Untunglah ada rambut panjang...boleh buat pelbagai gaya dandanan. Mungkin kita hanya mengetahui gaya tipikal seperti pony tail, braids, corn rows dan sebagainya namun berbeza pula dengan pengguna instagram@laetitiak yang mendandan rambutnya ke tahap yang baru.
Kelebihan beliau semestinya mempunyai rambut yang panjang dan juga sudah tentu mempunyai idea yang menarik! Laetitia mencipta imej seperti kala jengking, ketam, bull , zirafah dan pelbagai lagi. Kreatif gila sampai tak tercapai dek akal pun ada. Jom kita tengok!
Itik peneman mandi
Tiba-tiba jadi kapal terbang
Setiap bentuk dandanan mempunyai latar belakangnya yang tersendiri
Kala jengking berbisa
Banyak lagi dandanan rambut kreatif yang telah dicipta oleh beliau.
Aneh-aneh betul. Tapi kalau dah minat dan tak kacau orang, teruskanlah. Asalkan anda bahagia! -CARI
|