Perkongsian seorang jurugambar bernama Atan Mukris di Facebook baru-baru ini menimbulkan pelbagai emosi kepada netizen.
Gambar-gambar tersebut menunjukkan seorang kanak-kanak melawat pusara ibunya seorang diri.
Kredit foto: Facebook
Dalam posting yang diberikan judul Surat Dari Ibu itu, jurugambar itu menyajikan 58 keping gambar menunjukkan aksi seorang kanak-kanak melawat kubur yang dipercayai milik ibunya.
Kredit foto: Facebook
Kanak-kanak itu kemudiannya duduk hiba membacakan doa untuk arwah ibunya dan kemudian membaca sepucuk surat dengan tulisan 'Ibu sayang kamu, jaga diri baik-baik'.
Sehingga hari ini, posting meruntun hati itu sudah dikongsi 18 ribu kali dan mendapat hampir 1000 komen daripada netizen.
Kredit foto: Facebook
Kebanyakan daripada komen netizen mengimbau kenangan ditinggalkan oleh ayah atau ibu masing-masing. Apa lagi menjelanganya bulan Ramadhan tidak lama lagi.
'Saya terkesan sangat tengok gambar ini, tidak dapat bayangkan jika itu anak lelaki saya sedang berjalan menuju ke pusara ayahnya,' kata seorang netizen.
'Walaupun hanya gambar tapi sangat mendalam dan terkesan. Sayu, sedih, air mata pun mengalir walau dengan hanya tengok gambar, teringat arwah emak, moga awak terus kuat, dik,' tambah seorang lagi.
Kredit foto: Facebook
'My mum meninggal 2016 sampai hari ini tahun ni setiap hari Jumaat atau Khamis memang akan pergi ziarah kubur mak, rindu sgt dekat mak, Alfatihah mak semoga roh mak tenang di sana amin,' luah seorang lagi netizen yang turut terkesan dengan gambar-gambar itu.
Kredit foto: Facebook
Walau bagaimanapun, dalam posting susulannya, Atan Mukris menerangkan bahawa kisah dalam gambar itu hanyalah sebuah drama ilham seninya yang menunjukkan hubungan antara seorang anak dan ibunya yang telah meninggal.
Kredit foto: Facebook
Tahniah diucapkan kepada beliau kerana kerana kisah itu berjaya meninggalkan kesan yang mendalam kepada netizen. -CARI |