CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] [Update] Bencana Kim Kim : Media Diarah Keluar Dari Pusat Kawalan Operasi Bencan

  [Copy link]
Post time 13-3-2019 02:54 PM | Show all posts
kakak ipar aku keje kat titan..dia update.. gas dah merebak smpai taman rinting..jauh tu..n company dia sentiasa check bacaan index udara. mask kat watson sume sold out... skrg ni klinik kesihatan tempat aku da stand by pergi ke pasir gudang... ermm...semoga semuanya selamat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2019 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
MMlava replied at 13-3-2019 01:56 PM
kilang geng sendir ke??



Maklumat pasal dalang memang zero. Maklumat begini penting pun sampai sekarang kekal senyap misteri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
[UPDATE] 'Kami sesak nafas, pening, loya dan muntah'
Mohd Sabran Md Sani

Pelajar terjejas mendapatkan rawatan kecemasan. FOTO Mohd Azren Jamaludin
SIMPTOM pencemaran akibat pembuangan sisa kimia Sungai Kim Kim berbeza pada hari ketujuh hari ini apabila ramai murid sekolah mengalami sesak nafas, pening, loya dan muntah.

Berbeza dengan gelombang pertama hingga kedua apabila mangsa terhidu bau pencemaran gas kimia sebelum mengalami simptom keracunan, pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Scientex dan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Scientex, Pasir Gudang mengalami sesak nafas, pening, loya dan muntah.

Tanpa menghidu sebarang gas beracun dipercayai bawaan angin, seorang demi seorang pelajar sesak nafas, pening, loya dan muntah sebelum dikejarkan menaiki ambulans bagi mendapatkan rawatan awal di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih dekat sini.

Pelajar Nur Batrisyah Zainal, 14, berkata, badannya kebas secara tiba-tiba sebelum rasa loya ketika waktu rehat di sekolahnya.

“Saya tak tahu kenapa gejala itu berlaku tetapi tangan hingga ke bahagian muka berasa kebas secara tiba-tiba selain sesak nafas.

“Saya kemudian bergegas ke pejabat sekolah untuk menghubungi kedua ibu bapa,” katanya ditemui selepas mendapatkan rawatan di dewan itu hari ini.

Katanya, dia bersama rakan-rakan yang mengalami tanda itu terus dibawa ambulans bagi mendapatkan rawatan segera.

“Sebaik dibawa ke dewan, kami dirawat petugas kesihatan dan mereka menenangkan kami sebelum kesihatan bertambah baik.

“Pada jam 12 tengah hari kami diberikan pil muntah dan loya oleh pasukan perubatan dan dibenarkan pulang,” katanya.

Turut berkongsi situasi sama rakan sekolahnya, Nor Syakinah Zainizam, 14, yang loya dan pening pada waktu rehat.

“Saya tidak hidu apa-apa tetapi kepala saya tiba-tiba pening dan tekak rasa loya.

“Ketika itu guru sekolah memaklumkan supaya memberitahu kejadian kepada guru untuk dimaklumkan kepada ibu bapa,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian menaiki ambulans bersama lima rakannya untuk mendapatkan rawatan akibat pening dan sesak nafas.

Katanya, dia dan rakan-rakan ditenangkan pegawai kesihatan bertugas yang memberi rawatan kecemasan.

“Saya dibekalkan ubat muntah dan loya dan dibenarkan pulang ke rumah pada jam 12 tengah hari selepas tahap kesihatan memuaskan,” katanya.

Sementara itu pemerhatian mendapati, seorang petugas kesihatan memberikan kata-kata nasihat dan semangat kepada semua mangsa membabitkan pelajar sekolah itu.

Pelajar sekolah juga diminta makan dan minum bekalan yang diberikan kepada mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengar2 kat pusat bencana tu oksigen tak cukup.. Hari ni banyak sekolah2 di kawasan scientex seri alam dah disuruh tutup.. Tapi cikgu2 kena stay sampai 6.45(cikgu oetang).. Sebab cikgu2 kan paru2 besi...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 03:00 PM | Show all posts
Remyda replied at 13-3-2019 02:57 PM
Maklumat pasal dalang memang zero. Maklumat begini penting pun sampai sekarang kekal senyap mister ...

macam macam bala sejak 9 mei 2018 ph takeover
lepas ntah apa bala lagi akan mendatang bagi salam kat kau






Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengar kata, Affza Balqis ni dah meninggal dunia..Info dr penduduk setaman dgn dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2019 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by awanearisu at 13-3-2019 03:11 PM

