View: 3438|Reply: 15
|
Hadiah Mahal, Potong Rambut, Buang Misai, Syarat Gila Kalau Nak Ke Majlis Kahwin
[Copy link]
|
|
Setiap pengantin pasti mahu mengelak daripada 'mimpi ngeri' ditenggelami kecantikan tetamunya. Boleh diselubungi kemuraman kalau orang lain yang lebih menjadi perhatian ramai di hari bahagia sendiri.
Gambar Hiasan
Mungkin disebabkan itulah bakal pengantin ini mengenakan beberapa syarat pelik kepada tetamu yang bakal hadir ke majlis perkahwinannya. Malangnya, tindakannya itu dikecam netizen kerana disifatkan mengarut dan berlebih-lebihan.
Mana tidaknya, wanita itu menuntut tetamu wanita yang berambut panjang untuk memotong rambut mereka selain meminta hadiah perkahwinan bernilai ASD300 (RM1,240)!
Bukan sahaja netizen, malah adik perempuannya sendiri tidak mahu hadir ke majlis berkenaan. Lapor The Sun, wanita itu berkongsi syarat terbabit di sebuah laman Facebook dan mendakwa dia tawar hati untuk menghadiri majlis perkhawinan tersebut kerana sikap mengarut ditunjukkan kakaknya itu.
"Kakak saya akan berkahwin kurang tiga minggu dari sekarang.
"Saya tidak terlibat dalam segala urusan perancangan majlis kerana sibuk dengan urusan sendiri. Namun, berdasarkan apa yang ibu cerita, say arasa ianya satu mimpi ngeri!" katanya yang mendedahkan kakanya hilang kawalan dan menangis apabila tunangnya membeli napkin yang tidak menepati cita rasanya.
Gambar Hiasan
Wanita itu dikatakan menghantar jemputan kepada tetamu menerusi emel berserta ???keperluan kehadiran???.
Syarat kehadiran tetamu:
1. Tetamu tidak dibenarkan bercakap dengan pengantin lelaki atau wanita bersendirian.
2. Tidak dibenarkan mengambil gambar di sekitar majlis kecuali jurugambar.
Gambar Hiasan
3. Muka bebas dari sebarang bulu 9janggut, misai, jambang, kumis dan dari seumpanya) jika mahu bergambar dengan pengantin.
4. Semua tetamu wanita yang berambut paras bahu atau lebih wajib potong rambut atau diikat menjadi ekor kuda.
5. Hadiah perkahwinan bernilai ASD300 atau lebih atau wang tunai ASD250 (RM1,033) atau anda tidak akan dibenarkan menyertai majlis.
6. Sesiapa yang enggan menurut syarat berikut akan dihalau dari majlis!
Kalau anda menerima jemputan daripada kenalan rapat seperti ini, apa yang akan anda buat? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nanti ada org malaysia yg tiruuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
wedding dia.. suka hati la dia nak letak syarat apa..
klu nak pergi, follow syarat dia letak tu..
kalau tak nak follow, tak payah pergi..
|
|
|
|
|
|
|
|
Lebih kurang je dgn someone y ade website belikan wishlist dia sbg hadia kawen. Lols |
|
|
|
|
|
|
|
so hrp takde sapepegi lah.. zmn ekonomi meleset ni semuaorg nk bjimat.
dan ko tu kalau di make up kan lawa2, xde sape pun boleh lawan. tetamu pun tolong la beragak2 kalau nak berpakaian/make up lbh dari pengantin!
lps ni jgn plk ade yg bengong, buat syarat pelik2 lps tu ada challenge sape yg sanggup ikuti syarat pengantin, tiba2 tular! |
|
|
|
|
|
|
|
Majlis dia ikut dialah nak tetapkan peraturan macam mana. Bab hanya jurugambar dibenarkan ambil gambar ada bagusnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg ko lah pgntin ko lah tetamu. Byk nau syarat. |
|
|
|
|
|
|
|
Komfem aiolzs x pegi kalau ada manusia byk songeh cenggini..dah xyah nak jmput org,ko bt sesama groom je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Menjadi jgk taktiknya tak nak ramai org dtg.jimat |
|
|
|
|
|
|
|
saja x nak bg org dtg kut
sape la yg nk dtg...baik buat hal sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
jenuhla..baik duduk umah kunyah kacang |
|
|
|
|
|
|
|
kalau begitulah syaratnya, kirim salam jelah.. |
|
|
|
|
|
|
|
silap2 xde org terus...tinggal dia n pengantin lelaki jek...
|
|
|
|
|
|
|
|
pelik betul perangai dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
nanti mohon reply email jemputam dia,
saya beraetuju utk hadir dan mengikut syarat sekiranya majlis memenuhi kriteria tersebut:
1. katering dan lokasi perkahwinan di hotel 5star ke atas.
2. perjalanan pergi dan balik ke majlis dibiaya pengantin.
3. bilik penginapan disediakan bertaraf 5bintang ke atas.
4. makanan berasaskan vege mestilah organik.
5. main course mohon lobster 3 4 ekor sorang.
6. cake taknak cake murah ising tak sedap.
7. pinggang kristal ngan sudu garfu emas sahaja. |
|
|
|
|
|
|
| |
|