CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2871|Reply: 3

Wonder Woman Perjuangkan Hak Orang Arab Palestin?

[Copy link]
Post time 14-3-2019 10:22 AM | Show all posts |Read mode

Gal Gadot menyelar Benjamin Netanyahu atas kenyataannya yang berbaur fasisme

Sumber foto: Fox News





Pelakon utama Wonder Woman, Gal Gadot menghentam Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkenaan status golongan minoriti Arab di Israel.

"Sayangi jiran anda seperti diri anda sendiri," kata pelakon tersebut, meskipun terdapat perbalahan mengenai peranan parti Arab Israel menjelang pilihan raya akan datang.


Gadot mempertahankan selebriti popular Israel yang juga seorang model dan pengacara, Rotem Sela yang dikritik PM berkenaan berhubung kenyataannya baru-baru ini.


Lantang menyokong kesamarataan hak melalui Instagramnya pada Sabtu lepas, Sela mengkritik parti Netanyahu.


Sela bersuara selepas menteri utama parti Likud (yang diketuai Netanyahu) memberitahu pada sesi temu ramah bahawa sekiranya Netanyahu kalah pada pilihan raya kali ini, pencabar utamanya, Benny Gantz akan mengharapkan sokongan orang Arab untuk membentuk kerajaan.





Gal Gadot memberi maklum balas kepada Perdana Menteri Israel melalui Instagramnya, pada hari Ahad lepas

Sumber foto: Fox News




"Bilakah orang dalam kerajaan ini akan memberitahu rakyat Israel yang negara ini adalah untuk semua warganegara dan setiap orang yang dilahirkan mempunyai hak sama rata. Dan orang Arab juga adalah manusia," tulis Sela.


Arab Palestin merupakan penduduk yang telah tinggal di Israel sejak sebelum wujudnya 'negara Israel'. Dianggarkan sebanyak 250,000 rakyat Palestin masih tinggal di situ selepas Israel dibina pada tahun 1948, tetapi mereka sekian lama mengadu dilayan sebagai warga negara kelas kedua, dilayan secara kasar dan diculik oleh perisik Mossad apabila tercetusnya ketegangan di Gaza.


Netanyahu mencetuskan kekecohan apabila beliau memetik undang-undang negara-bangsa dan memberi respons kepada Rotem Sela melalui Facebook


"Kehadapan Rotem Stela, saya baca apa yang anda tulis sebelum ini. Pertama sekali, pembetulan penting: Israel bukanlah negara untuk semua warganegaranya. Mengikut undang-undang kita, Israel merupakan negara bangsa untuk bangsa Yahudi sahaja," tulisnya.





Gambar bertarikh 12 Februari 2019 menunjukkan Rotem Sela yang merupakan model dan pengacara popular Israel, sewaktu penggambaran program realiti TV di Jurusalem.

Sumber foto: Fox News




Netanyahu memberi amaran berterusan mengenai lawannya yang akan menerima sokongan parti Arab dan akan membuat konsesi besar dengan rakyat Palestin.


Netanyahu yang diancam dengan dakwaan rasuah, menghadapi tentangan kuat daripada pakatan politik yang diterajui oleh bekas ketua kakitangan tentera, Benny Gantz dan bekas menteri kewangan, Yair Lapid.


Berikutan itu, Gal Gadot mempertahankan komen Sela yang dikatakan rakan baiknya.


"Ini bukanlah isu tentang betul atau salah. Yahudi atau Arab. Sekular atau beragama.


"Ini berkenaan dialog. Dialog untuk keamanan dan kesamarataan dan toleransi sesama kita," katanya kepada 28.3 juta pengikutnya di Instagram


Walaupun ada yang memuji tindakan Gadot dan menyamakannya dengan watak lakonannya, Wonder Woman, namun tindakannya itu juga dipersoalkan netizen kerana beliau sebelum ini lantang menyokong Pasukan Pertahanan Israel (IDF) melalui media sosialnya.


Pada tahun 2014, Gal Gadot telah mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar sedang berdoa bersama anaknya, Alma menerusi Facebook rasminya, Gal Gadot.


Gambar itu telah dimuat naik sewaktu konflik semakin meningkat di antara Israel dan Gaza dengan kapsyen yang menyokong Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dan mengecam Gerakan Pembela Islam (Hamas). - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2019 12:42 PM | Show all posts
menyampah la drama politions VS celebrities ni..

u all deserve an oscar each..good job!..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 01:51 PM | Show all posts
yahudi lokal forum cari takder komen ker?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 02:02 PM | Show all posts
Persetan Setanyahoo...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.069008 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list