View: 1263|Reply: 3
|
Telinga Dipotong Kerana Ucap 'Hai' Kepada Isteri Orang
[Copy link]
|
|
Malang nasib seorang lelaki apabila telinganya dipotong hanya kerana menegur isteri orang.
Mirror melaporkan, Ajmal Mahroof, 37, berang apabila melihat mangsa mengucapkan 'Hai' kepada isterinya di sebuah taman.
Kredit foto: Mirror
Seorang hakim menyifatkan tindakan tertuduh sebagai berlebihan memandangkan mangsa dan isterinya hanya bertegur sapa.
Mangsa dikatakan terpaksa menanggung kecacatan kekal dan pembedahan menyambung semula telinga kirinya turut meninggalkan parut kekal.
Mahkamah Leeds Crown memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap Mahroof selepas dia mengaku bersalah dengan sengaja mencederakan dan memiliki senjata tajam di kawasan awam.
Menurut fakta kes, Mahroof mencederakan mangsa berhampiran Taman Hyrstlands di Batley, West Yorkshire, jam 1 petang pada 17 Oktober 2018.
Pendakwa Carmel Pearson berkata, mangsa menegur wanita itu kerana mengenalinya sebagai rakan kepada teman wanitanya.
Bagaimanapun, lelaki itu segera beredar apabila wanita itu memberi amaran supaya tidak berhenti untuk bersembang kerana bimbang suaminya melihat interaksi antara mereka berdua.
Namun, mangsa dihampiri Mahroof di tempat letak kereta sebelum menyerangnya.
Hakim Mushtaq Khokhar yang memutuskan hukuman itu berkata, kejadian berkenaan sangat membimbangkan kerana tertuduh mencederakan seseorang tidak dikenalinya hanya kerana melihat mangsa bercakap dengan isterinya.
Difahamkan, bapa lima anak itu dikatakan mengalami kemurungan ketika kejadian. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nak jeles pon berpada-pada la bro. Ni da kena masuk penjara 4tahun. Patutnye telinga dia pon kena potong sekali. Yang si mangsa tu da kena hidup dengan kecacatan seumo hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
knp tak potong mulut, sbb mulut yang say hai |
|
|
|
|
|
|
| |
|