CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5414|Reply: 28

Penat

[Copy link]
Post time 26-3-2019 03:16 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua. mohon maaf kalo ada yang rasa bosan dengantulisan aku yang panjang berjela ni. Yes, i’m warning you that this going to bequite a long confession. But first, aku kenalkan diri aku sebagai kak long. Nak cerita kat orang-orang terdekat dengandiri aku, semua macam tak faham or suruh aku sabar je. Kalau sapa kenal aku,tau lah tahap kesabaran aku ni macam mana. So bila dah sampai limit, memangmaknanya aku suffer long enough. Tinggal tak meletup je ni.

Aku penat. Mentally and physically tired. Rasa macam naktidur lama yang tak bangun-bangun dah atau pergi ke tempat yang takde orang. Justme and my books. Tak payah cakap dengan orang or deal dengan karenah orang yangmacam-macam ni. But at the same time, aku tetap maintain facade aku seolah-olahmy life is well or manageable when the truth is, hidup aku dah macamtunggang-langgang sekarang ni. Semuanya bermula bila aku diarahkan pindah kerjake negeri lain. Negeri di kampung halaman sendiri. Macam seronok je dengardapat balik kampung sendiri and stay di rumah famili tapi ntah la, rasa perittu sendiri la yang tau macam mana.

