|
Imejnya tercalar kerana dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan seorang penolong pengarah terkenal.
Demi menjaga maruah diri dan nama baik keluarga, Nina Iskandar mengambil keputusan utnuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal hiburan yang mengeluarkan artikel berbaur fitnah tersebut.
Foto: IG
Nina atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar, 28, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.
Tambahnya fitnah tersebut dicetuskan sendiri oleh isteri penolong pengarah itu dan disebarkan oleh jurusolek artis.
Peguam yang mewakili Nina, Mohd. Irwan Mohd. Mubarak menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada pihak yang terlibat dalam tempoh tujuh hari sehingga 27 Mac ini. Jika gagal, mereka akan dikenakan tindakan undang-udang.
"Ketika berita tersebut dikeluarkan oleh portal berkenaan pada 12 Mac lalu, ramai yang mengirimkan berita berkenaan kepada saya. Waktu itu, saya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, sebaliknya terus menghubungi peguam," katanya kepada Kosmo Online.
"Sejujurnya, saya memandang isu ini sebagai satu hal yang serius. Sebolehnya, saya mahu kes ini dikendalikan secara profesional. Fitnah tersebut melibatkan nama saya dan keluarga di Brunei. Disebabkan itu, saya tidak boleh bertolak ansur."
Semuanya bermula bila Nina memuat naik paparan skrin yang tertulis nama lelaki berkenaan pada sebuah papan tanda iklan.
Bagaiamanapun Nina berkata ia hanyalah gurauan dan tidak membawa sebarang masalah. -CARI
|
|