Pasti teruja jika nama anda dimasukkan ke dalam kamus. Namun, bagaimana pula jika ia membawa konotasi negatif? Pasti tidak menyenangkan dan memalukan!
Kredit foto: New York Post
'You've been Meghan Markled'!
Sebuah kamus slanga dalam talian terkenal Urban Dictionary menyenaraikan nama Meghan Markle sebagai satu kata kerja yang membawa maksud ‘membuang atau memutuskan perhubungan dengan sesiapa saja sebaik mereka sudah tidak bermanfaat kepada seseorang'.
Kredit foto: Urban Dictionary
Nampak macam kejam saja maksudnya kan? Tetapi, tidak dinafikan isteri kepada Putera Harry itu dilihat seperti Si Tanggang apabila sehingga kini beliau dilaporkan masih tidak berhubung dengan bapanya sendiri, Thomas Markle, 74.
Meghan juga sering disebut-disebut dalam media telah melupakan beberapa kawan baiknya serta ahli keluarga lain terutama sebelah bapanya sejak bertemu Harry.
Menurut Daily Mail, kawan sejak kecilnya, Ninaki Priddy juga menerima nasib sama walaupun mereka sebelum ini begitu rapat seperti adik-beradik!
Kredit foto: Daily Mail
Seorang lagi kawannya, Millie Mackintosh dikatakan sepatutnya menjadi pengapit Meghan pada majlis perkahwinannya dengan Harry, namun usahkan menjadi pengapit, dijemput ke majlis itu pun tidak!
Kredit foto: Daily Mail
Bagaimanapun, peminat dan penyokong tegar Meghan menegaskan walaupun Urban Dictionary popular di seluruh dunia, ia tidak mempunyai status rasmi dan mudah dimanipulasi dan dijadikan troll.
Kredit foto: Daily Mail
Namun, jika dilihat maksud yang dicipta Haley71 pada Disember 14, 2018 itu, sehingga kini ia mendapat lebih banyak like berbanding dislike daripada pengguna.
Eh, rasa macam lama sangat Meghan sarat hamil. Dah bersalin ke belum tu?
Sepatutnya boleh berbangga apabila nama dipetik dalam kamus walaupun hanya Urban Dictionary, tapi buruk sangat maksud yang diberi untuk nama bakal ibu itu. - CARI |