CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8113|Reply: 53

Showcase Noraniza Idris Terpaksa Guna Minus One

  [Copy link]
Post time 15-4-2019 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by pencintaABC at 15-4-2019 06:33 PM

Dugaan Showcase Noraniza Idris
Syafil Syazwan Jefri

Noraniza Idris terpaksa menggunakan muzik ‘minus one’ untuk persembahannnya. FOTO Zunnur Al Shafiq
RATU Etnik Kreatif Noraniza Idris mengakui berdepan pelbagai cabaran menjelang Showcase Istimewa Sawo Matang yang akan berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) pada 13 dan 14 April ini.

Berikutan beberapa kekangan, Noraniza, 51, terpaksa membatalkan hari pertama persembahan pada 12 April ini sekali gus menyaksikan hanya dua hari saja penyanyi itu dapat beraksi.

“Ini adalah showcase pertama anjuran saya. Banyak cabaran dan kekangan terpaksa diharungi sepanjang melakukan persiapan.

“Ikut perancangan asal, mahu guna ‘live band’ namun atas beberapa sebab tak dapat dielakkan, ia terpaksa dibatalkan dan saya menggunakan muzik ‘minus one’ yang disusun semula,” katanya kepada Harian Metro.

Bukan itu saja, Noraniza juga diuji apabila sukar mencari penyanyi latar.

“Pada awalnya, saya sudah ada penyanyi latar untuk showcase ini. Bagaimanapun, mereka menarik diri dengan alasan tidak mampu membawakan lagu-lagu yang susah.

“Jadi, suka atau tidak saya terpaksa sunting muzik dan masukkan suara penyanyi latar terlebih dulu sebagai persiapan,” katanya.

Tiket untuk menyaksikan Showcase Istimewa Sawo Matang sudah terjual sebanyak 70 peratus sejak tiga minggu lalu.

“Jualan tidaklah rancak seperti konsert lain. Mungkin kerana sepanjang April banyak konsert lain diadakan dan saya tahu susah nak tarik orang untuk beli tiket persembahan berkaitan kebudayaan,” katanya.

Menerusi persembahan berdurasi dua jam itu Noraniza akan menyampaikan 26 lagu solo dan medley yang dibahagikan kepada lapan segmen.

Tiket masih boleh dibeli dengan harga RM119 hingga RM189, manakala untuk pembelian secara pukal berharga RM50.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 April 2019 @ 5:06 PM

2019  Harian Metro.
New Straits Times Press (M) Bhd.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2019 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian hat beli tiket 189 tu..ujung2 dpt dgr minus one jahhh... Sedeehhh!
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2019 07:07 PM | Show all posts
tiada pemuzik disebabkan bajet ka?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2019 07:20 PM | Show all posts
wow beza sangat harga pukal tu... okay la bgtau dulu guna minus one  siap2 daripada kena cerca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2019 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok video yg budiey record sedih kecik betul stage showcase kak ani.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2019 10:31 PM | Show all posts
beli tiket mahal2 dpt dgr minus one jer ..
nsb baik gak dah bgt awal2 tp kurang best la kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2019 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bru td iol tgk kt utube, ituke show nya? Iol ingt tu show lite2 utk sidang media bg promo konsert dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2019 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian plak dgq... bertabahlah kak ani.... bertabahlah jugak pembeli tiket....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2019 11:09 PM | Show all posts
kasihan kat dia stesen radio pun tak nak mainkan lagu etnik bersusah payah menaikan irama tradisional tetapi di pandang sepi. Kesana kesini mencari tempat. Bertabahlah kak Ani.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2019 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
September14 replied at 15-4-2019 10:36 PM
Bru td iol tgk kt utube, ituke show nya? Iol ingt tu show lite2 utk sidang media bg promo konsert di ...

Ha’a la. Igtkan show yg tu utk press conference. Tatau plak tu la  konsertnyaaa. Kecik sgt pentasnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2019 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ak0143 replied at 15-4-2019 11:11 PM
Ha’a la. Igtkan show yg tu utk press conference. Tatau plak tu la  konsertnyaaa. Kecik sgt pentas ...

Itu la sedih..sedangkan lagu2 irama Malaysia perlukan penari yg ramai, pemuzik tradisional yg ramai utk dapat sound yg best.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2019 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kalau tengok kalendar siri jelajah ni, Kak Ani bakal ada konsert kat Istana Budaya & Singapore

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2019 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkanlah x de pemuzik lain and pnyanyi latar lain yg blh replace? Rasanya mesti kekurangan bajet tu sbb kena cut off byk bnda.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Dgr cerita dia mmg x dpt apa2 sponsor besar..jadi budget mmg almost 100% dia keluar sendiri. Aku respek org yang pergi tgk showcase dia sbb mmg betul2 tunjuk support kt muzik Kak Ani walaupun dia dah x popular dan dah tua.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 08:50 AM | Show all posts
secawankopi replied at 15-4-2019 11:09 PM
kasihan kat dia stesen radio pun tak nak mainkan lagu etnik bersusah payah menaikan irama tradisiona ...

Betul.. Asyik2 penyanyi baru, asyik2 Kpop, asyik2 dangdut Indon.. Kenapa tak pasang lagu Irama Malaysia sentiasa.

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 09:48 AM | Show all posts
memula aku nak pegi jugak, nak support kekdahnye

pastu tetiba ada orang share video dia dok memerli Arwah Pak Ngah

terus iollss cancel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2019 09:54 AM | Show all posts
dekmieDandy replied at 16-4-2019 09:48 AM
memula aku nak pegi jugak, nak support kekdahnye

pastu tetiba ada orang share video dia dok memer ...

Sheols kata apa chuols?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 10:43 AM | Show all posts
hahahaha... konsert syok sendiri ker kak ani weeeiii...
zaman da berubah... kena ikut la strategi marketing zaman kini...
kena la selit kan penyanyi2 yg ada follower sendiri sebagai jemputan...
tak yah nak bolot semua persembahan tu....


Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 11:41 AM | Show all posts
tak faham ngan retis yg nak buat konsert tp minta budget beratus ribu dari gomen

maybe Kak Ani boleh nilai balik program dlm konsert dia utk jadi lebih menarik tarik sponsors
lgpun pentas kat MatiC tu kecik utk bawa pemuzik live & penari ramai2. lainlah kalau kat IB.

tp rasanya ada je retis lain buat konsert yg ada dpt sponsor.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:27 PM | Show all posts
takyahla salah kan retis lain buat konsert bulan april ataupun orang tak minat persembahan kebudayaan.. kalau budak2 kecik menari zapin dekat dewan sekolah ke mall ke pun orang ramai terhibur ja tengok.. its you not them.. orang bukan dulik pun takde live band ke takde penyanyi latar ke.. sepatutnya as senior retis benda2 camni dah boleh foresee. nasib baik showcase jah kalau konsert kat IB taun depan buat gini bukan sponsor je lari peminat pun malas nak repeat datang tengok

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.065403 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list