CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remy_3D

Online Class: Asas Muzik

[Copy link]
Post time 23-8-2004 11:46 PM | Show all posts

Palajaran 1

Muzik ada 12 not.

   1     2     3     4     5     6     7     8     9     10    11    12
   C     C#    D     Eb    E     F     F#    G     Ab    A     Bb    B
   Do          re          me    fa          so          la          ti        
   1           2           3     4           5           6           7


baris 1 atas adalah angka bilangan not muzik sebenar
baris 2, nama not muzik disebut dengan huruf
baris 3, nama not muzik disebut dengan perkataan 'do re me'
baris 4, nama not muzik disebut dengan angka

skil natural:
walaupun muzik ada 12 not, tetapi dalam mainan selalunya dimainkan pada not-not tertentu sahaja. Pembahagian atau perselangan not-not ini dikenali dengan nama skil.  

Peringkat awal ditunjukkan skil natural. (skil C/Am)
iaitu C D E F G A B
berpandukan carta di atas, terdapat not yg diselang dan not yg tidak diselang.  jika dilihat antara C dan D, pertengahannya adalah not C#.

bersambung (minta maklumbalas).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2004 11:54 PM | Show all posts

Pelajaran 2

Apakah '#' (Sharp) dan'b' (flat)

Not yg berada di tengah, antara 2 not. contohnya:
C - C#/Db - D - D#/Eb - E
not selepas 'C' boleh disebut 'C#' atau boleh juga disebut 'Db' sebab berada sebelum 'D'.
dalam ertikata lain, flat (b) adalah not sebelum dan sharp (#) adalah not selepas
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2004 12:07 AM | Show all posts

Pelajaran 3

Octave (Not kelapan) satu jarak not kelapan dalam skil natural.
sila perhatikan pelajaran 1, dalam skil natural, ada 7 not
dari C hingga B, atau dari 'do' hingga 'ti'.
not kelapan sebenarnya ada ulangan nama not pertama dalam skil natural tapi pada kedudukan nada atas, dan jarak antara C bawah dan C atas itu disebut 'satu octave'.
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
Post time 24-8-2004 03:27 AM | Show all posts
wahh..bagus :clap::clap:

teruskan paler...:tq:
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2004 10:58 AM | Show all posts
kittie suke... kittie slalu kagum ngan org yg reti & terer muzik ni... tp kittie hampeh pun tak tahu... teruskan... bleh kittie faham ckit2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2004 02:45 AM | Show all posts
Originally posted by paler kembang at Mon 23rd Aug 04 23:54:
Apakah '#' (Sharp) dan'b' (flat)

Not yg berada di tengah, antara 2 not. contohnya:
C - C#/Db - D - D#/Eb - E
not selepas 'C' boleh disebut 'C#' atau boleh juga disebut 'Db' sebab berada ...

kesimpulannya paler, C# dan Db adalah sama ek?

fuyooo!! ada bakat mcm student tak aku? hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2004 03:57 PM | Show all posts
Originally posted by Remy_3D at 26-8-2004 02:45 AM:

kesimpulannya paler, C# dan Db adalah sama ek?

fuyooo!! ada bakat mcm student tak aku? hehehe

ya!... sama
Yg selalu disebut dan (yang jarang disebut):
Bb (A#)
F# (Gb)
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2004 04:05 PM | Show all posts

Pelajaran 4

Tone = jarak not yg berselang di tengahnya satu not lain.
eg.
1. A ke B (di mana di tengahnya adalah not A#/Bb)
2. C ke D (di mana di tengahnya adalah not C#/Db)
3. E ke F# (di mana di tengahnya adalah not F)
4. Bb ke C (di mana di tengahnya adalah not B)

'semitone' = separuh dari 'tone' = jarak berdekatan not
eg.
1. F ke F#
2. A ke Bb
3. B ke C
4. E ke F
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2004 04:08 PM | Show all posts

sambungan tone & semitone

semitone:
pada gitar; jarak antara fret gitar
pada piano; jarak antara mata piano, dengan matahitam piano juga diambil kira).

tone: 2 semitone.


matahitam piano adalah not sharp '#' atau flat 'b'. perhatikan, dalam pengiraan not, not '#' atau 'b' hendaklah diambil kira kerana nilainya sama dengan not mataputih piano.

perhatian: jarak dari F ke F# = semitone
jarak F ke G = tone

[ Last edited by paler kembang on 26-8-2004 at 04:24 PM ]
Reply

Use magic Report

echosoundz This user has been deleted
Post time 26-8-2004 04:48 PM | Show all posts

hehehehhee......