Mungkin dah boleh aksanakan arahan MKN No. 20? Dah 800 lebih individu terjejas. Mampukah pihak HSI nak tampung pertambahan mendadak yang bakal berlaku lagi selepas ini.

http://portalbencana.nadma.gov.m ... 147&entity=7516

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini dalang-dalangnya. Ada 'footage' premis sahaja. Wajah suspek tidak disertakan:

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2019 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak ada arahan evacuation lagi?
Nak tunggu sampai mcm mana
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sang_kuriang replied at 13-3-2019 03:04 PM
Dengar kata, Affza Balqis ni dah meninggal dunia..Info dr penduduk setaman dgn dia

Tunggu pengumuman rasmi. Setakat ini tiada kemaskini terbaru di FB ibunya. Malah komen mendoakan anaknya sembuh masih bertali-arus masuk.

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 03:25 PM | Show all posts
Pangai masing-masing buat kerja semua nak mudah main sedap buang sisa ke sungai. Dah kena  tangkap harapnya dapat la hukuman setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw mask n95 pun tak boleh pakai kalau dah tercemar tahap ni. Kena pakai ppe/suit.
Pelik kenapa tak suruh semua evacuate je dah tak selamat
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 03:31 PM | Show all posts
Moga yg diberi kesembuhan segera buat yg terlibat..
melampau drg ni.. bagi hukuman suh pelaku hidu balik metana tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Wakil astro awani pun masuk hospital. Semalam 13 sekolah ditutup. Harini tambahan 5 sekolah lagi tutup berjumlah setakat ini sudah 18 sekolah di tutup
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Celaka sungguh yg membuang sisa toksid tu. Harap di sita je company terbabit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Suspek utama pencemaran sisa kimia didakwa esok

13 Mar 2019

SHAFIQ TINO

PASIR GUDANG - Kertas siasatan berhubung kejadian pencemaran bahan kimia yang berlaku sekitar Taman Pasir Putih di sini, sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Inovasi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Mestecc), Yeo Bee Yin berkata, sekiranya penelitian selesai dibuat, suspek yang ditahan baru-baru ini akan didakwa di mahkamah seawal esok.

“Kertas siasatan bagi kes ini dihantar ke ke pejabat timbalan pendakwa raya sebentar tadi. Hanya seorang daripada tiga yang ditahan akan didakwa terlebih dahulu. Pendakwaan akan dilakukan ke atas salah seorang suspek utama yang juga pengusaha kilang tayar kitar semula.

“Perkara ini berdasarkan keputusan jenis bahan kimia yang diperoleh mendapati ia mempunyai hubung kait dengan aktiviti pemprosesan tayar kitar semula,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, suspek berhadapan pertuduhan di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1975 yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda RM500,000 jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, pihaknya juga turut menerima nasihat daripada peguam negara untuk menggandakan hukuman kepada pelaku jika sabit kesalahan.

“Saya dah berhubung dengan peguam negara mengenai perkara ini, kami rasakan kejadian seperti ini adalah sesuatu yang tidak boleh diberi muka dan hukuman lima tahun atau denda adalah tidak memadai.

“Jadi kita telah usulkan untuk membuat pertuduhan berganda untuk pendakwaan lebih berat termasuklah kanun keseksaan,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2019 03:41 PM | Show all posts
yang orang p borong perabis mask sebenarnya untuk apa? atas arahan siapa ya?

sebab ni GAS; bukannya partikel...

kalau jerebu yer lah, ada PM10,PM2.5 bagai....

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 03:42 PM | Show all posts
aniaya orang weh yang buang bende ni.kesian kat budak2
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by awanearisu at 13-3-2019 04:07 PM
Remyda replied at 13-3-2019 03:33 PM
Wakil astro awani pun masuk hospital. Semalam 13 sekolah ditutup. Harini tambahan 5 sekolah lagi tut ...


Dia pergi turun sungai, baru tadi agaknya. Baru pagi tadi kita dengar laporan mereka. Sungguh-sungguh pemberita Awani tanya, turun ke sungai tak? Ya jawabnya. Aduh.
Dahla wakil Awani itu kita suka dengar sebab liputannya agak tersusun dan mudah difahami.

Oh yang terjejas wakil Awani bernama Nisa. Yang kita tengok tadi katanya nak melawat sungai tu, wakil Awani bernama Faris.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 03:45 PM | Show all posts
Remyda replied at 13-3-2019 12:14 AM
Udara tercemar tidak merebak seluruh Pasir Gudang
SELASA, 12 MARCH 2019 @ 11:54 PM

mana se yg betul ni ye? kilang barang lusuh ke kilang cuci kapal?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.475582 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list