ini, mangsa tidak pernah menceritakan kepada sesiapa mengenai kejadian tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Noor Mushar memberitahu, suspek yang masih bujang telah melarikan diri dan dikesan berada di lokasi terakhir di Ipoh Perak.

Beliau berkata, pihaknya telah mendapatkan bantuan daripada polis Perak untuk mengesan dan menangkap suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 377C,377E Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 15(e) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Kata beliau, kanak-kanak berkenaan sudah mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini. – UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 03:38 PM | Show all posts

PENUNGGANG AGAMA
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 03:40 PM | Show all posts
Org mcm ni lah yg paling lantang menentang LGBT. Last2, diri sendiri LGBT dlm lemari, budak2 jadi mangsa. Durjana betul manusia mcm ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 04:44 PM | Show all posts
muda & bujang lagi. tak laku ke sampai ken jadi predator, pedo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2019 04:46 PM | Show all posts
polis tak boleh tayangkan gambar terus?.. org awam sedie aje nak tolong tangkapkan ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 04:54 PM | Show all posts
Apetah yg seronok sgt jadi gay ni. Dia ada barang yg ko ada. Motif nak bernafsu??!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2019 04:57 PM | Show all posts
apelah nasib budak tuh karang. mana gambar ustad jadian tuh? viralkan la.. br senang nak rakyat nak tolong polis
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Pusat tahfiz LGBT
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
tayang je gambar. nak tgk rupa pedo sialan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebarkan gambar wajah suspek dengan tujuan untuk membantu siasatan. Barulah senang nak tangkap dan pedo lain fikir panjang sebelum nak buat hal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2019 01:23 PM | Show all posts

Suspek liwat pelajar tahfiz direman


WARDEN asrama yang disyaki meliwat dua pelajar tahfiz dan mencabul tiga pelajar lain di Simpang Empat direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 17 Mei bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 28 tahun itu dikeluarkan Majistret Norhayati Ibrahim di Mahkamah Majistret Kangar, hari ini.

Suspek tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kangar dengan menaiki van polis dan berpakaian lokap berwarna ungu serta kelihatan sugul ketika memasuki kamar majistret.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci ke atas suspek berhubung kejadian liwat dan cabul yang dilakukannya.

“Sebarang maklumat terbaru berkaitan kejadian liwat ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Polis baru sahaja mendapatkan perintah penahanan reman ke atas suspek, jadi berikan pihak polis ruang untuk melakukan soal siasat ke atas suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Noor Mushar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377C, 377E, 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Harian Metro Khamis lalu melaporkan, polis memburu warden pusat tahfiz yang disyaki meliwat dan mencabul lima pelajar lelaki pusat itu sejak April lalu.

Berdasarkan laporan awal yang dibuat oleh guru di pusat tahfiz berkenaan, suspek dipercayai meliwat dua pelajar berusia sembilan dan 15 tahun selain mencabul tiga pelajar lain berusia antara sembilan ke 12 tahun.

Bagaimanapun, suspek melarikan diri ke Perak sejurus laporan berkenaan dibuat dan polis menahannya di pusat tahfiz di Kuala Kangsar tengah malam tadi.


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mei 2019 @ 12:56 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2019 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti dia tak makan babi dan mcd, juga tidak makan cadbury sebab menjaga kesucian darah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2019 02:31 PM | Show all posts
Warden asrama tahfiz direman, mengaku liwat dua pelajar dan cabul tiga pelajar lain
Salim Aziz, Astro Awani |  Diterbitkan pada Mei 11, 2019 13:32 MYT


KANGAR: Seorang warden asrama sebuah pusat tahfiz di Simpang Empat, Kangar, direman tujuh hari bermula Sabtu.

Penahanan bagi membantu siasatan kes liwat dua pelajar di pusat tahfiz berkenaan.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Norhayati Ibrahim.
Suspek berusia 28 tahun, ditahan awal pagi Sabtu di Pusat Tahfiz di Kampung Buaya Menora, Kuala Kangsar, Perak.

Hasil siasatan awal, suspek mengaku meliwat, mencabul dan melakukan gangguan seksual ke atas mangsa.

Suspek dipercayai meliwat dua pelajar selain mencabul tiga lagi pelajar lain.

Semua mangsa berusia antara 9 ke 15 tahun.

Perbuatan jijik itu terbongkar selepas mangsa mengadu mengenai kejadian itu kepada seorang guru yang kemudian membuat laporan polis.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377C, dan 377E Kanun Keseksaan (E) Aka Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2019 02:40 PM | Show all posts
smoga ko diliwat tanpa henti dlm penjara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2019 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Xyah tutup muka la, sialan punya jantan!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2019 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kentang.Goreng replied at 11-5-2019 02:31 PM
Warden asrama tahfiz direman, mengaku liwat dua pelajar dan cabul tiga pelajar lain
Salim Aziz, Ast ...

Umur 25 tapi ropa kepala dah seperti urang umo 45? Selayaknyalah meliwat paksa bebudak. Cikcur di Tinder pon kompom tak laku.

Moga banduan2 penjara tempat heol ditahan rodok anus heol beramai2 pulak. Biar sampai pecah anus. Suka meliwat bebudak sangat kan. Kompom kena balas dalam penjara nanti, kompom.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2019 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kentang.Goreng replied at 11-5-2019 02:31 PM
Warden asrama tahfiz direman, mengaku liwat dua pelajar dan cabul tiga pelajar lain
Salim Aziz, Ast ...

Merdu suara dia bila ngaji quran subuh hening, selepas kenyang melempias.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2019 04:04 PM | Show all posts
beginilah agaknya bagaimana lgbt merebak dlm masyarakat. kesan kpd mental mangsa memudahkan untuk jd lgbt pd masa hadapan. itu yg dilaporkan, yang dsembunyikan mungkin ada lagi.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Bedah Siasat/Ulasan/Gosip Santai (Post #1 UPDATED)
kakasotongPasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Beda
Views : 71092 Replies : 4106
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 47649 Replies : 368
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 129317 Replies : 1841
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 105502 Replies : 4297
‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’ – Pelancong China Kecewa Tiada Papan Tanda Bahasa Mandarin
Abahmung‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’
Views : 35020 Replies : 122
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 221946 Replies : 1766
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75849 Replies : 715
[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin Hye Sun, Lee Jin Wook, Kang Hoon
Rahah[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin
Views : 48444 Replies : 51
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 27265 Replies : 501
[MBC/Netflix 2024] DOUBT - Han Suk Kyu, Chae Won Bin, Han Ye Ri ~ 11 October 2024
Rahah[MBC/Netflix 2024] DOUBT - Han Suk Kyu,
Views : 44273 Replies : 38

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.064188 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list