CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16959|Reply: 42

kisah seram hospital tempat aku kerja

[Copy link]
Post time 6-3-2019 04:53 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua.

Aku rasa macam nak share cerita-cerita seram tempat aku buat HOship, salah satu hospital besar di utara nun dan jugak aku rasa antara hospital tertua dekat malaysia ni. Sorry kalau cerita-cerita aku ni tak adala seram mana, cuma berniat nak share. Tu jela. Cerita-cerita kat dalam ni cerita-cerita yang aku kena sendiri, tak kurang jugak cerita-cerita akak2 misi dan jugak colleague2 aku.

cerita 1

Cerita ni aku kena sendiri, masa tu dekat rotation o&g or sakit puan. Bangunan o&g tempat aku ni x share dengan mana-mana bangunan lain, ada 1 dewan bersalin yang bersambung dengan dewan bedah (kalau cser ke apa, semua buat kat sini, kitorang panggil MOT), dan ada 3 ward yg aku namakan ward A, B and C yang berbentuk U. Kirenye dewan bersalin, ward A dan ward B satu bangunan yang memanjang, lepas tu ada bangunan melintang yang menempatkan pantry2, surau dan toilet staff, pastu ward C. Aku harap korang paham la layout blok2 ni.

Benda ni berlaku masa aku oncall di ward. Tugas oncall hospital aku macam ni. 2 orang akan jaga ward A,B dan C. Dan dua org lagi jaga dewan bersalin (labour room/LR). LR tu kalau meriah meriah nau, kalau sunyi sunyi la. Ada la chance nak tido. Tapi kalau aku oncall ward memang payah nau nak tido. Especially kalau partner aku lagi sorang kena masuk emergency cser, maka tinggalla aku sorang-sorang jaga 3 ward.

so satu malam yang mana aku sorang-sorang jaga ward, aku pun rasa nak terkucil. disebabkan masa tu aku kat ward C, aku pun menapak la ke bangunan melintang antara ward b dan c yang ada pantry, surau dan toilet staff kat situ. untuk ke toilet ni, aku kena lalu surau, pantry pastu baru jumpa toilet. memang satu jalan tu je kau nak masuk toilet. aku lalu surau ( dia macam bilik je), gelap. lepas tu aku lalu pantry dan aku tengok pintu toilet tertutup. pintu toilet ni mmg tertutup sendiri. pintu dia berat sikit. Aku tolak sikit dan mmg terkunci.

Aku pun duduk la dekat kerusi dekat pantry sambil whatsapp husband aku sambil nunggu orang dlm toilet keluar. eventually mmg ada sorg akak staff nurse keluar lalu sengih kat aku.

' sorryla, dr. big business, '

aku pun ikut sengih, lalu tengok akak tu berlalu pergi. aku pun sementara nak biarkan 'bau business' akak tu kurang, aku pun lepak whatsapp dgn husband aku lagi. dalam 5 minit macam tu aku pun nak masuk la toilet tu. aku pun tolak pintu.

eh, kenapa tak boleh tolak ni?

aku pun tolak kuat sikit kot2 tersangkut kat dalam tu. tapi mcm dah berkunci dari dalam. aku pun ketuk pintu.

' ada org ke kat dalam?'

bijak tak aku tanya macam tu?

diam. lepas tu ada org jawab.

" ada,"

aku pun duduk balik kat kerusi sambil tunggu 'akak' dalam tu keluar. aku sambung whatsapp husband aku. siap husband aku call lagi sbb dia nak tido.

dah habis berborak aku pun baru perasan, eh dah dekat 20 min aku duduk sini, orang dalam toilet tak keluar-keluar. aku pun baru perasan, lepas akak yg first tu keluar toilet, mana ada orang lain selain aku dekat sini. mana ada pintu lain nak masuk toilet tu. terngiang-ngiang pulak aku suara akak yg kat dalam tu masa dia jwb ada, dengan suara yang sedikit garau. siap ada bunyi orang selongkar2.

eh, mana bunyi air? takkan x flush kot?

tanpa tangguh, aku terus blah dan guna toilet kat LR. (sbb toilet dekat ward A pun sama je hantunya).

nnt aku sambung lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2019 05:00 PM | Show all posts
hosp Tepen ka
kalau ye...memang tak heran... haha
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik. Sambung please
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2019 08:11 PM | Show all posts
actually banyak jugak aku kutip2 cerita dari akak2 and kawan2 aku masa kat o&g. aku rasa masa kat o&g lah paling banyak aku kena. yalah, akak2 ckp sbb main dengan darah.

