Baru-baru ini Johan As'ari ada memuat naik gambar dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Letty.
Ramai yang tanya, siapa tu? Kekasih baru ke?
Menjawab persoalan, Johan kata perhubungan tersebut masih terlalu awal untuk dikongsikan.
Foto: IG
"Kami dah kenal lapan bulan tapi cuma cinta jarak jauh sebaba dia di Amsterdam. Kami jumpa pun jarang sekali, "katanya kepada Media Hiburan.
Menurutnya lagi Letty adalah seorang gadis kacukan yang baru sahaja menamatkan pengajian PHD.
"Saya menghormati dia sebab masing-masing selesa. Saya cuma serah pada Allah tentang jodoh. Setakat ini dia merupakan wanita yang rapat dengan saya.
Tapi ada juga komen yang kurang enak. Ada yang kata kenapa pilih wanita yang tak bertudung pula. Bukan ke Johan alim? Sentiasa mengaji dan tayang di media sosial?
Alahai, mungkin niat Johan baik nak bimbing gadis tersebut ke arah yang lebih baik. Apa salahnya? -CARI
|