CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1752|Reply: 14

[Tempatan] Gajah tinggal 1,000 ekor je lagi

[Copy link]
Post time 22-4-2019 05:29 PM | Show all posts |Read mode



APABILA isu kepupusan pelbagai hidupan liar dibahaskan, pasti ada jari mudah menuding ke arah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) tanpa memikirkan beban dipikul.

Kurang yang memperkatakan faktor pembangunan tidak terkawal dan usaha Perhilitan menangani kerakusan pemburu haram mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan kepada populasi hidupan liar dilindungi.
Lebih memeranjatkan, kematian hidupan liar dari tahun ke tahun menunjukkan peningkatan iaitu 7,451 (2017) berbanding 6,767 (2016) dan 6,258 (2015) dengan Selangor, Johor dan Perak mencatatkan kematian hidupan liar tertinggi iaitu 1,745, 1,616 dan 792 (Statistik oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) 2018).




Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, masalah kepupusan pelbagai hidupan liar di negara ini sentiasa menjadi fokus utama pihaknya yang dipertanggungjawab untuk memikirkan kaedah terbaik menangani isu itu.

Menurutnya, antara spesies haiwan yang didapati amat terancam adalah tenggiling, harimau Malaya, badak Sumatera dan banteng.

“Selain empat spesies ini, Perhilitan turut memberi fokus terhadap gajah, rusa sambar, kambing gurundan botak upeh,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat dikumpul, bilangan gajah yang tinggal kini adalah 1,000 hingga 1,100 ekor di Semenanjung Malaysia, seladang (150 hingga 200 ekor), harimau belang (kurang 200 ekor), tapir (700 hingga 800 ekor), rusa sambar (350 hingga 400 ekor), kambing gurun (200 hingga 500 ekor ) dan burung botak upeh (20 hingga 30 ekor).

“Meskipun pelbagai strategi pengiklanan dan program kesedaran dikeluarkan saban tahun, isu pemburuan haram dan penjualan hidupan liar secara haram menjadi masalah utama,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2019 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit banyak2 kenapa Tak letak kamera Motion detector.

YG buat kerja tu warga asing dengan kerjasama orang tempatan.

Third world country sangat benda camni Pon bengap sangat nak Cari solusi
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
aku geram.. marah.. sedih..
haritu ada gajah gading terbalik.. jd perhatian


dua tiga hari kemudian... mati dibunuh pemburu haram...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by iloveselangor at 22-4-2019 05:46 PM

Dah tu ko nak salahkan orang Awam ke???

Kenapa Menteri berkenaan Tak bawa isu NI ke Parlimen..pasal pembangunan YG berleluasa tu....cakap jelah politician pon kaut untung sama.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
aku geram.. marah.. sedih..
haritu ada gajah gading terbalik.. jd perhatian


dua tiga hari kemudian... mati dibunuh pemburu haram...

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
ini dia...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2019 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
tulang aja tinggal... gajah ni duduk dekat ladnang sawit aja... tak dilindungi.. masuk paper.. org buat selfie.. rupanya takde perlindungan...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 22-4-2019 05:41 PM
aku geram.. marah.. sedih..
haritu ada gajah gading terbalik.. jd perhatian


Sebab tu mak Tak setuju  tambah kenderaan seperti kereta Kat Malaysia ni...sepatutnya rakyat Malaysia guna motor , kapal terbang dan keretapi je yang layak Nye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2019 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 22-4-2019 05:44 PM
ini dia...

Tak report Kat perhilitan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
lamanya gajah bunting. setahun lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tlg kenakan hukuman mati mandatori kat pemburu haram kalau betul nak jaga populasi hidupan liar ni. Bagi peruntukan yang lebih besar untuk pemeliharaan hutan dan hidupan liar ni. Bg pelepasan cukai lebih tinggi untuk sumbangan kat wwf atau ngo yang berkaitan
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm babi je pemburu2 haram ni, byk yg dtg dr cine vietnam cambodia dtg berburu, kjaan mcm bodoh xleh nak kekang ke stop ke org2 ni,2 3 thn kedepan byk yg pupus ni,
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 09:01 AM | Show all posts
tenggiling, harimau Malaya, badak Sumatera dan banteng.

“Selain empat spesies ini, Perhilitan turut memberi fokus terhadap gajah, rusa sambar, kambing gurun dan botak upeh,” katanya.


YG DI BOLD TU FIRST TIME DENGAR.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 10:21 AM | Show all posts
bab nak atasi pemburu haram ni kita perlukan ramai renjer .renjer x cukup ni dengan keluasan hutan .tu pemburu haram senang masuk  .pemburu gaharu daripada negara jiran pon berani masuk cari gaharu dekat sini
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 11:57 AM | Show all posts
Jangan hanya lapur tapi kurang tindakan hingga berlakunya kepupusan macam badak sumatera dah tak ada maknanya nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Bedah Siasat/Ulasan/Gosip Santai (Post #1 UPDATED)
kakasotongPasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Beda
Views : 71092 Replies : 4106
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 47649 Replies : 368
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 129317 Replies : 1841
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 105502 Replies : 4297
‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’ – Pelancong China Kecewa Tiada Papan Tanda Bahasa Mandarin
Abahmung‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’
Views : 35020 Replies : 122
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 221946 Replies : 1766
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75849 Replies : 715
[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin Hye Sun, Lee Jin Wook, Kang Hoon
Rahah[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin
Views : 48444 Replies : 51
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 27265 Replies : 501
[MBC/Netflix 2024] DOUBT - Han Suk Kyu, Chae Won Bin, Han Ye Ri ~ 11 October 2024
Rahah[MBC/Netflix 2024] DOUBT - Han Suk Kyu,
Views : 44273 Replies : 38

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.079592 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list