CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 958|Reply: 0

Sebar Gambar Mayat Emiliano Sala, Lelaki Dan Wanita Ditahan Polis

[Copy link]
Post time 30-4-2019 11:59 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki dan wanita ditahan berikutan penyebaran gambar mayat mendiang bintang bola sepak, Emiliano Sala di laman sosial.




Kredit foto: The Times




Sebelum ini, Mirror melaporkan rumah mayat di mana mayat bintang Argentina itu berada dipecah masuk individu tidak bertanggungjawab sebelum menyebarkannya di laman Twitter hanya dua hari selepas bapa Sala, Horacio, 58, meninggal dunia akibat serangan jantung di rumah keluarga di Progreso, Santa Fe.




Kredit foto: Mirror/AFP/Getty Images




Polis Dorset kemudian melancarkan siasatan dan wanita berusia 48 tahun dari Corsham ditahan di Wiltshire kerana disyaki memiliki akses tanpa izin kepada bahan komputer dan bukti komunikasi berniat jahat.

Menurut laporan, wanita itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan.


Sementara itu, lelaki berusia 62 tahun dari Calne juga ditahan atas sebab sama dan dibebaskan tanpa dilepaskan.


Hasil siasatan bagaimanapun tidak menemui bukti menunjukkan rumah mayat Holly Tree Lodge di Bournemouth, Dorset dipecah masuk. Malah, polis juga mendapati tiada staf terbabit dalam salah laku berkenaan.




Pesawat dinaiki Sala sebelum kematiannya
Kredit foto: Mirror




Penyerang berusia 28 tahun itu menaiki pesawat persendirian dari kelab Perancis untuk berpindah ke pasukan barunya di Liga Perdana Inggeris, Cardiff City pada 21 Januari lalu sebelum hilang dari radar.


Mayatnya ditemui pada 6 Februari selepas pasukan mencari dan menyelamat menemui bangkai pesawat ringan berkenaan berhampiran pulau Guernsey.


Sementara itu, mayat juruterbang David Ibbotson, 59, masih hilang dan pakar kemalangan udara masih menyiasat mengenai insiden terbabit.




Kredit foto: Mirror/Getty Images





Jurucakap polis Wiltshire, Gemma Vinton menggesa orang ramai supaya berhenti menyebarkan gambar mayat mendiang dan menghormati perasaan keluarga Sala. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.453091 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list