Berjabat tangan antara pekerja lelaki dan wanita mungkin dilarang di UK.
Kredit foto: Independent
Majikan-majikan di United Kingdom (UK) mungkin mempertimbangkan penguatkuasaan larangan berjabat tangan khususnya antara pekerja lelaki dan wanita di tempat kerja.
Memetik laporan Metro.co.uk, langkah itu bakal diambil bagi mengelakkan berlaku insiden gangguan seksual yang seterusnya akan melibatkan kos yang tinggi.
Kajian yang dijalankan mendapati tiga daripada empat pekerja di UK mahu larangan sepenuhnya dikuatkuasakan terhadap sentuhan fizikal di tempat kerja.
Perbuatan menyentuh bahu rakan sekerja berlainan jantina boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual.
Kredit foto: Carian Google
Menurut pengarah bersekutu firma rundingan sumber manusia Peninsula, Kate Palmer, sukar untuk dinyatakan sama ada larangan terhadap berjabat tangan sebagai sesuatu yang keterlaluan.
"Mereka mungkin berkata tidak boleh bersentuhan langsung kerana larangan ini menghilangkan segala ketidakpastian.
"Ia menjadi mudah tetapi menghilangkan unsur hubungan kemanusiaan dan itu sesuatu yang menyedihkan," jelasnya.
Beliau memberitahu, majikan perlu memikirkan sedalam-dalamnya tentang pelaksanaan dasar mengenai sentuhan fizikal dan memastikan semua pekerja mereka diberi pendedahan secukupnya.
Islam mempunyai garis panduan dalam interaksi antara lelaki dan wanita.
Kredit foto: WikiHow
Adakah peraturan serupa harus dikuatkuasakan di Malaysia kerana Islam melarang lelaki dan wanita yang tidak mempunyai pertalian darah dan ikatan perkahwinan untuk bersentuh kulit. - CARI |