Sering dihambat kontroversi yang tidak berkesudahan, Haqiem Rusli, 21 dilabelkan sebagai artis bermasalah. Namun, bagi peminatnya Haqiem adalah artis yang sangat menghargai mereka.
Terbaharu, Haqiem menerusi laman Instagramnya memberikan pesanan khas buat para peminatnya. Lebih syahdu ialah pesanannya meminta para peminat tidak menjadikan lagu atau konsertnya sebagai alasan melengah-lengahkan solat. Pesanannya ini mendapat banyak reaksi positif daripada netizen lalu memujinya sebagai artis baik.
Kredit foto: IG
Foto : IG
Menurut Haqiem, pesanannya itu adalah kerana dia bimbang jika dipersoalkan satu hari nanti kerana tidak menjalankan tugas sebagai Muslim. Ini kerana niatnya dalam muzik hanya untuk mencari rezeki halal, menolong ibu bapa dan membuatkan orang yang disayanginya tersenyum.
"Jadi apa yang saya nak jelaskan di sini adalah saya takut, jika kehadiran saya melalaikan sesetengah orang seperti meninggalkan solat kerana bergegas ke persembahan saya, dengar lagu saya sampai melambatkan solat dan banyak lagi."
Foto : IG
Rata-rata peminat Haqiem memuji tindakannya yang mengambil berat tentang kewajiban ibadah solat dan berniat baik dalam bidang yang diceburi. Malah, penyanyi lagi Selamat Tinggal Sayang ini berharap agar peminat dapat memahami mesej yang cuba disampaikan.
"Itu sahaja, saya harap mesej pendek ini dapat membuat anda faham apa yang saya ingin sampaikan," ujarnya.
Wah! Nampaknya Haqiem bukanlah bermasalah seperti yang disangka-sangka. Mungkin kerana kemurungan yang pernah dihadapinya satu ketika dahulu membawanya kepada menjadi yang lebih baik sekaligus mengajak peminatnya kepada kebaikan. Makin sayanglah peminat kepadanya. Baguslah kerana Haqiem sendiri antara BBNU berbakat besar dalam industri nyanyian. - CARI
|