Janna Nick yang merangkul trofi Aktres Pilihan buat kali ketiga nyata sebak dengan kejayaannya mempertahankan gelaran itu.
Selain mengucapkan terima kasih kepada peminat dan penyokong yang setia mengundinya, Janna turut meluahkan rasa syukurnya dikelilingi orang yang menyayanginya.
"Terima kasih kepada semua yang mengundi. Dulu saya membesar tak cukup kasih sayang, tapi sekarang Allah kurniakan saya kasih sayang yang melimpah-limpah," luahnya.
Dalam masa sama, Janna sempat menitipkan pesanan buat peminatnya yang berasa kesunyian.
"Kalau anda rasa sunyi dan bersendirian, gunakan masa yang ada untuk jadikan anda seorang yang berguna di masa depan," tulisnya.
Aktres itu turut menyifatkan kasunyian itu bukan sesuatu yang negatif, sebaliknya ia menenangkan dan melapangkan.
Ruangan komennya juga turut dibanjiri ucapan tahniah dan kata-kata pujian daripada rakan artis lain.
Kredit foto: IG Janna Nick
Tahniah, Janna kerana masih menjadi pilihan ramai walaupun dihimpit kontroversi. - CARI |