dulu diorang buang pad2 darah dan kain2 yg berdarah ni dekat satu bilik kecik dekat LR ni. bilik tu kalau malam suram dan sunyi je. ada akak sorang bukak cerita cakap dulu diorang letak tong2 ni dekat luar bilik kecik tu. bilik kecik tu ada pintu ke luar. kalau nak buang benda2 kotor tu kenalah bukak pintu tu dan buang kat luar. tapi sejak ada akak sorang ni terjumpa 'akak' dah stand by kat tepi tu, terus tong2 tu di bawak masuk ke dalam.

masa aku kat LR alhamdulillah aku tak kena apa2. kalau free aku tido. kalau musim org beranak, layankan ajela sampai pagi.

nanti aku ceritakan kenapa ward A tu lebih creepy.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2019 08:15 PM | Show all posts
zulka replied at 6-3-2019 05:00 PM
hosp Tepen ka  
kalau ye...memang tak heran... haha

tekaan yang bagus..tapi boleh teka lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambunglah dik . Best baca
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2019 09:49 PM | Show all posts
seram jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi napa lah baca dahla kita ni dlm hidup mesti masuk gak sepital terutama pompuan ni hah tp nk baca gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2019 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 7-3-2019 12:39 PM
wanawina replied at 6-3-2019 08:15 PM
tekaan yang bagus..tapi boleh teka lagi..


Sepital ipoh ke rupa tradisional sgt sepital tu tp sepital paling tua sepital tepeng la kan.
Takpun sepital loq setaq ngn sepital kat penang.
Kalau kat selangor ni sepital kajang paling lama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2019 01:44 PM | Show all posts
masih kat o&g..

cerita ni berlaku masa aku oncall LR. aku aman2 ja dekat LR cumanya tetiba kami dikejutkan dengan satu cerita yang kami panggil kat sini cik kiah. Cik kiah ni aku x sure la cik pon ke cik lang. yang pasti dia memang sentiasa berlegar-legar dekat blok dewan bersalin tu.

one fine night, malam tu kinda jobless, tak salah aku baru je lepas settle sorang patient, aku dok isi segala dokumen, tetiba diorang tolak orang atas stretcher laju masuk LR. kami geng oncall termasuk akak2 staff nurse terkejutlah ingatkan ada patient dari ward yang dah bukaan besar nak bersalin sangat-sangat, tapi aku tengok perut orang tu kempis je. sekali tengok laaa.. akak nurse dari ward pengsan. pucat  betul muka.

aku dan kawan aku pun buat apa yang patut, check blood pressure, ambik blood glucose semua, tapi reading semua okay. ada akak senior nurse sorang ni basahkan tangan dia dengan air, baca-baca sikit pastu lap muka akak yang pengsan tu.

akak tu terjaga terus restless. kitorang pun tenangkan dia, suruh dia istighfar semua. bagi dia air milo yang selalu bancuh untuk orang lepas besalin tu. bila dah nampak tenang, baru dia cite.

dia tengah jalan dari ward A ke LR. antara ward A ke LR ni ada satu laluan lagi ke ward baby. dekat junction tu tetiba dia bertemu dengan kak kiah. tak cakap banyak terus dia pengsan.

meremang bulu roma aku dengar akak tu cerita masa tu sbb junction tu dengan LR mmg sekangkang kera je. akak nurse kat LR cakap tu dia tak tentu arah la tu cari makan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2019 01:54 PM | Show all posts
aku rasa aku penah je jumpa dengan kak kiah ni, tapi aku x pasti tu dia ke tak, tapi memang ada sumthing la kat situ.

aku suka lepak ward C sebab kat situ sejuk sikit, tapi ward C ni boleh tahan angker dia.

aku oncall dekat ward dan tengah settle sumthing dekat ward C sambil duduk dekat meja HO. meja aku ni ngadap tingkap nako yang sentiasa terbuka. sejuk sikit patient2 yang baring dekat situ. aku x ingat masa tu katil tepi tingkap tu ada patient ke tak, tapi masa tu aku mcm angkat muka, pandang tingkap nako tu dan sekilas nampak satu susuk berbaju putih, muka tak nampak berdiri luar tingkap nako. aku tunduk, lepas tu aku angkat muka dan tengok lagi, tapi dah x ada.

aku berpindah dari meja HO tu pegi ke meja akak nurse yg tgh makan megi. ada akak sorang tu ckp, haaaa... dah nampak la tu. dia nak berkenalan dgn dr la tu.

ceit, diorang dah tau tak nak roger aku.

akak2 cakap kadang-kadang berani benda tu. dia munculkan diri kat jeriji besi (belakang ward C ni pagar sempadan hospital dengan kawasan luar. kalau keluar ke belakang ward C ni memang nampak la jeriji besi). siap boleh bersuara garau panggil misi! misi!

