View: 2630|Reply: 11
|
Kes Atlet Taekwondo Tendang OKU Hanya Cerita Sebelah Pihak, Siapa Yang Betul?
[Copy link]
|
|
Kredit foto: MSNT
Susulan keputusan mahkamah mengarahkan atlet Taekwondo negara, Nur Dhia Liyana Shaharuddin membuat permohonan maaf secara terbuka, seorang pengguna Twitter tampil menjelaskan perkara sebenar.
Menurut rakan kepada kakak atlet terbabit, Zack Ulfah menceritakan semula situasi sebenar dihadapi Dhia.
Katanya, ada sebab kenapa Dhia menendang warga emas kurang upaya (OKU), Placid P Rodriguez, 71, ketika kejadian dua tahun lalu.
Dalam kejadian, punggung Dhia diramas Rodriguez ketika berada di platform LRT menuju ke eskalator menyebabkan atlet berkenaan mempertahankan dirinya.
Dhia terpaksa menutup sebelah mata dan menarik semula laporan kerana mahu menumpukan fokus dalam Sukan Sea.
Walaupun kes jenayah digugurkan, kes sivil masih diteruskan. Malangnya, Dhia terpaksa akur dengan kehendak plaintif dan keputusan mahkamah mengarahkannya membuat permohonan maaf serta membayar pampasan.
Ulfah menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak hanya mendengar cerita sebelah pihak sahaja dan menggesa netizen yang melemparkan tohmahan terhadap Dhia memohon kemaafan daripada atlet itu.
Ramai netizen sudah menjangkakan 'ada sesuatu yang tidak kena' dengan berita disampaikan media. Dalam masa sama, mereka sempat mengeji tindakan tidak tahu malu OKU terbabit membuat onar dan memutar-belit cerita.
Walaupun pihak media menerima pelbagai kritikan negatif, ada juga yang tampil menjelaskan bahawa wartawan mengolah berita berdasarkan fakta daripada mahkamah.
Ramai netizen kesal dan terkilan dengan sistem perundangan di negara ini yang cenderung berpihak kepada pesalah sebenar.
Kredit foto: Twitter
Anda nak percaya pihak yang mana? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Baca news tu pun memang fishy gila, wartawan level2 reputz hiburan ke apa ni... |
|
|
|
|
|
|
|
aku berpihak kepada atlet ni |
|
|
|
|
|
|
|
kesian jgk if btol dia tak slh. so triggered |
|
|
|
|
|
|
|
Fakta mahkamah tu dah betul,cctv tu tak menipu
Athlet ni tendang OKU
|
|
|
|
|
|
|
|
org OKU ade je ambik kesempatan nk meraba meramas org lain.. tp dgn keadaan deols, ... kita plk yg nmpak salah! |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg patut la kena tendang, takkanlah x pasal2 je buat gitu kan..elok ramai2 pompuan g belajar..taram je yg x reti bahasa ni. |
|
|
|
|
|
|
|
eeeii setannya, x sedar diri betul. dah ada label oku, nak tambah label pervert plak. x jadi org nak kesian2 dgn kau. sian dhia ni. i hope she will counter balik and hopefully menang. biar oku tu yg kena ganti rugi kat dia. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu la kalau apa2 hal... jangan sesekali tarik balik police report atas alasan tanak panjangkan, tanak susahkan, tanak itu tanak ini. report dan just simpan report tu. sebab akan jadi benda cenggini la. at least you got yourself covered in the eyes of the law. |
|
|
|
|
|
|
|
ala sygnye knp tarik report polis seolah die bersalah..pervert mmg ptt kene ajar gini..dh tarik ni lg sng la dorg nk putar belit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa baca berita ni keluar hari tu pun, ramai yang persoalkan wartawan kenapa tulis macam tak habis. Ada kepala dan ekor jer, badan takde. Adakah orang yang normal tiba-tiba serang orang lain? OKU pula tu. So, memang ramai yang syak that old guy memang ada buat something to this girl tu pasal she retaliated. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian juga sheols...just because the other party ada kekurangan...susah juga
this remind me kes budak autism pegi raba pompuan tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|