CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20319|Reply: 95

"Saya Beli Baju Kurung Cotton Di Mydin," Datin Paduka Eina Azman Buat

[Copy link]
Post time 26-4-2019 04:22 PM | Show all posts |Read mode
Datin Paduka Ainur Syakina Binti Azman atau lebih dikenali sebagai Eina Azman sememangnya seorang yang ringkas tetapi kemas dalam berpakaian. Jarang sekali kita melihat dia memakai pakaian yang terlalu berat dan sarat. Walaupun sering tampil ringkas, kecantikannya tetap terserlah.





Terbaru, Eina memuat naik foto di Instagram miliknya di mana dia mengenakan baju kurung cotton ringkas semasa memenuhi jemputan di Media Prima, Seri Pentas Tv3 hari ini.


Penampilan ringkas Eina itu menarik perhatian para pengikutnya yang rata-rata memuji kecantikan pelakon itu sehinggakan ada yang bertanya di mana Eina membeli baju kurung yang dipakainya.



Kredit foto : Ig Eina Azman




Tanpa berselindung, Eina mengakui yang dia membeli baju kurung yang dipakainya di gedung membeli belah Mydin dengan harga RM50 sahaja.





Kredit foto : Ig Eina Azman




Pengakuan Eina itu membuatkan ramai kagum dengan sikap Eina yang merendah diri malah tidak segan mengakui yang dia membeli baju tersebut di Mydin walaupun dia lebih dari mampu untuk membeli baju dari jenama mewah.


Lepas ni habis baju kurung di Mydin.


Kredit foto : Ig Eina Azman




Cantik walaupun pakai ringkas.



Kredit foto : Ig Eina Azman




Bagus kan sikap Eina ni. Tak malu dan segan pun memakai pakaian yang bukan daripada designer. Hakikatnya, pakaian yang terdapat di Mydin pun tidak kurang kualiti kainnya. Malah, kadang-kala lebih cantik dan berkualiti daripada sesetengah pakaian yang mahal. Betul tak? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2019 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu pun nak diperbesarkan ke?????
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiklahhhh eina baju tu. Simple selesa. Dari fesyen rambu ramba bangang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukti urang lawo, pakai hapa pon lawo.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 26-4-2019 04:36 PM
Cantiklahhhh eina baju tu. Simple selesa. Dari fesyen rambu ramba bangang.

Jom jadikan inspirasi raya 2019. Let's go for simple2 sajork.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku beli kain rm60 kat Jalan TAR takde sapa2 nak tanya ker?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2019 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan lah baju dalam mydin kan? Baju kat kiosk luar mydin right? Sebab iols baca booth kat mydin.. ke iols yang salah faham? Kalau kat kiosk area mydin tu memang okay la rm50. Normally stock from vietnam. Tu yang mur mur
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 04:42 PM | Show all posts
bukan dalam mydin la..
kat booth luar-luar tu memang banyak bangla dengan indon buka..
bukan kat mydin je..
tesco giant kalau ada booth, ada la mereka jual..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2019 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai Tewah tmpat aku pun baju kurung cotton Kedah/kurung Pahang cantik2..
Tapi tak ada la rm50..baju kurung kedah cotton sepasang rm99.90.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 05:00 PM | Show all posts
prizadane replied at 26-4-2019 04:40 PM
Bukan lah baju dalam mydin kan? Baju kat kiosk luar mydin right? Sebab iols baca booth kat mydin.. k ...

ye, kat luar yg ada byk booth2 tu, skrg ni klu tgk dah keluar baju batik pulak, tapi cotton vietnam ni, pakai sekali ok, lepas basuh habis kecut kain, datin paduka takpelah kaya, pakai buang je baju tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 05:11 PM | Show all posts
mydin mana uols..akak pun nak mencari la
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 05:18 PM | Show all posts
Rasanya baju kurung cotton ni dari Dhiacotton, selalu booth dia ada kat supermarket.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 05:19 PM | Show all posts
iols beli dekat bajukurungcottonbyfaa. mmg best. rm50 je.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pernah beli baju kurung pink harga RM20 masa sale tutup kedai kat Mydin. Rugi juga tak borong masa tu sbb kainnya dan jahitan elok. Sekarang ni kemsalamlah kat Mydin. Kain entah apa2
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 05:24 PM | Show all posts
aku takde la suka sgt eina ni..tapi dia pun ckp beli kat booth kat mydin lps org tnya. Kalo org tak tanya, dia pun tak ckp agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh kalau kat booth2 tu mmg murah je. Dalam mydin sendiri pun meolls tengok murah jugak, kain pun not bad la cuma belum terpikir nak membeli lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2019 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin: Cantiklahhhh eina baju tu. Simple selesa. Dari fesyen rambu ramba bangang.

aku suka datin ni. maksud i eina ni ( bukan u ok? ) dia jenis low profile. dulu masa i tgk billboard dia iklan kulit putih tu i ingat her is like princess.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
pp_gurl replied at 26-4-2019 05:24 PM
aku takde la suka sgt eina ni..tapi dia pun ckp beli kat booth kat mydin lps org tnya. Kalo org tak  ...

lol.. kalau dia bubuh kang org ckp dia ni pura2 humble etc..
Hasad dengki sungguh netizen ni ye..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Npe dagu dia cam pelik?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 26-4-2019 04:40 PM
Jom jadikan inspirasi raya 2019. Let's go for simple2 sajork.

Dah lama i pakai baju cotton simple je. Senang campak dalam washing machine.

Bila pi kedai org tanya nak kain apa. Cotton washing machine. Ahahhahah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.069497 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list