|
Michael Ang mengkritik netizen yang sentiasa menerjah di ruangan Direct Message (DM)nya semata-mata untuk meminta pendapatnya mengenai gosip-gosip yang hangat melanda dunia hiburan sekarang.
Luahannya itu dipaparkan di ruangan Instagram dengan menegaskan dia tidak memahami sikap netizen yang seolah-olah memintanya menjadi batu api dengan komen yang panas belaka.
"I tak fahamlah dennen netizen yang komen-komen dan yang DM aku ni, orang asyik surah aku jadi batu api ja komen. Rumah tangaa bergoyang, kau surah aku komen, ketiak berkedut surah aku komen, artis tak bertudung pun suruh aku komen. Apa kata korang dari suruh aku komen, korang yang sepatutnya komen dekat artis tersebut suruh dorang bincang baik-baik ke, bagi kata semangat ke dan semua benda-benda baik."
 Kredit foto: IG
Luahan Michael itu dipercayai berpunca dari banyaknya netizen yang sibuk membawang dengan gosip terkini iaitu perihal Sharifah Sakinah yang turut rapat dengan pengarah drama tersohor itu.
"Kalau Sakinah ketiak berlapik-lapik, korang bagi lah produk, suruh buat sedut lemak ke apa ke. Lepas tu orang rumah tangga bergoyang, suruh lah dorang berbaik , berbincang jangan berpisah. Ini tidak, suruh aku komen. Apo korang ni," adunya lagi dengan panjang lebar.
 Kredit foto: Ig
Kebanyakkan netizen bersetuju dengan pendapat Mike yang rimas dengan perangai segelintir netizen ini. Maklumlah, gosip panas akan bertambah sedap dengan komen daripada orang industri hiburan juga kata mereka.
|
|