"Ingatkan jadi isteri, rupanya terpaksa jadi 'ibu'..."
Demikianlah agaknya perasaan model Hailey Baldwin, 22, yang mengawini penyanyi Justin Bieber, 25, beberapa bulan lalu. Menurut sumber RadarOnline, Hailey kini merasakan tanggungjawabnya lebih kepada 'ibu' berbanding isteri kepada Justin.
Kredit foto: RadarOnline
Sejak berkahwin, Hailey melihat perangai Justin kembali berubah kepada remaja belasan tahun lagi. Hailey kini terpaksa mengurus pelbagai aspek kehidupan Justin dan turut bimbangkan kesihatan mental suaminya itu.
'Hailey menguruskan semua hal keluarga, manakala Justin hanya berpoya-poya, melakukan lawak jenaka dan berkelakuan seperti budak sekolah,' kata sumber itu lagi.
Kredit foto: Carian Google
Hailey kini mempersoalkan apakah sebenarnya fungsi beliau sebagai isteri terutamanya di masa depan, tetapi sumber itu memberitahu Hailey takut untuk meluahkan kepada Justin kerana emosinya yang kurang stabil.
Seperti yang diketahui umum, pasangan itu berkahwin September tahun lepas dan kedua-duanya mengakui dalam temu bual dengan majalah Vogue bahawa perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah.
Kredit foto: Carian Google
'Kami berjuang keras untuk membina hubungan yang sihat, tapi kami masih muda dan perlu banyak belajar. Diakui perkahwinan kami bukanlah seperti fantasi, ada masanya ia sukar,' kata Hailey dalam temu bual itu.
Kredit foto: Carian Google
Masalah perkahwinan mereka juga ditambah dengan isu mental yang dialami oleh Justin baru-baru ini. 'Bagaimanapun Justin sudah mula mendapatkan rawatan untuk menjadi suami yang lebih baik,' tambah sumber itu.
Mungkin Justin sendiri belum puas hidup bujang kerana berkahwin terlalu awal. Bertabahlah Hailey. - CARI |