First, kena pjj dengan husband dan manage sendiri anak-anak yangsemuanya bawah 9 tahun tanpa suami. Bukan aku manja dan tak tahu berdikari, tapibila sesuatu terjadi kat anak-anak, si suami seolah nak blame aku sebab takbagi perhatian or tak tegas dengan anak-anak. Padahal aku ni dah tahap singasakit tekak pagi-pagi siapkan anak-anak untuk pergi sekolah. Tangan dan mulutsama-sama gerak nak bagi diorang siap dan pergi sekolah on time sebab at thesame time, aku sendiri kena siapkan diri sendiri untuk hantar diorang pergisekolah dan terus ke tempat kerja (masa mula-mula pindah, aku minta tolonghusband carikan orang yang boleh ambil dan hantar anak ke sekolah tapi sampaike sudah dia buat tak tahu je. Dia harap famili dia boleh tolong tapi belah tupun buat tak tahu. Aku hanya dapat cari orang yang sanggup ambil the kids katsekolah then bawa balik ke rumah dia untuk stay sementara aku pick up dioranglepas kerja). Aku biasanya pick-up diorang dalam 6.30 petang mcm tu, memang jarangawal sebab my line of works memang pelik-pelik skit kerjanya. Sampai rumah,kena make sure diorang settlekan kain baju dan barang-barang sekolah untuk esokthen siapkan dinner diorang. Lepas dinner, dengar jap cerita diorang sambilcheck progress sekolah masing-masing (biasanya, ayah diorg yang take care babni termasuk bagi diorg tidur dan aku kemas umah). By 9.30, diorang dah tidurbaru aku boleh mandi dan rehat sebelum sambung settle kain baju. By the timeaku nak tidur, si bongsu pula biasanya akan terjaga and throw tantrum sebabbenda-benda yang ntah apa-apa. Aircond bising pun boleh jadi point dia mengamuktengah-tengah malam. Lepas dia tidur pun, biasanya dia akan terjaga lagi 2, 3kali sebelum subuh. So end up aku cuma boleh tidur less than 3 jam setiap hari.Dan tido atas karpet setiap malam sebab walaupun aku dah letak tilam kat bawahtu, end up anak-anak aku tolak mak diorg pi kat karpet.Tu rutin aku dengananak-anak setiap hari.
Second, aku stay di rumah famili lepas cadangan aku untukmenyewa rumah sendiri ditentang oleh suami dan mak aku. Husband bagi alasankeselamatan aku dan anak-anak. Mak aku pun sama plus dia kata hilang skit sunyidia kalau ada cucu dia di rumah tu. Aku cuba open minded untuk duduk sekali dirumah tu. Bukan tak sayang mak or rumah sendiri tapi knowing perangai mak danadik-adik aku tu, aku memang stress sebab perangai kami yang berbeza. Aku jenisnak rumah sentiasa bersih, wangi dan kemas. Mak dan adik-adik aku jenis take iteasy. Nak kata pengotor tu xde la sampai tahap tu tapi bayangkan bila sampah dibuang2,3 hari sekali. Lepas makan, pinggan mangkuk dibiarkan tak berbasuh danbersepah bawah sofa depan tv tu. Dengan membela kucing lagi (stress oiii bilabalik keja, tengok-tengok kucing buat jamban dalam bilik tidur. Nak tutuppintu, pintu pulak rosak tak boleh tutup rapat). Bila nak memasak, aku kenakemas dapur dulu dan basuh periuk dan perkakasan yang nak digunakan sebab makaku style dia akan tinggal je lepas masak. Baru je kemas dapur, esok tengok dahberselerak balik. Dengan sayur or bahan masak yang tak disimpan semula dalampeti ais atau rak. Tu tak kira bila nak masak, tengok-tengok bahan yang dahdibeli tu dah habis orang lain guna. Last-last, aku biar kan je lah dapur tuberselerak walapun hakikatnya aku sakit mata dan hati tengok. Sebab aku dah taklarat nak kemas. Tu baru bab dapur, tak kira lagi bab keselesaan dalam rumah. Barangaku dan anak-anak semua cramp dalam 1 bilik. Diorang yang biasa ada biliksendiri, terpaksa share bilik dengan aku. No privacy. Dengan semak bilik lagi. Situlah simpan baju kami anak beranak, barang sekolah dan mainan diorg. Situlah tempatletak baju kotor or baju yang tak sempat dilipat (di rumah sendiri, aku adaruang laundry). Bukan setakat tak kemas, malah beri kesan pada disiplin danrutin anak-anak aku. Sebelum ni, first thing yang diorg kena buat lepas sampaidi rumah ialah untuk settlekan baju kotor diorang dan pack baju dan beg sekolahuntuk esoknya plak. Tapi bila di rumah kampung ni, diorang longgok je semuadalam bilik. Kekadang kemas pun x sbb letak je beg masing-masing then terusberlari ke luar rumah sebab nak dok kat luar dgn nenek diorg. Semak kepala otakaku. Kalau tanya kenapa tak organize rumah kat kampung tu macam rumah sendiri,sebab rumah ni dah full dengan barang-barang yang mak aku sayang nak buang. Dahtakde tempat nak letak barang lain. Aku cuba organize barang yang tak guna danletak dalam container untuk simpan dalam stor but end up mak aku bawa keluarsemua balik. Ikutkan rumah ni besar tapi ruang yang aku boleh guna untuk letakbarang-barang aku anak beranak cuma dalam bilik tido tu je la. Banyak spaceyang tak utilize pun tapi aku tak boleh nak usik.
Third, masa dan kudrat. Aku penat sebab sepanjang weekdaysdah pi keja. Kalo dulu time weekends, sebulan sekali boleh gak stay kat rumahsendiri berehat (kami jenis setiap 2 minggu balik kampung. Ikut giliran kampungaku or husband). Kat rumah sendiri macam relaks skit sebab rumah dah memangsentiasa kemas so tak perlu nak teruk sangat time weekend. Just setakat masak nkemas dapur je dan anak-anak pun tau nak kemas barang dan main kat biliksendiri. Tapi sekarang setiap minggu memang ‘berenang-renang’ aku ke sana sini.Sekejap balik rumah sendiri, sekejap balik rumah mentua dan rumah mak aku. Kalobalik rumah sendiri or rumah mentua, bermakna aku kena settlekan basuh dan ironbaju sekolah anak-anak aku by hari jumaat supaya the next Monday semua dahready dan tak kalut. Dan ketiga-tiga rumah aku kena kemas dan masuk dapur. Kalodi rumah mak or mentua, memang diorang takkan masuk dapur kalo aku ada. Termasukla adik-adik or adik ipar aku. Aku la sorang-sorang masak dan kemas kat dapur. Husbandaku memang akan balik setiap weekend dan nasib baik la boleh harap dia jagaanak-anak sementara aku buat keja. Time weekdays plak, 3,4  hari sekali aku kena curi masa pi dobi sebabmesin basuh dah rosak. Kalo tak sempat pi dobi sebab balik lewat sangat danadik aku tak boleh tlg amik the kids, maka kena la aku basuh baju pakai tanganje. Penat. Nak beli mesin basuh baru, modal tak berapa nak ada plak.
