CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: KILL_NANCY

[Pelbagai] [Takwil Puisi 017] Kesal

   Close [Copy link]
Post time 2-5-2019 12:53 AM | Show all posts
Rangkap 1-3
Kehadiran seorang insan yang tidak diduga di dalam diri penulis
memberikan satu kenangan yang bermakna kepada beliau. Namun,
pemergian insan tersebut secara tiba-tiba menimbulkan seribu satu
persoalan dalam diri penulis dan menjerumuskan beliau ke lembah
kekecewaan.
Rangkap 4-6
Penulis menganggap diri beliau serba kekurangan, mungkin dari segi rupa paras,
harta mahupun status. Bagi diri penulis, pertemuan dan memori yang
tercipta adalah satu kesilapan dan jika semua yang terjadi ada dalam
pengetahuan diri penulis pada awal pertemuan sudah pasti tidak ada
rasa kesal.
Rangkap 7-9
Apabila mengenangkan kisah lalu, serpihan emosi yang sudah lama terpendam
dirasai oleh diri penulis. Kesedihan yang selalu ditemani kerinduan apabila
digabungkan menyebabkan luka kepada sebuah rindu. Semakin rindu semakin
terluka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2019 08:48 AM | Show all posts
Kau hadir tanpa diundang,
Kau pergi tanpa ucapkan selamat tinggal.
Kenapa begitu,
Hina sangatkah aku di mata mu..
Andai diberi peluang untuk ku putar segala kenangan,
Pasti kehadiran mu awal2 lagi kutolak
Apa yang tinggal kini hanya sisa duka yang berkuntum dalam jiwa
Sendu rindu menjadi satu
Terhimpun menjadi luka seribu rindu ....




Takwil:


Penulis meluahkan rasa kesal bila si dia muncul dalam hidupnya tanpa diduga dan perginya si dia juga tanpa kata. Sikap si dia yang tidak disukai oleh penulis itu telah mengundang rasa sebal dan kecewa di hati penulis. Menimbulkan persoalan pada penulis,  siapa penulis di mata si dia yang begitu mudah memandang ringan tentang hubungan mereka.

Si dia seolah telah memberi harapan pada penulis tetapi harapan itu punah dengan sikap si dia yang tidak serius. Kekecewaan penulis yang ketara itu membuatkannya berfikir untuk tidak akan sesekali menerima kehadiran dan harapan si dia andainya masa dapat diundur semula.

Kerana yang pasti, hanya duka yang dirasai bersama  rindu yang menggebu



>>>mak aih..awat jadi jiwang pulak takwil ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2019 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Penulis rasa kesal bertemu dengan si dia yang telah berjaya menambat hati beliau tapi berlalu meninggalkan beliau tanpa kata akhir. Kalau lah beliau tahu perkara sebegini akan berlaku, pasti beliau menolak untuk membuka hati beliau kepada si dia. Penulis masih tidak dapat melupakan si dia sehingga sekarang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2019 09:50 PM | Show all posts
Kau hadir tanpa diundang,
Kau pergi tanpa ucapkan selamat tinggal.
Kenapa begitu,
Hina sangatkah aku di mata mu..
Andai diberi peluang untuk ku putar segala kenangan,
Pasti kehadiran mu awal2 lagi kutolak
Apa yang tinggal kini hanya sisa duka yang berkuntum dalam jiwa
Sendu rindu menjadi satu
Terhimpun menjadi luka seribu rindu ....

Penyajak menulis tentang seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya. Pada awalnya hubungan mereka amat baik, namun ada sesuatu terjadi dan persahabatan mereka terputus begitu sahaja tanpa penyajak mengetahui punca sebenarnya. Umpama digantung tak bertali.

Dek kerana kecewa dengan sikap temannya itu, pernah terlintas di fikiran penyajak - andai dapat diputarkan masa, takkan sesekali dia menerima salam perkenalan yang dihulurkan. Kerana baginya, ditinggalkan bersama persoalan tanpa jawapan itu adalah sesuatu yang perit untuk diterima. Terpaksalah penyajak menelan kepahitan duka dan rindu yang entah bila akan ternoktah....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2019 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa kecewa yg amat sangat. Harapan musnah kerana apa yg diharap tidak kesampaian. Maybe tidak dpt terima hakikat apa yg berlaku.. org yg dicintai meninggalkan beliau. Kecewa dan kesal mengenali org itu. Sesal sampai bila bila la kot dia ni. Alahai... sian.. sabarla

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2019 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Memandangkan bulan Ramadan sudah tiba, Takwil Puisi akan dihentikan seketika untuk memberi laluan pada bulan yang mulia ini, memberi laluan kepada anda untuk memperbanyakkan ibadat sekaligus menyantuni bulan Ramadan yang ditunggu-tunggu kemunculannya. Takwil Puisi akan disambung selepas Ramadan nanti, insya Allah.

Selamat berpuasa semua .... XOXO.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2019 07:46 PM | Show all posts
pemenang Takwil kali ni...

@Veneer   @adnil   dan @krimkraker


Takwil akan disambung suatu masa kelak xoxo...

Ada hati, raya menjadi-jadi
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.117700 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list