Entah apa motif yang cuba disampaikan apabila seorang individu meninggalkan komen berbaur ejekan di ruangan komen penyanyi dan pengacara, Adibah Noor.
Individu tersebut yang juga merupakan penjual baju bersaiz besar ('plus size') mengatakan bahawa golongan berbadan besar pakai apa pun tetap akan nampak tak cantik pada ruangan komen Adibah sebelum memadamnya.
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Adibah dalam postingnya di akaun Twitter.
Orang gemuk pakai apa pun tak cantik..
Kredit foto : Twitter Adibah Noor
Tak perlu pakai baju sebab tak cantik?
kredit foto : Twitter Adibah Noor
Tweet Adibah tersebut membuatkan peminatnya geram dan melabel individu tersebut sebagai biadap.
Kredit foto : Twitter Adibah Noor
Agaknya individu tersebut cuba mempromosikan baju-baju 'plus size' jualannya tetapi dengan cara yang kurang bijak. Mungkin menyedari kesilapan sendiri, individu tersebut dengan pantas memadam komen sebelum 'diserang' netizen.
Pengajarannya, berdiamlah sekiranya tidak ada perkara baik yang hendak diucap. -CARI |