Fourth, kewangan. Aku ingatkan balik kampung ni dapat lasave skit bajet sebab low cost of living kat sini. Tapi rupanya tak juga. Macamaku kena tanggung 2 buah rumah plak. Barang dalam umah kena beli lebih banyakdaripada yang aku biasa beli sebab orang ramai dalam rumah ni tapi yang keluarbelanja aku dan mak je. Adik aku setakat bayar bil letrik je. Yang lagi 2 orangtu tak menyumbang apa-apa pun sebab mak aku kata gaji kecik plus yang sorang tutengah kumpul duit buat rumah dan nak kawin. Dan aku kena tanggung bil untukrumah di kampung dan rumah sendiri. Kenapa husband aku tak bayar bil rumahsendiri, sebab memang dari awal kami dah split belanja rumah (dia bayar loanrumah dan belanja sekolah anak-anak, aku bayar bil dan barang basah). Sebab akutau banyak duit dia habis kat famili dia (parent dah tua dan adik masihbelajar). Tak tau nak kata aku yang salah ke apa sebab kesian kat dia yangperlu tanggung famili dia.tapi sekarang aku macam kesian kat diri sendiri jesebab keperluan anak-anak di kampung ni memang totally atas bahu aku. Dia bagijust enough to cover duit transit dan duit saku budak-budak ni untuk setengahbulan. Lagi separuh aku gak yang kena cover. Tak kira bila anak minta belibarang sekolah lagi. Bab pakaian anak-anak pun sekali sekala je dia bagipadahal budak-budak ni makin membesar. Dan kat rumah ni juga aku banyak tapau dinnerdah sekarang ni sebab aku memang dah takde mood nak masuk dapur yang berseleraktu tapi sakit gak la poket sebab bukan beli untuk aku dan the kids je, kenabeli kat 1 rumah sama. Bila aku beli barang online, mak aku pun nak juga dan biladia teringin barang yang dia nampak kat go shop or ada member promote, dia akansuruh tolong belikan. Sebelum aku balik, biasa adik aku jadi mangsa tapisekarang dia dah pindah balik rumah sendiri so aku plak yang kena. Biasanya bypertengahan bulan, memang poket aku dah perit.
Kelima, privacy. Macam aku kata tadi, aku share bilik dengananak-anak. So bila aku tengah down pasal keja or something, aku takde space nakduduk diam2 sorg2 untuk ponder things or melepas rasa di hati dengan menangismacam aku buat sebelum ni. Masa di rumah sendiri, husband aku akan bagi spacekat aku untuk be by myself dalam bilik sebelum join diorang balik kat livingroom. Kat kampung ni, takde pasal lah nak buat macam tu. Baru masuk bilik pundah the kids ketuk bertalu-talu pintu bilik tu. Aku juga jenis setiap bulanakan ambil cuti sehari atau 2 hari untuk my ‘me time’. Kalau dulu, memang akukeluar pi mana-mana sorang aku je atau just stay kat rumah sorang2. Aman kepalaotak. Bagi otak dan badan rehat jap sebab workload aku yang memang banyak danpenat urus rumahtangga. Tapi bila balik kampung, time cuti je mak aku dah atursiap nak pi mana. Tak pun dia nak ikut je aku pi mana. Padahal aku nak relakssorang2 je. Bunyi macam selfish but tu stress management cara aku.
Keenam, aku tak boleh nak adapt dengan tempat kerja baru ni.Bayangkan aku ni dah berapa belas tahun keja deal dengan construction tapitetiba kena deal dengan public dan finance. Daripada tengok tiang kena tengokreports dan buat paper. Memang down sungguh sebab nature aku memang bukan jenisyang suka terperap dalam ofis. Plus orang-orang di ofis ni plak berpuak. Dah berapalama aku kat sini, tak pernah pun aku lunch sekali dengan diorang. Diorang akankeluar dengan puak masing-masing je. Takdenya nak ajak join. Aku yang baru nipepandai la bawa diri. sekali sekala aku buat je la muka tak malu bagitau nakjoin diorang pi breakfast or lunch tapi suasana kat meja makan macam krik krikje or diorang sembang seolah aku takde kat situ. Kalo aku cakap pun buat sakithati sebab masing-masing buat tak layan or ubah topik lain. Termasuklah dalamgroup WA ofis pun sama. Fed-up tau tak. Padahal nak kata aku ni introvertsangat pun tak juga. Siap masak or beli makanan bawa ke ofis untuk dekat dengandiorang tapi tak jalan gak. Apa lagi aku nak buat?
Kekadang aku memang rasa nak pack my things and go je. Penatnak deal dan pikir semua ni. Husband pun workaholic. Kalo sembang pun, mestipasal keja dia je dan susah sungguh nak amik cuti nak ajak dia makan angindengan anak-anak. Time MC pun dia pi keja sampai pengsan dalam bilik air. Dah sedardari pengsan, dia boleh sambung keja lagi. Pening aku dengan dia. Nak jejakkaki ke cameron highland dengan dia pun tak pernah lagi padahal bukan jauh pundari rumah sendiri. Aku je yang buat gila pi cameron or KL balik hari. Drive sorang2.Husband aku tak heran pun tapi PA bos aku yang rapat dengan aku plak yangpening tengok aku. Too independent katanya. Habis, kalau tak buat macam tu,memang life aku kat pejabat dan kat rumah je lah.  Plus aku harap pada usia macam ni, aku dahboleh makin dekat dengan masjid. Tak perlu kalut dengan anak-anak tapi bilamakin dimanjakan di kampung, disiplin masing-masing dah ke laut. Siap menjawabor lawan cakap lagi. Penat.
Aku harap permohonan untuk aku balik ke negeri dulu akancepat approve. Biar jauh daripada keluarga sendiri tapi hubungan tetap rapat(walaupun duduk jauh, aku biasa akan amik cuti dan spend 1 day dengan mak akuberjalan sana sini setiap bulan. Pagi naik train balik kampung, pi jalan denganmak then petang naik train balik rumah sendiri). Hal rumah dia berselerak tuikut suka dia lah. Setakat balik weekend tu aku boleh sabar lagi. Takde naksimpan dalam hati mcm sekarang ni. Doakan aku dapat bertukar dengan cepat demifamili dan mental health aku guys.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita yg baca pun rasa penat sbb boleh bayang betapa busynya tt setiap pagi uruskan anak2 seorang2..nak uruskan diri sendiri lagi..tangan mesti dah mcm sotong..capai itu..capai ini...huhu

