Kemunculan filem yang ditunggu-tunggu ramai ‘Avengers: Endgame’ kini menghebohkan peminat filem tempatan apabila ramai yang sudah menempah tiket untuk menontonnya jauh sebelum hari tayangannya.
Kredit foto: Marvel Studio
Menurut data yang dilaporkan oleh Marvel Malaysia, penjualan tempahan tiket untuk filem itu sudah memecahkan rekod box office sebagai filem dengan pungutan tiket tertinggi melalui tempahan awal.
Setakat ini, filem yang dikatakan kesinambungan daripada Infinity Saga itu sudah memungut RM10 juta!
Kredit foto: Marvel Studio
Dengan pungutan yang tinggi itu, filem ke 22 milik Marvel Cinematic Universe's (MCU) dijangka bakal mengatasi pungutan keseluruhan Avengers: Infinity War sebanyak RM71.5 juta, pemegang rekod pungutan tertinggi di Malaysia.
Kredit foto: Marvel Studio
Filem yang mula ditayangkan minggu ini itu juga direkodkan dalam Malaysia’s Book of Records apabila membuat gimik pelancaran dengan lampu warna-warni ikonik mereka menggunakan 300 drone di waktu malam, disaksikan warga Kuala Lumpur pada 24 April lalu. Gimmik itu akan diulang pada 26 April ini.
Kredit foto: Marvel Studio
Khabarnya, ramai netizen yang meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton filem yang menampilkan barisan pelakon mantap itu di pawagam sehinggakan ada yang sudah mengambil cuti dan merancang berbaris seawal jam 6.30 pagi!
Kredit foto: Marvel Studio
Pastinya filem ini lebih mengujakan berbanding edisi sebelumnya. Siapa sudah menontonnya? Amacam, gempak tak? - CARI |