CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2072|Reply: 6

Betul Ke Orang Tua Masjid Ni Garang, Suka Herdik Orang?

[Copy link]
Post time 18-4-2019 12:01 PM | Show all posts |Read mode




Betul ke masjid tak mesra orang ramai?


Persoalan ini banyak ditimbulkan oleh anak muda di laman media sosial. Ada yang menceritakan mereka mengalami pengalaman buruk ketika bertandang ke masjid seperti diherdik, dipandang atas hingga ke bawah dan ada pula dipandang seolah-olah mahu mencuri peralatan di masjid.


Bagaimanapun, netizen ini membawa pandangan yang menangkis persepsi negatif tersebut. Menunjukkan gambar-gambar sekitar masjid yang menyediakan mainan untuk kanak-kanak menunjukkan sisi berbeza. Jadi, betul ke masjid tak mesra netizen atau netizen yang terlalu melebih-lebih?




Kredit foto: Twitter





Bagaimanapun bukan itu yang disuarakan oleh anak muda. Ini kerana kemudahan untuk pengguna masjid bukan segala-galanya. Apa yang lebih dititiberatkan ialah pemikiran orang masjid yang perlu diubah. Bukannya herdik, memaki sampai mengeluarkan kata-kata kesat. Lagi pula memang habit kanak-kanak suka bermain, jika dimarahi maka terbantutla perasaan ingin mengimarahkan masjid.



Ramai anak muda menyatakan yang mereka pernah cuba serta memberi pandangan, tetapi idea mereka langsung tidak dipandang malahan akan dikritik kerana tidak sependapat dengan mereka. Selain itu, ada juga yang menyatakan bahawa Ahli Jawatankuasa Masjid sendiri bertelagah berebut kuasa membuatkan hanya orang yang sama sahaja mengendalikan masjid. Semuanya kerana elaun bulanan!






Twitter




Hal ini menyebabkan majoriti anak muda tidak lagi ke masjid kerana tidak mahu dicop sebagai 'kurang ajar'. Oleh sebab itu mereka lebih rela menyatakannya di media sosial berbanding berhadapan dengan AJK Masjid.



Bagaimanapun tidak semua netizen mempunyai pendapat sama. Ini kerana orang yang sentiasa mengkritik masjid ini sebenarnya tidak tahu apa yang telah berubah. Jadi, netizen ini mengajak anak muda beramai-ramai mengimarahkan masjid agar turut memberi sumbangan idea agar selari dengan peredaran masa.

Pemuda : Tapi orang tua ego, tak nak dengar cakap kami.

AJK Masjid : Usaha dulu, jangan cepat buat penghakiman



Twitter




Dalam banyak pendapat, ada satu yang menarik perhatian, iaitu orang tua masjid yang dilabelkan garang pada kanak-kanak hingga memarahi mereka. Ini kerana orang tua sudah tidak mempunyai tenaga dan mahu menumpukan ibadah. Jadi suara bising ini menganggu mereka. Maka, di sinilah pentingnya peranan anak muda.






Jadi, perlu tanam kesedaran dan kecintaan untuk mengubah persepsi tersebut. Maka, dialu-alukan anak muda untuk berbaik-baik dengan kariah sekaligus mampu mengubah menjadi lebih baik. - CARI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2019 12:13 PM | Show all posts
bab telagah pasal kuasa tu mmg betul..juga telagah sebab parti..tak bagi org parti ini pegang kuasa kat masjid, org parti tu takleh bg ceramah..sudahnya masjid jadi krik..krik..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 01:03 PM | Show all posts
Banyak sangat mainan politik tak macam zaman dulu bila dah terlampau banyak larangan mana tak makin menjauh melainkan bulan puasa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala baru je g masjid terapung tuh..bawak cucu setahun lebih boleh la gua kena sound dgn makcik sekoq ni ckp najis..hoi cucu aku ni elok2 pakai pampers..kita kat rumah pun jaga x bg kencing keluar pasal malas nak cuci lantai ke tilam ke apa..semoga makcik kencing tak tos.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 02:25 PM | Show all posts
brape elaun2 iman bilal ajk ajk masjid surau nih
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 03:43 PM | Show all posts
salah satu sebab pakcik2 masjid ni dapat imej macam ni adalah sebab drama2 melayu yang bagi gambaran sikap dorang macam ni. walhal sebenar sedikit je yang garang tak tentu pasal.. selebihnya baik2 belaka. x percaya cuba bawak2 diri tu ke masjid / surau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2019 10:41 AM | Show all posts
ape yg artikel ni tulis, aku setuju. mmg la bukan semua masjid, tp masih ada masjid2 dan surau2, yg ahli jemaahnya bersikap spt dlm artikel.

tp bab anak korang yg bermai2n bising hingar bingar dlm masjid, yg ni aku mmg x setuju yihhhh! baik korang duk rmh jaga anak seadanya, pahala org prmpuan duk rmh jaga kebajikan anak lg baik/setara. ke aku salah meh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.045696 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list