Bagus buat thread luahan perasaan ni sbb menulis pun boleh diibaratkan sbg terapi..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak berapa orang dan umur mereka berapa? ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2019 03:43 PM | Show all posts
Elle_mujigae replied at 26-3-2019 03:37 PM
Kita yg baca pun rasa penat sbb boleh bayang betapa busynya tt setiap pagi uruskan anak2 seorang2..n ...

yes.. writing is a kind of theraphy too..memang meluah kat sini xkan selesai masalah pun but at least rasa mcm ringan skit rasa dlm hati ni

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2019 03:46 PM | Show all posts
noor2 replied at 26-3-2019 03:38 PM
Anak berapa orang dan umur mereka berapa? ....

yg sulung going to be 9y this year, second 7y dan yg bongsu 2 tahun.. yg sulung hyper so mmg xleh nak harap sgt dia tgk adik2.. cuma dok harap yg no 2 tu je la tgkn si abg dan adik kalo time mak diorg nak lari pi toilet or mandi..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 04:54 PM | Show all posts
kesian tt. sbr la tt.sy fhm bab lepas blik kje kena bersilat utk msak dan dgn hal2 ank. mcm sy juga. rasa penat juga. tp life must go on. dah tertetap begitu jd terpaksa la ikot je the flow.
semga tt kuat semangat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2019 05:00 PM | Show all posts
kesian tt, be strong and do what's best for you. Not whats best for others.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
makkenits replied at 26-3-2019 03:46 PM
yg sulung going to be 9y this year, second 7y dan yg bongsu 2 tahun.. yg sulung hyper so mmg xleh  ...

