View: 3294|Reply: 10
|
Guru Rebah Dan Meninggal Dunia Selepas Bertengkar Di Sekolah
[Copy link]
|
|
Seorang guru sekolah rendah di York rebah dan meninggal dunia selepas ditengking bapa salah seorang murid sekolah berkenaan.
METRO melaporkan, mangsa, Karen Doyle, 56, ditengking Simon Foster yang mengugut akan mencari wanita itu di rumahnya ketika datang dalam keadaan marah-marah dan mula mengamuk di sekolah berkenaan pada 12 November tahun lalu.
Karen dikatakan pitam dan rebah sebelum dikejarkan ke hospital, di mana dia disahkan meninggal dunia beberapa hari kemudian.
Dalam sesi pendengaran, mahkamah diberitahu sebelum mangsa rebah, Foster mengugut akan memecahkan pintu dan tingkap dengan menggunakan kapak dan sebuah kerusi.
Mahkamah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara 18 minggu selepas Foster mengaku bersalah membuat ugutan dan berkelakuan agresif terhadap tiga staf sekolah berkenaan.
Pendakwa Martin Butterworth berkata, defendan tampil di Haxby Road Primary Academy di York dan mula menakut-nakuti kakitangan sekolah.
Kredit foto: METRO
Difahamkan, salah seorang staf berjaya menenangkan lelaki itu, namun situasi menjadi lebih tegang sebaik Karen mengarahkan kerani penyambut tetamu menghubungi talian kecemasan 999.
Bagaimanapun, Butterworth menjelaskan tiada bukti menunjukkan kematian Karen bersangkut paut dengan insiden itu.
Sementara itu, peguam Steve Munro memohon supaya hukuman ke atas anak guamnya dikurangkan dengan alasan Foster menyesal dengan tindakannya dan mengaku hilang kawalan akibat gagal mengawal emosi.
Tambahnya, insiden itu tidak membabitkan pergaduhan fizikal selain tiada senjata digunakan. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Heart attack mungkin. Dah ko ugut ganas.. berderau jantung |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sakit jantung mungkin terperanjat kena tengking |
|
|
|
|
|
|
|
boleh la sabit kesalahan kan
mengugut kira jenayah even blom commit pon
kesian teacher nih, mengajar da la stress lagi nak bergaduh ngan parents plak
|
|
|
|
|
|
|
|
marah seminit hingga menyebabkan
orang lain hilang nyawa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lah cikgu malaysia stress kena pjj kau pula boleh tengking2 camtu? Kau siapa bro?
-Lan Todak-
-Selamat hari pekerja kepada semua warga cariforum kecuali sis vokuru |
|
|
|
|
|
|
|
Kena serangan jantung nie
Tumpang simpati
Marah x bertempat |
|
|
|
|
|
|
|
cikgu tu terkejut yg amat kot sbb kene ugut cmtu sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Risau aku tgk ibu bapa student yang lebih-lebih mengamuk tak boleh cuit lansung anaknya. Kat Malaysia pun sama je....itu yg agak persatuan guru2 nak mintak pencen awal....stress sampai boleh meninggal. |
|
|
|
|
|
|
| |
|