Hasrat lima orang gigolo dari Indonesia untuk 'beraksi' di sebuah hotel di Jalan Penang, Georgetown akhirnya gagal apabila mereka ditangkap dalam satu serbuan yang dinamakan 'Operasi Tegar' minggu lalu.
Kelima-lima gigolo itu ditangkap dalam keadaan bogel bersama-sama dengan seorang pelanggan lelaki warga tempatan. Menurut polis, mereka berumur di antara 20 hingga 30 tahun dan bergiat secara berkumpulan dan mendapat pelanggan secara online dan aplikasi sosial.
Kredit foto: Carian Google
Serbuan dilakulan susulan perisikan dan maklumat daripada bahagian Imigresen negeri. Menurut Kholijah Mohamad , Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen negeri mereka mensasarkan pelanggan tempatan sama jantina berumur 20-40 tahun dengan bayaran RM150-RM200 sejam.
Menurut siasatan dan semakan passport, kumpulan itu datang ke Malaysia secara berkala dan tinggal selama seminggu dua berdasarkan permintaan pelanggan untuk menjalankan perniagaan tidak bermoral, sebelum kembali ke Indonesia.
Kredit foto: Carian Google
Kelima-lima gigolo itu dikatakan datang secara bebas tanpa terikat dengan sindiket atau ejen. Turut dirampas ialah barangan seks, gel pelincir, kondom dan sejumlah wang tunai.
Semua saspek datang secara sah ke negara ini tetapi boleh mengikut Peraturan-Peraturan Imigresen 1965 serta Akta Imigresen 1959/63 kerana melakukan perbuatan tidak bermoral.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. - CARI |