bagus.......sekalung tahniah...heheheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2004 03:35 AM | Show all posts
err..tak paham
wakakak..aku bace jek aahh..
nanti watlah test..
nengok memurid paham ke idak cikgu ajo nih
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2004 08:32 PM | Show all posts
nak lagi... kite suke betul la thread ni...
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
Post time 3-9-2004 10:27 PM | Show all posts
Originally posted by Remy_3D at 26-8-2004 02:45 AM:

kesimpulannya paler, C# dan Db adalah sama ek?

fuyooo!! ada bakat mcm student tak aku? hehehe


sebenonya dlm terms muzik ada beza..

kalau ko berada di kedudukan not C..ko naikkan semi tone..dia akan jadi

C#

beza pulak............

bila kau berada di not D..ko turunkan semi tone..dia akan jadi Db

(C# jugak)

tapi bezanya disini ialah macam..sharp(#) utk increase dan flet(b)  utk


decrease

[ Last edited by 蝯z坞悬衻 on 3-9-2004 at 11:29 PM ]
Reply

Use magic Report

echosoundz This user has been deleted
Post time 3-9-2004 10:59 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by 蝯z坞<ETH>
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2004 09:25 AM | Show all posts

Pelajaran 5 - Scale (Skil)

(dengan susulan balas dari forumer... bertambah semangat sesama kita untuk berkongsi pengetahuan muzik ini).

Walaupun not dalam jarak semitone berjumlah 12 not. (lihat Pelajaran 1).
tetapi dalam permainan, ada perselangan tertentu yg ditetapkan.  Perselangan bunyi ini disebut 'scale' (skil).

Dalam pelajaran ini, saya akan tunjukkan beberapa skil tertentu sahaja utk dijadikan contoh. Dengan kaedah yg saya akan berikan, bolehlah sesama kita memahami nanti kedudukan skil-skil yg lain.

(bersambung) - Skil
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2004 09:51 AM | Show all posts
Sambungan - skil.
Skil Natural.
Ada 2 skil natural yg menjadi asal kepada pemuzik.
1. skil major (natural)
2. skil minor melodic (natural)

SKIL MAJOR. - Perselangan dikira seperti berikut, jarak perselangan ditunjukkan dalam kandungan () iaitu (tone) dan (semitone)
bermula dari not 1 (tone) 2 (tone) 3 (semitone) 4 (tone) 5 (tone) 6 (tone) 7 (semitone) 1+
contoh diberikan dalam skil natural C major, jadikan not no. 1 sebagai not C.
atau lihat contoh di bawah;


SKIL MINOR MELODIC
Contoh diberikan dalam skil A minor melodik.
bermula dari not 1 (tone) 2 (semitone) 3 (tone) 4 (tone) 5 (semitone) 6 (tone) 7 (tone) 1+
cuba jadikan not no. 1 sebagi A, jadikan susunan skil A minor melodik.

bersambung - skil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2004 10:21 AM | Show all posts
White skil.
Mata piano (keyboard) ada dua warna iaitu putih dan hitam.

Mata putih piano sebenarnya disusun mengikut kedudukan skil major natural C atau skil minor melodik A.
------------------------------



skil C Natural

Mengikut perkiraan perselangan yg ditetapkan, cuba aturkan kedudukan skil minor melodik A.

Tambahan:
Mata hitam piano adalah flat/sharp - tetapi mengikut kedudukan skil pentatonik (akan diperkatakan dan diperhalusi dalam pelajaran akan datang nanti).

sambungan - skil
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2004 10:26 AM | Show all posts
cuba tetapkan kedudukan skil pada piano atau gitar mengikut pelajaran 5.
1. skil D major natural
2. skil C minor melodic
3. skil G major natural
4. skil G minor melodik

Mana-mana forumer yg sudikan pastekan susunan skil yg dibuat sendiri ke sini,  amatlah dialu-alukan.
Reply

Use magic Report

ikegami This user has been deleted
Post time 6-9-2004 11:13 AM | Show all posts
hmmm cuma cadangan....kalo teori ngan  praktikal seiring bau leh masuk kepala...hehe kalo setakat teori payah skit nih....apa kata kita buat klass...cadangan jer...penah blajar tp separuh tiang...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2004 12:33 PM | Show all posts
teori di sini, praktikal sendiri di rumah... bagi yg ada keyboard atau gitar. he he he
bagi yg dah ada basic muzik, boleh main sikit-sikit, rasanya tak ada masalah untuk mengikuti secara pelan-pelan... pasti faham punya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.079601 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list