Bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua (AF2) Adam mengakui hidupnya sunyi selepas menduda.
Memetik mStar Online, sejak bercerai dengan Fiza Halim tiga tahun lalu, hatinya masih belum terbuka untuk menerima teman hidup buat kedua kalinya.
Kredit foto: IG Adam
"Saya dah lama move on, cuma sudah tentu hidup sendiri membuatkan kita berasa sunyi," katanya yang memaklumkan hidupnya bertambah sunyi selepas abangnya yang pernah tinggal bersamanya pulang ke Sabah.
Adam yang memiliki lebih ramai kawan lelaki untuk meluangkan masa bersama mengakui dia masih belum bertemu wanita istimewa.
"Bukan saya tidak mahu, saya pun nak ada zuriat sendiri," ujarnya.
Kredit foto: mStar Online
Adam dan Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 37, berkahwin pada September 2013 dan bercerai pada 28 April 2014.
Mereka yang rujuk kembali pada tahun sama bercerai buat kali kedua pada 28 Disember 2015 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Menurut Adam, dia memilih untuk berdiam diri selepas perpisahan itu bagi memberi ruang untuk dirinya bertenang dan menerima keadaan tersebut.
Dalam masa sama, dia mahu mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang mengikut emosi. Bagaimanapun, Adam akui dia dan Fiza masih berkawan.
Kredit foto: IG Fiza Halim
"Saya hormati dia dan keluarga barunya," katanya. - CARI |