Insta Famous Cilik masak-memasak, Danish Harraz antara personaliti yang dikagumi kerana sanggup berkongsi ilmunya membuat kek kepada netizen menerusi laman media sosialnya. Malahan dia tidak pernah berkira jika ada yang mahu menggunakan gambarnya sebagai panduan.
Namun, apabila ada individu yang tidak bertanggung jawab mengambil gambar Danish lalu meletakkan 'watermark'nya sendiri serta menyatakan dia mampu membuat kek tersebut, sebenarnya ia sangat biadab. Lebih mengecilkan hati kanak-kanak berbakat ini ialah, sikap acuh tidak acuh pencuri karyanya lalu sempat 'membahasakan' Danish sebagai beruk.
Menurut Danish, dia cuma bertanyakan individu tersebut mengapa meletakkan 'watermark' pada gambarnya. Namun dijawab dengan nada sombong bahawa dia cuma terjumpa gambar tersebut di Internet dan berkenan kerana cantik. Selain itu, individu tersebut juga sempat berpesan supaya meletakkan 'watermark' sendiri jika tidak mahu gambar dicuri.
Kredit foto: IG
Selain itu, individu yang menggunakan nama Rara Homemade (telah ditukar namanya di Facebook) juga mengajak netizen untuk bergaduh jika tidak berpuas hati dengannya. Jawapan tersebut membuatkan ibu kepada Danish turut tampil meminta penjelasan mengenai isu tersebut.
Kredit foto: IG
Setelah mendapat kecaman bertalu-talu daripada netizen, Rara kemudiannya menukar nama Facebook lalu menarik balik gambar tersebut. Ini ialah gambar Congo Bar yang dimaksudkan. Dalam tulisannya juga, Danish menjelaskan yang dia tidak kisah jika ada netizen mahu menggunakan gambarnya untuk dibuat berniaga, tetapi biarlah info tersebut jelas dan sampai. Tidaklah sampai menyalahgunakan gambar sehingga membuatkan netizen lain keliru.
Ternyata budaya 'copy and paste' masih berlaku di sekeliling kita. Mujurlah isu ini terhenti apabila Rara akhirnya meminta maaf (walaupun kedengarannya tidak ikhlas). Namun sekurang-kurangnya ia memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak mengambil mudah isu hak cipta. - CARI
|