Kredit foto:
"Isteri kata tak apa, dia okay saja."
Begitulah jawapan Hafidz Roshdi apabila netizen mendakwa pelakon ini sering memaparkan gambarnya yang 'topless' di Instagram. Mengikuti perkembangan pelakon yang tidak banyak kontroversi ini menjelaskan yang Hafidz sedang dalam proses membina badan. Maka tidak hairanlah jika gambarnya tidak berbaju itu menjadi perhatian.
Namun Hafidz tidak gentar dengan kata-kata tersebut dan berpegang pada prinsipnya masih menutup aurat (dengan bahagian pusatnya disunting dengan warna hitam).
Kredit foto: IG
Dengan tegas, Hafidz berkata dia memang suka bersenam di gimnasium untuk mendapatkan bentuk badan ideal. Malahan ia dilakukan sebelum dia menjadi pelakon lagi. Setiap masa senggang akan dihabiskan untuk melakukan hobi yang sangat digemarinya ini.
"Bagi peminat saya yang mengikuti Instagram lama (yang telah digodam), mereka akan tahu bahawa membina badan antara impian saya. Selepas jadi pelakon, rutin ini tidak teratur, tapi kalau ada masa terluang, saya akan bersenam. Selepas itu, saya akan berkongsi gambar lalu letakkan di media sosial. Malahan isteri pun tahu saya memang macam tu sejak dari dulu," ujarnya seperti yang diceritakan kepada portal Media Hiburan.
Kredit foto: IG
Menurut Hafidz lagi, dia tidak dapat menolak tanggapan netizen yang mengatakan dia sebenarnya mahu mempromosikan diri disebalik kemunculan ramai pelakon lelaki saat ini.
"Bukan sengaja nak tarik perhatian pun. Tapi, kalau yang lama mengenali, saya memang sempoi sahaja. Rasanya gambar tersebut tiada masalah kerana saya akan tutup bahagian pusat. Kalau terpaksa sekali pun, saya akan tutup dengan mengenakan tali pinggang khusus ketika 'workout'."
Kredit foto:
Pelbagai komen menghujani ruangan komen, ada yang memberi semangat dan tip untuk mendapatkan bentuk badan idaman, tetapi ada juga komen-komen nakal yang seakan menagih perhatian. Namun Hafidz dilihat tidak melayani komen negatif ini.
|