Kredit foto: Gambar Hiasan
Kecoh di Twitter 'mencari' individu bernama Halim sejak seorang pengguna mendedahkan rakannya menerima pesanan ringkas dipercayai daripada keluarga lelaki itu.
Difahamkan, Halim mungkin telah bertukar kepada nombor telefon lain memandangkan rakan wanita terbabit sudah menggunakan nombor berkenaan sejak setahun lalu.
Perkongsian itu mencetuskan pelbagai spekulasi di kalangan netizen hingga ada yang mendakwa Halim mungkin melarikan diri kerana berkecil hati dengan ibu bapanya.
Lebih ekstrem, ada yang mendakwa tindakan lelaki itu melarikan diri dari keluarga mungkin didorong rasa tidak tahan didera keluarga.
Malah, ada yang juga berteka-teki mengenai status sebenar 'ibu' yang mengirimkan pesanan berkenaan.
Namun, ia terjawab selepas mStar Online menghubungi wanita yang dikatakan sedang mencari individu berusia 20-an terbabit.
Kredit foto: Twitter
Menurut portal berkenaan, wanita terbabit sebenarnya merupakan ibu saudara kepada Halim.
Katanya, ibu Halim sudah lama meninggal dunia dan bapanya kini tinggal bersama dan dijaga ibu saudara serta sepupu-sepupu Halim.
Kali terakhir mereka berhubungan adalah sekitar akhir tahun lalu sebelum Halim keluar dari grup sembang WhatsApp dan menghilangkan diri secara tiba-tiba.
Difahamkan, Halim bekerja di Melaka dan dia dipercayai masih berada dalam Malaysia.
Pulanglah Halim, kasihanilah ayahmu yang sudah tua itu. - CARI |