Sembilan orang jururawat yang bekerja di Wad Bersalin yang sama kini sedang sarat mengandung dan dijangka akan besalin pada masa yang hampir serentak.
Kebarangkalian yang unik ini menimbulkan reaksi yang menggembirakan ramai netizen apabila Pusat Perubatan Maine mengumumkan Sembilan orang jururawat di wad mereka dijangka akan menyambut kelahiran anggota keluarga baru beberapa bulan lagi.
Kredit foto: Facebook
Dalam satu status yang dimuat naik di Facebook mereka, hospital yang terletak di Portland, Amerika Syarikat (AS) ini berkata : "Wow! Sembilan orang jurutawat kami (hanya lapan dalam gambar) dijangka akan bersalin di antara April dan Julai! Tahniah!"
Status itu mendapat puluhan ribu likes dan perkongsian.
Kredit foto: Facebook
Keadaan itu menyebabkan ramai bakal ibu yang dijangka bersalin di hospital itu menunjukkan kebimbangan tentang kekurangan kakitangan nanti. Bagaimanapun, pihak hospital mengatakan mereka mempunyai perancangan yang teliti mengenai penyusunan staff jadi pihak berkenaan tidak perlu merasa risau.
Menurut maklumat, gambar itu mula-mula menjadi tular apabila Brittney Verville, salah seorang daripada jururawat yang mengandung itu memuat naik di Facebooknya sebelum dikongsikan di Facebook majikannya.
Kredit foto: Facebook
Brittney berjenaka menyatakan, "ada sesuatu dalam air minuman di Wad Bersalin, Pusat Perubatan Maine, lihat banyaknya bayi akan lahir musim panas ini!". Seorang lagi rakannya memberitahu Stesen TV WMTW bahawa mereka semua merasa teruja apabila satu demi satu jururawat mengumumkan kehamilan masing-masing.
Ini bukanlah kejadian pertama jururawat hamil serentak. Sebelumnya tahun lalu 16 orang jururawat di sebuah hospital di Arizona mengumumkan kehamilan pada masa yang sama.
Kredit foto: Carian Google
Nasib baik Pusat Perubatan itu mempunyai kakitangan yang ramai.
Bayangkan jika ianya berlaku di hospital di mana berlakunya kekurangan staf, pasti memeningkan jururawat yang lain dengan beban kerja tambahan masing-masing. -CARI |