Fenomena telemovie filem Nur benar benar menyatukan rakyat Malaysia untuk duduk secara berjemaah di hadapan tv apabila drama itu ditayangkan. Sebuah naskah jujur yang diolah baik oleh pengarah Shahrul Ezad juga telah menaikkan rating drama ini. Tidak lama lagi, Nur 2 akan kembali menemui penonton dengan pelakon serta aksi yang lebih .. daring?
Jika anda belum tahu, seorang watak jahat baru bernama Juita akan turut sama memberi kesan sakit hati kepada penonton kerana dikatakan akan menganggu - gugat hidup Ustaz Adam dan Nur.
Watak Juita akan dilakonkan oleh Azar Azmi. Azar merupakan bintang kelahiran Dewi Remaja 2009/2010, satu era dengan Neelofa, Anzalna Nasir dan ramai lagi.
Menurutnya, watak Juita dalam drama itu boleh dikatakan agak daring dan berani. Ianya merupakan satu pengalaman baru walaupun setelah 10 tahun berkecimpung dalam dunia seni.
"Confirm memang kena kecam sebab ada scene yang boleh menimbulkan reaksi yang pelbagai"
Mengulas lanjut, Azar berkata beliau telah bersedia dengan apa benda sekalipun kerana beliau jenis tidak kisah. Jika orang kecam, baginya beliau telah berjaya membawa watak tersebut ke layar tv. Demi memenuhi tuntutan watak, Azar dikehendaki untuk mengenakan pakaian yang agak mencolok mata. Bersedia untuk dikritik menurutnya lagi
"So kalau watak pelacur, kita kena pakai baju yang membawa watak sebagai pelacur, takkan nak pakai jubah kerana benda itu tidak sesuai, betul tak? Rasanya peminat pun tahu menilai"
Untuk mendapat watak Juita, Azar mendedahkan beliau turut menjalani uji bakat untuk watak tersebut dan bersaing dengan pelakon lain.
Tak sabar nak tengok sambungan kisah Nur 2 ini. All the best! - CARI
Sumber : Media hiburan
|