Siapa yang tak pernah dengar tentang pizza? Makanan berasal dari Itali ini cukup popular di seluruh dunia. Bahkan budak berumur 3 tahun pun kenal piza.
Bayangkan doh pizza yang dah diletakkan topping mcm keju, sos tomato, tuna, hirisan ayam, hirisan daging dan macam-macam lagi.
Memikirkan tentang pizza saja pun dah cukup buat air liur meleleh! Bila dah makan, dah kenyang pun masih nak makan lagi selagi ada.
Ramai yang betul-betul ketagih pizza sampaikan pantang nampak restoran yang menyajikan piza, mesti nak beli. Persoalannya, kenapa pizza boleh sebabkan ketagihan?
Menurut pakar neurologi, Dr Rizal Abu Bakar, ada dua perkara menarik pada pizza, iaitu roti dan keju.
Foto: Google
Terdapat kompaun pada roti bernama gluteomorphins. Kompaun ini apabila dimakan, akan melekat pada reseptor opioid di otak dan menyebabkan ketagihan. Tindak balas kompaun ini sama seperti morfin.
Keju pula mengandungi casemorphins. Sama seperti gluteomorphins, ia juga masuk dan melekat pada reseptor opioid di otak. Apabila kedua-dua bahan ini dimakan, otak akan merembeskan hormon gembira, dopamine. Hormon ini juga menyebabkan ketagihan dan keinginan untuk makan pizza yang berulang.
Foto: Google
Dr. Rizal Abu Bakar juga memetik kenyataan dari Dr.Neal Barnard dalam bukunya The Cheese Trap, keju adalah dadah makanan, menyebabkan ketagihan berulang. Ketagihan ini juga menyebabkan obesiti.
Tenang, piza boleh saja dinikmati tapi sebolehnya jangan keterlaluan dan sampai ketagih. Besederhana dalam menikmati makanan, makan untuk hidup bukan hidup untuk makan ya. -CARI |