Sabarlah tt....tunggu 6-7 tahun lagi untuk anak2 umur belasan...bila mereka umur 14-15 tahun ke atas. .tt akan rasa lega sangat. ...dan akan rasa seronoknya dengan anak2. ...

Pedulikan lah peel suami tu ...sebab tt takkan mampu ubah perangai dia kecuali dia sendiri yg berubah untuk membantu tt dalam hal uruskan rumahtangga. ..buat gadoh dan stress saja nanti jika tt paksa atau harapkan dia. ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 05:30 PM | Show all posts
aku doakan semoga permohonan kau  balik ke negeri dulu approve cepat. Aku faham sebab aku pun x suka duduk dengan family sendiri lama2. Paling lama pun aku tahan seminggu kalau tak aku rasa macam nak bergaduh je dengan diaorang. Dalam masa seminggu tu apa2 aku tak puas hati aku boleh diam lagi, yelah bukan selalu balik kan.

Kalau aku, aku lebih prefer duduk rumah sendiri, dekat pun tak pe asalkan bukan sekali dengan diaorang.  Biarlah laki aku dgn mak aku tak bagi sekali pun. Yang penting hati tenang, kepala tak sakit. Ada privasi. Kita pun boleh mengajar anak ikut acuan kita. Aku kalau kat kampung atuk nenek menangkan cucu, lama2 naik lemak anak aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2019 05:41 PM | Show all posts
noor2 replied at 26-3-2019 05:10 PM
Sabarlah tt....tunggu 6-7 tahun lagi untuk anak2 umur belasan...bila mereka umur 14-15 tahun ke at ...

actually husband ok ja kalo kita minta bantu buat keja umah tp macam tukul dengan pahat la.. sekali cakap, sekali buat. cuma bila pjj ni, dia terlepas la daripada bebelan wife dia psl keja umah.. tu yg penat skit sbb dia xde nak tolong..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2019 05:44 PM | Show all posts
rina0602 replied at 26-3-2019 05:30 PM
aku doakan semoga permohonan kau  balik ke negeri dulu approve cepat. Aku faham sebab aku pun x suka ...

you got me... tp aku xleh nak sewa umah sendiri.. mmg mak aku berkeras tak bagi siap cakap kalo sewa gak, better jgn blk terus umah dia.. n dia x mau amik peduli psl aku dan anak2 wpun aku sewa dekat dgn umah dia.. which is hard for me sbb ada masa aku kena minta dia tlg tengokkan anak2 aku bila aku kena outstation.. kalo x harap dia, sapa lg nak jaga budak2 tu time aku kena outstation..

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 05:47 PM | Show all posts
makkenits replied at 26-3-2019 05:44 PM
you got me... tp aku xleh nak sewa umah sendiri.. mmg mak aku berkeras tak bagi siap cakap kalo se ...

adoi kalau mak dah sampai ugut macam tu susah jugak. hope urusan kau dipermudahkan tt
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
makkenits replied at 26-3-2019 05:41 PM
actually husband ok ja kalo kita minta bantu buat keja umah tp macam tukul dengan pahat la.. sekal ...

Semua orang yg ada anak ni mcm ni lah makkenits. ..melainkan kita orang kaya ada pembantu rumah ramai mcm Marion counter naza atau ct nurhaliza tu...atau orang2 kaya yg lain yg punyai pembantu rumah ramai ...

Jadi kebanyakan hidup masyarakat kita mak mak ni...kepenatan mcm ni lah yg kita hadapi. ..akak ni pernah nk berak pun tak puas sebab dek anak2 masa kecil dulu...nk makan pun tercekik. ...ya ampoon pengalaman lalu tu rasa nak nangis nak gelak pun ada...tapi tu lah pengalaman kebanyakan ibu...tidur pun tak lena ok. ..tambah2 nak tidur waktu siang hari masa cuti kerja. .

