Baru - baru ini gempar mengenai penemuan sekujur mayat di dalam sebuah kolam tangki Palong 12 oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS). Penemuan tersebut dibongkar setelah masyarakat tempatan membuat aduan mengenai masalah gangguan air di kawasan setempat. Sejurus selepas aduan, pihak berkuasa telah menemui mayat seorang remaja lelaki dalam lingkungan umur 22 tahun dalam kolam tersebut.
Operasi pembersihan telah pun dijalankan dan rata rata penduduk meluahkan rasa mual apabila mengetahui mereka sebenarnya telah menggunakan sumber air tercemar dengan mayat.
Semalam, seorang individu telah tampil memberi kenyataan bahawa mayat tersebut berkemungkinan adalah adiknya yang telah 8 bulan hilang. Melalui pengecaman awal, Afiq Hazim yakin bahawa mayat tersebut adalah adiknya, Aiman Hakim bin Mat Ani, 21 tahun. Aiman merupakan seorang pelajar UiTM Raub dan telah dilaporkan hilang sejak bulan Julai, tahun lepas.
Takziah diucapkan kepada mangsa. Di sebalik tragedi itu, rata-rata netizen mempersoalkan kekerapan tangki air tersebut patut diservis oleh pihak berkuasa. Netizen juga mengucapkan takziah kepada mangsa dan meminta pihak polis membuat penyiasatan yang telus jika ada unsur-unsur jenayah dalam kes tersebut.
|