tetiba masa tu aku teringat yang aku tunggu nak masuk toilet tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2019 01:55 PM | Show all posts
Suchi replied at 7-3-2019 12:34 PM
Adoi napa lah baca dahla kita ni dlm hidup mesti masuk gak sepital terutama pompuan ni hah tp nk bac ...

xpa sis. iols pun perempuan jugak. terpikir nanti nak bersalin mcm mana la.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 02:18 PM | Show all posts
wanawina replied at 6-3-2019 08:15 PM
tekaan yang bagus..tapi boleh teka lagi..

hosp paling tua di Msia, hosp tepeng
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau cite pasal wad bersalin
Hkl paling riuh..
Pkl 2 3 pagi nak gi toilet pung x rasa takut..
Iols oenah rasa nak terkencing sgt okl 3pg..
Pegi terang benderang..ada yg basuh muka..tukar pad bagai...
Dr n nurse pon relaks je berlegar legar
Xpasti ward lain..haha...maybe sunyi sepi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 10:34 AM | Show all posts
tt , i nak tumpang bercerita boleh ? i pun keje kat satu hospital kat malaysia nie. tapi i bukan keje shift but office hour . so , ada lah satu hari ni, i kena tinggal keseorangan sebab pa dan ketua jabatan pi meeting . tengah dok syok2 buat keje , i dengar pintu my boss ada org bukak , tapi i tak jenguk lah sebab dok ralit buat keje . i ingat my boss balik sat sebab masa i bangun nak photocopy surat , pintu bilik my boss dah hampir tertutup dah . lepas tu her pa pun balik semula ke pejabat dan masuk bilik my boss . guess what tak ada org dalam bilik tu. i cakap lah kat pa tu apa yg jadi . pa tu balas mmg selalu jadi gitu .sejak tu i jadi cam penakut lah pulak .
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 11:17 AM | Show all posts
zulka replied at 6-3-2019 05:00 PM
hosp Tepen ka  
kalau ye...memang tak heran... haha

mak i keje hsptl tepen
memang seram pun hsptl tu..
tp bile tanye kat mak, mak xmau cite
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2019 01:14 PM | Show all posts
Nak tumpang citer gak... benda ni jadi kt hspital lama kt negeri johor tp bersempadan dgn melaka. Masa tu anak i warded  sebab demam panas. Since i tgh sarat pregnant anak no 2 masa tu, so mak i offer diri nak tlg jagakan anak i kt hospital.

Katil anak i ni bertentang dgn sliding door yg memisahkan wad kanak-kanak dan toilet. Masa waktu mlm, anak i menangis cakap takut. Mak i ckp takde ape la... sambil suruh anak i tido. Ntah macam mana, mak i tergerak nak pandang kt sliding door yg terbukak sikit tu.. mak i nampak kak ponti helok main2 rambut kt situ.

Esok tu..nasib anak i blh discharge. Kalau x, x sanggup nak hadap lg mak i cakap.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 11:40 AM | Show all posts
zulka replied at 6-3-2019 05:00 PM
hosp Tepen ka  
kalau ye...memang tak heran... haha

mama pulak terbayang spital GH penang...mmg ward bersalin tak bersambung dgn hospital. sendiri dia kat tempat lain. kat situ sungguh macma macam kisah dan cerita!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 11:54 AM | Show all posts
shernazz replied at 11-3-2019 10:44 PM
Kalau cite pasal wad bersalin
Hkl paling riuh..
Pkl 2 3 pagi nak gi toilet pung x rasa takut..

maksud awak yg berlegar legar tu dr betui ka atau benda tu....
bg pencerahan...plisss
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
mamaezah replied at 13-3-2019 11:54 AM
maksud awak yg berlegar legar tu dr betui ka atau benda tu....
bg pencerahan...plisss

Betul le uols..bukan hantu hantu..hehehe
Kalau pas beranak pkl 2pagi nak terkencing xperlu riso le..
Ada aje nurse dok menulis report..makan bagai kat kaunter tu.
Bgi iols..lebih elok depa doknsitu..sebab apa apa hal..toilet dekat je..
Mak mak pas branak kan biasanya akan pitam..

Tapi hospital putrajaya wad 2a kots..tu ada cite mistik..
Iols tahun lepas beranak kat putrajaya wad 2b xsilap(iols.mmg pelupa)
Nasib wad iols xde mistik..sebab kalau iols diganggu pung..mmg iols.xboleh bangun..terbaring je pas bersalin...nasib anak.masuk nicu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.160143 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list