Satu ja ayat dari kaka. ..jgn cepat putus asa ..bersabarlah ...lagi tt mengeluh fikir lagi tt stress. ...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 06:32 PM | Show all posts
Aduhaii tt.. i baca kisah u pun penat.. Bab uruskan anak2 sorang2 tu, i pernah rasa..kalutnya tuhan je lah tau.. The best solution mmg kena cari rumah sewa, kecik pun xpe asalakan kita tenang.

Tapi bab mak tt ugut tak bg duk luar tu, i kesian sgt.. Ibarat di luah mati mak, ditelan mati bapak.. I doakan juga agar permohonan tt pindah tu diluluskan..  Dpt duduk rumah sendiri .. Ada privacy.. Betul, sometimes kita pun kena ada me time..

Betul tt, luah perasaan ni dpt kurangkan beban.. mcm kt sini, u bebas nk luah semua.. xde sapa kenal u.. Yg penting kurang sikit beban tu... Bhy kalo pendam sorang2..

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 10:07 AM | Show all posts

sorry TT tak abis baca karangan TT sebab panjang sangat hehe.

to TT, banyak2 bersabar ye. pasal mak TT tu,  kadang2 tak paham sikap mak yg selfish & tak pikir anak2 ni.  suka sangat hidup bersesak2 dalam rumah. apa la salahnya bagi TT duduk asing. dekat je pon boleh jenguk cucu2.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 12:40 PM | Show all posts
sesak nafas baca luahan TT..nak pindah rumah sewa mak plk tak bagi siap ugut tak nak ambik tau hal TT.. tersepit dah .. semoga ada jln keluar dan penyelesaian atas masalah TT ni.. harap TT dpt kawal diri dan perasaan..dan fikirkan anak2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2019 06:22 PM | Show all posts

ia

siannya, harap you jangan pregnant dah tau..
cukuplah tu.. 3 anak banyak kerja ya amat,
see sebab tu me happy dengan sorang aje ;)

mak pak ugut you bagai, tapi yang depress you,
yang tak happy you... bukan dorang...

kalau dorang buat tak tahu dengan you tapi
you happy tak penat, ada privacy, mana satu you nak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2019 08:23 AM | Show all posts
faraway1 replied at 27-3-2019 06:22 PM
siannya, harap you jangan pregnant dah tau..
cukuplah tu.. 3 anak banyak kerja ya amat,
see sebab  ...

masalahnya i cannor afford utk mak buat x tahu sbb aku bnyk outstation.. bila outstation, the kids have to stay with their grandma.. mmg no other choices.. kalo grandma diorg buat x tau, sapa nak jaga diorg time malam2? tu yg terpaksa hadap je skrg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 10:38 AM | Show all posts
Edited by faraway1 at 27-3-2019 09:39 PM
makkenits replied at 27-3-2019 07:23 PM
masalahnya i cannor afford utk mak buat x tahu sbb aku bnyk outstation.. bila outstation, the kids ...

kenalah berdikari, buat tetiba mak you
sakit ke apa, besok ke lusa bukan 10 tahun lagi
atau masa anka you dah besar..
apa you nak buat...?
tapi kalau mak you sebenarnya banyak menyenangkan hidup
you cam jaga anak, so bertabah ajelah sebab you perlu mak..




Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sarahmirza at 28-3-2019 04:53 PM

Kesiannya TT..
Ingatkan duduk rumah sendiri tapi hujung2 duduk rumah mak rupanya..
Sebab apa tau... Sebab kisah TT macam tak libatkan orang lain.
Duduk rumah mak tapi balik kerja still kena masak jugak, pagi petang riuh uruskan hantar amik anak sekolah bla3x...
I kalau duduk rumah mak,  bestnya hari2 makan sedap.. Urus anak pergi balik sekolah boleh sub kat mak..

Bertabah la TT..
Semoga segala yang TT harapkan akan tercapai.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.068662 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list