Kegilaan terhadap PUBG Mobile hampir meragut nyawa seorang lelaki di India apabila beliau terminum asid yang disangkanya air kerana terlalu leka bermain permainan tersebut.
Kredit foto: Reddit
Lelaki yang tidak didedahkan namanya itu berasal dari Madhya Pradesh dan dikatakan terlalu taasub dengan permainan PUBG Mobile sehinggakan tidak menyedari botol yang diteguknya mengandungi bahan berbahaya.
Kredit foto: Carian Google
Menurut beberapa media tempatan, lelaki tersebut segera dikejarkan ke unit rawatan rapi sebuah hospital berdekatan dan doktor berjaya melakukan prosedur untuk menyelamatkan nyawanya.
Beliau kini dikatakan dalam keadaan stabil dan sedang dalam peroses pemulihan.
Kredit foto: Carian Google
Siasatan mendapati asid tersebut disimpan di dalam bekas menyerupai botol mineral. Walau bagaimanapun, terdapat amaran tulisan besar ACID pada labelnya.
Ini bukanlah insiden pertama melibatkan pemain PUBG Mobile. Sebelumnya, seorang lelaki menjadi berita hangat apabila didakwa mengabaikan anak-anak serta isterinya yang sedang sarat mengandung kerana taasub dengan PUBG.
Sebuah berita oleh UNI pula melaporkan kisah seorang lelaki yang sanggup mencederakan dirinya kerana ketagihan permainan Battla Royale.
Kredit foto: Carian Google
Susulan itu, seorang lelaki dari Mumbai telah mendesak mahkamah untuk mengharamkan permainan tersebut di seluruh negara India atas alasan menyebabkan ketagihan dan kecederaan.
Pengharaman telah pun dikuatkuasakan di beberapa tempat termasuklah semua sekolah rendah di Gujarat dan semua kolej kediaman pelajar di sebuah institusi di Chennai.
Semoga insiden lelaki hampir maut terminum asid ini menjadi pengajaran kepada kaki permainan PUGB Mobile supaya mengurangkan tabiat yang boleh memudaratkan mereka itu. - CARI |